Bab 7

776 56 1
                                    

Untuk kali ke seratus Deelaila memeriksa checklist barang-barang yang perlu dibawa ke event bonding pada hari itu. Risau kalau-kalau ada barang penting yang tertinggal.

"Dee tak siap kemas barang lagi?" tegur Datin Hazirah menjengulkan kepala ke dalam bilik anaknya.

"Dah siap tapi Dee cek balik risau kalau ada yang tertinggal," Datin Hazirah senyum dan melangkah masuk ke dalam bilik. Punggung direhatkan ke atas tilam Deelaila yang empuk.

"Dee tak pernah berubah. Kalau kemas barang mesti cek banyak kali," kata Datin Hazirah. Deelaila sekadar sengih.

Setelah bersarapan, Deelaila terus berangkat ke Resort Mikasa yang terletak di Perak. Nasib sahaja resort itu tidak jauh sangat daripada rumahnya. Deelaila meninggalkan  barang-barangnya di dalam bonet  memandangkan peserta tidak akan check in sebelum majlis pembukaan selesai. Usai mendaftarkan diri, Deelaila mengambil tempat duduk  jauh di belakang dan memasang telinga sepanjang majlis perasmian berlansung.

Sejam kemudian, mereka dibenarkan ke bilik masing-masing yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Disebabkan event tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja syarikat, pihak pengurusan meletakkan wakil dari berbeza syarikat di dalam satu bilik. Deelaila cuma mampu berharap, rakan sebiliknya ialah manusia yang gemar buat hal mereka sendiri. Sungguh dia tiada mood hendak berkenalan dengan sesiapa.

Berdiri di hadapan bilik yang bernombor tertera pada borang pendaftarannya, Deelaila mengeluarkan kad yang diterima sewaktu check in tadi untuk membuka pintu bilik. Masuk sahaja, dia disapa oleh seorang wanita mungkin sebaya umurnya. Ah.. a friendly roommate. Getus Deelaila di dalam hati. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Fatiha ataupun dengan mesranya dikenali sebagai Teha.

Ada tiga katil di dalam bilik itu dan dia memilih katil yang paling hujung.
Baru sahaja Deelaila meletakkan beg pakaiannya di tepi katil, pintu dikuak daripada luar. Deelaila pusingkan badan untuk melihat. Pandangan Deelaila dan rakan sebiliknya yang baru masuk  bertaut. Deelaila memandang perempuan itu dengan riak terkejut. Elmira. Riak wajah Elmira juga jelas terkejut melihatnya.

"Damn you Aryan," bisik Deelaila untuk telinganya sahaja. Dengan perasaan geram bercampur marah, Deelaila keluar daripada bilik itu tanpa mempedulikan Elmira yang masih di pintu.

Nombor Aryan terus didail. Beberapa deringan panggilan dijawab.

"Aryan, what the hell are you thinking? Kenapa you letakkan I sebilik dengan perempuan tu? You dah gila ke? I dah cakap, I masih belum bersedia lagi nak hadap dia. Apa masalah you?" Deelaila terus memarahi Aryan. Hatinya membengkak.

"Dee, I have reasons," Aryan membalas tenang walaupun Deelaila ketika itu seperti gunung berapi hanya tunggu masa untuk meletus. Bukan Aryan Arshad namanya kalau tak cool, calm and collected.

"You ada sebab? Habis tu you tak fikir perasaan I?" marah Deelaila lagi.

"Calm down first Dee," pujuk Aryan.

"Calm down?! Macam mana you nak I calm down Aryan. You tahu apa I rasa? Sampai hati you buat macam ni," marah Deelaila lagi tidak puas hati.

"Dee." Aryan menegaskan nada suaranya. Dada Deelaila naik turun menahan marah.

"Just go with the flow. I tahu ni susah bagi you. Susah jugak bagi Elmira. Tapi sampai bila you nak bermusuhan dengan Elmira. I tahu jauh di sudut hati, you pun rasa dia tak bersalah. Try Dee. Itu je yang I minta," pujuk Aryan lagi dalam nada yang tenang dan tersusun. Deelaila menghela nafas panjang.

Cinta ANTAGONISTWhere stories live. Discover now