Bab 9

838 66 1
                                    

Deelaila mengatur langkah ke ruang makan dengan malas. Kaki yang telah cedera semasa aktiviti dalam hutan beberapa hari lepas juga sudah mula sembuh dengan baik. Tiba di dapur, Deelaila menerjah ke arah peti sejuk dahulu. Pintu peti ditarik. Dia berdiri di hadapan peti itu sambil meliarkan mata melihat isinya. Akhirnya, dia menarik keluar sekotak air sejuk. Kaki kemudian diatur pula ke meja makan. Sarapan pagi yang sudah tersedia di atas meja menarik minatnya. Mi goreng basah yang dimasak oleh mummynya memang menjadi makanan kesukaannya.

Deelaila mencedok mi goreng basah itu ke dalam pinggan. Ketika itu, pembantu rumah mereka, Mak Limah melangkah masuk ke dapur.

"Dee baru sarapan?" tegur wanita lewat 50-an itu. Deelaila menghantar senyuman.

"Dee cuti hari ni Mak Limah, itu yang Dee tidur sampai tak ingat dunia. Ni baru je nak sarapan. Mak Limah dah sarapan?" soal Deelaila kembali.

"Sudah. Dee nak makan apa untuk tengah hari nanti? Mak Limah boleh masakkan,"

"Eh. Tak apa Mak Limah. Dee nak keluar jumpa Aryan nanti sebab dah janji dengan dia. Daddy dengan mummy ke mana Mak Limah? Selalunya ada dekat bawah bersembang. Hari ni tak ada pulak," Deelaila bertanya. Selalunya setiap kali hujung minggu, daddy dan mummy banyak menghabiskan masa bersama-sama di rumah. Kalau tidak bersembang pun mereka akan menonton drama sama-sama. Tapi, Deelaila tidak akan ikut sama memandangkan dia tidak mahu situasi di mana dia dan daddynya bertikam lidah secara tiba-tiba. Tak pasal-pasal rosak cuti hujung minggu mereka.

"Mak Limah tak pasti pula ke mana Dee. Datin dan Dato' pagi-pagi lagi dah keluar.  Mungkin Dato' ada perjumpaan dengan kawan-kawan dia agaknya,"

Deelaila angguk kepala. Mungkin juga. Daddynya itu memang ada ramai kenalan yang selalu adakan majlis pada hujung minggu. Acara makan petang, suai kenal dan banyak lagilah. Deelaila pernah sekali ikut daddy dan mummynya ke salah satu sesi suai kenal yang diadakan. Tobat dia tak mahu pergi lagi. Sesi suai kenal apa? Sesi mencari jodoh. Konon-kononnya kalau ngam boleh terus buat jadi suami atau isteri. Seram sejuk.

"Kalau macam tu, Mak limah masuk dapur dulu ya. Nak siapkan makanan tengah hari," Mak Limah meminta diri.

"Eh. Alaa, Mak Limah duduklah borak dengan Dee dulu. Lama Dee tak borak dengan Mak Limah," Deelaila buat muka comel. Mak Limah tak dapat menolak. Kerusi di hadapan Deelaila ditarik membuatkan Deelaila ukir senyum lebar.

"Anak Mak Limah yang bongsu tu dah habis belajar ke belum?" Deelaila bertanya penuh minat.

"Belum Dee. Ada setahun lagi,"

"Empat tahun degree ya Mak limah?"
Mak Limah mengiakan.

"Lepas habis belajar Mira nak terus kerja atau sambung belajar lagi?" tanya Deelaila lagi. Mak Limah pula melayan, tiada langsung rasa kurang senang. Walaupun Deelaila dan Amira, anak bongsu Mak Limah jarang bersua muka, Deelaila banyak bertanya khabar pada Mak Limah.

"Mira kata dia nak cuba minta kerja dulu maklumlah walaupun dia anak bongsu Mak Limah, Mira tu juga yang kena tolong kami sekeluarga," kata Mak Limah. Deelaila melahirkan rasa simpati. Dia sudah sedia maklum tentang nasib keluarga Mak Limah. Mak Limah ialah ibu tunggal, ada dua orang anak. Anak lelaki sulungnya, Wahid sama umur dengan Deelaila. Wahid seorang kanak-kanak istimewa autism. Anak bongsu Mak Limah, Amira masih belajar.

"Kalau Mak Limah setuju, Dee boleh tolong Mira untuk sambung belajar," Deelaila mempelawa. Laju kepala Mak Limah menggeleng.

"Dee. Tak usah. Mak Limah sekeluarga dah banyak terhutang budi dengan Dee sekeluarga. Yuran belajar Mira pun Dee yang banyak tolong. Mak Limah tak mampu nak bayar balik Dee," Mak Limah menolak lembut. Dia benar-benar tidak mahu susahkan Deelaila atau sesiapa. Malah Deelaila sudah terlalu banyak menolongnya.

Cinta ANTAGONISTWhere stories live. Discover now