Part 1 Mendung : 1-rain on us

9.5K 740 408
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'And if I could hold you one second longerI wouldAnd if this love should remain in this heartIt shouldBaby never ever let go of these hands-,'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



'And if I could hold you one second longer
I would
And if this love should remain in this heart
It should
Baby never ever let go of these hands-,'

Mikaeyl mengeluarkan telefon bimbit dan ikon pause di skrin telefon bimbitnya ditekan. Lagu A Second More berhenti bermain di telinga.

Sakit hati.

Mikaeyl mengangkat wajah dan menompang dagu. Dia termenung lama memandang dinding kedai cendol dan ABC tu. Kepala mula mengingatkan diri akan kata-kata Misya beberapa tahun lalu.

"Wedding kita nanti kita pasang lagu ni waktu entrance nak?"

"Lagu ni? Tak romantik," jawab Mikaeyl. Wajah dia sudah mula terhias dengan senyuman kecil, membayangkan Misya dan dia bersanding nanti.

"Lirik dia romantik la..."

"Hm, ya ke?" Mikaeyl nak melawan, tetapi dia malas. Banyak lagi lagu romantik lain boleh dipasang, tapi kalau itu apa yang Misya nak, dia turutkan sahaja.

Jadi Mikaeyl hanya mengangguk. "Ikut you la."

Mikaeyl dah lama lupakan Misya. Dia dah reda pun Misya dan dia tak berjodoh sebab mak Misya tak pernah sukakan dia. Mereka berpisah pun dengan cara baik.

Tetapi lepas dia pergi ke majlis perkahwinan Misya dengan lelaki pilihan mak dia tu, Mikaeyl rasa macam parut lama di dalam hati dia ditoreh semula.

Ditoreh dalam bila lagu yang sepatutnya bermain di majlis perkahwinan dia dan Misya, dimainkan di majlis perkawinan Misya dengan lelaki lain, yang jauh lebih sempurna di mata semua orang termasuk Mikaeyl sekali.

Mikaeyl mengeluh.

Ya la, aku bukan handsome pun. Kerja pun bukan la dapat gaji sampai lima angka macam suami Misya sekarang. Tak pandai berborak dengan orang, pula tu pemalu tak sudah.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now