Prolog

2.8K 79 4
                                    

SILA BACA DISCLAIMER INI SEBELUM PROCEED BACA CINTA ANTAGONIST.

Seperti yang korang sedia maklum, Aryan & Deelaila ialah side character in Dr. Cold Mr. Sweet.

Tetapi, I give you an early warning!!! The timeline in this story has change from what you read  in Dr. Cold Mr. Sweet.

The timeline, I dah ubah mengikut kesesuaian yang I rasa. So nanti bila dah baca, jangan pelik kalau eh, bukan ke time ni. Nope! I dah ubah timeline from DCMS. Worries not the characters are the same.






5 tahun yang lalu

"You kenapa masam mengalahkan cuka ni?"

Aryan mengambil tempat duduk bertentangan dengan kawan baik sejak sekolah menengahnya iaitu, Fara Deelaila ataupun lebih selesa dikenali sebagai Deelaila ataupun Dee.

"Kembar you lah, tak habis-habis layan I macam orang yang tak wujud. Apa masalah Qalish? I ni kurang cantik ke?" Deelaila memandang Aryan meminta jawapan. Aryan buat-buat pandang ke atas untuk mengelak dari menjawab pertanyaan Deelaila.

"Ish! Bercakap dengan you ni kalau tak bagi I geram memang tak sah," marah Deelaila sebelum mencapai air Starbucks miliknya dan dihirup rakus.

"You macam tak kenal Qalish Arshad tu. Qalish memang layan semua perempuan macam tu, bukan you saja. Tak ada kena mengena dengan soal cantik ataupun bukan," balas Aryan. Qalish Arshad ialah kembar kepada Aryan Arshad. Berbeza dengan Aryan yang tidak lokek senyuman, Qalish seorang yang sangat dingin. Si Deelaila, merangkap kawan baiknya itu pula sudah lama menaruh perasaan pada Qalish sejak pertama kali mereka bertemu di kolej.

"Tak apa. I still got a lot of time. I akan pastikan Qalish Arshad akan jatuh hati dengan I sebelum kita habis belajar," dengan penuh tekad Deelaila berkata. Aryan sekadar menggeleng kepala.

"Apa-apa sajalah Dee. Yang penting you happy. I cuma nak cakap, kembar I tu lain dari yang lain. So, good luck," Aryan terus bangun dan menggalas beg ke bahu.

"You dah nak gerak ke? Tunggulah I makan sekejap," Deelaila menjuihkan bibir. Aryan buat muka jengkel namun dia tetap kembali duduk untuk menemani Deelaila makan.

Sepanjang kehidupan di Kolej, Deelaila tak putus- putus cuba mengambil hati Qalish Arshad. Namun begitu, segigih mana pun Deelaila mencuba, Qalish Arshad lansung tidak menganggap dia lebih daripada seorang kawan. Aryan pula menjadi tempat mengadu Deelaila yang selalu patah hati apabila Qalish berkali-kali menolaknya.

" Kenapa you tak putus asa saja Dee. Ramai lagi lelaki dekat luar sana selain Qalish. I dekat depan you ni pun ada. You masih jugak tergila-gilakan Qalish tu," ujar Aryan habis sahaja Deelaila mengadu kepadanya. Deelaila menjeling ke arah Aryan.

"You ni suka main-main tau. I tengah sedih ni boleh pulak you cakap yang bukan-bukan,"

Deelaila mengesat sisa air matanya menggunakan tisu yang dihulurkan oleh Aryan. Aryan hela nafas berat.

"That's the reason Dee. The reason I asked you to move on. I'm tired of watching you cry over him," kata Aryan. Nadanya yang lembut sedikit sebanyak mengurangkan rasa sedih Deelaila. Deelaila menjuihkan bibir. Air matanya sekali lagi mengalir deras.

"Tapi I sayang dia," Deelaila menangis lagi membuatkan Aryan mengurut dahi.

Cinta ANTAGONISTWhere stories live. Discover now