Bab 1

1.3K 76 0
                                    

"Aryan!"

Aryan yang ketika itu sedang menyiapkan laporan, terperanjat apabila pintu pejabatnya dihempas kuat. Dia menarik nafas lemah, sudah dapat menduga sebab Deelaila datang menyinga di pejabatnya sedemikian. Wajah Deelaila kelihatan bengis ditambah pula matanya yang tajam mencerlung ke arah Aryan. Pipinya yang putih mulus itu juga kelihatan sedikit merah.

" Dee, can you calm down?" Aryan sempat menekan simbol save pada skrin komputernya, menyimpan fail-fail yang penting sebelum mengalihkan seratus-peratus perhatian pada wanita di hadapannya itu.

Deelaila bercekak pinggang.

"Betul ke Qalish nak kahwin?" soalnya seakan tidak tentu arah.

"Ya. Qalish akan kahwin dalam masa tiga bulan nanti," Aryan menjawab tenang. Deelaila mengetap gigi menahan perasaan marah dan kecewa.

"Siapa perempuan tu? Siapa dia? I yang depan mata dia ni sekali pun dia tak pernah pandang. Apa yang istimewa sangat perempuan tu? Tell me, do I know her?" Bertalu-talu Deelaila menghentam Aryan dengan pelbagai soalan. Aryan memicit dahi.

"Fara Deelaila. Calm down and sit down,"  Aryan menegaskan suaranya. Deelaila mengerling sekilas sebelum duduk.

"I takkan cakap apa-apa kalau you tak tenangkan diri you dulu. So take a deep breath,"

Walaupun hati Deelaila ketika itu sedang mendidih dia tetap menarik nafas dalam seperti yang dipinta oleh Aryan.

" You okey sekarang?"

Deelaila menggangguk. Tidak dinafikan, hatinya yang hampir meledak tadi sedikit tenang.

" I kenal bakal isteri Qalish. I have met her several times-," Aryan segera mengangkat tangannya menghalang Deelaila daripada bersuara sebelum dia habis bercakap. Deelaila melahirkan riak kurang senang tapi tetap kembali bersandar dan menutup mulut. "I'm not going to apologise for not telling you about her.  Tapi I minta maaf sebab tak dapat tolong you untuk dapatkan cinta Qalish. Seperti yang I cakap pada you sebelum ini, kalau Qalish sukakan you, dia takkan buang masa untuk dapatkan you."

Wajah Deelaila terus berubah semakin suram dan kelat. Wajahnya yang suram seakan dapat menggelapkan pejabat Aryan yang terang-berderang itu.

" Dee, I tak paksa you untuk move on. Tapi sampai bila you hendak menaruh harapan pada Qalish?"

Sebaik sahaja Aryan menghabiskan ayat, air mata Deelaila mengalir deras membasahi pipinya yang putih gebu itu. Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan. Aryan memejam matanya untuk seketika. Rambutnya dikuak kasar.

" Dee stop crying please," Aryan memujuk. Nada suara bertukar lembut.

" I need time for myself,"

Dengan itu, Deelaila terus bangkit dan melangkah keluar daripada pejabat Aryan. Melihat bayang Deelaila menghilang dari pejabatnya, Aryan bersandar lemah pada kerusi. Satu keluhan kecil juga terlepas dari bibirnya.

SEPANJANG mesyuarat mengenai projek perumahan di Damansara berlansung, Deelaila tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Fikirannya asyik menerawang mengingati Qalish yang akan berkahwin tidak lama lagi. Sesekali dia menggigit kuku kerana tidak senang hati.

Aryan yang turut berada di dalam bilik mesyuarat itu juga perasan Deelaila terus-terusan mengelamun.

"Deelaila!"

Deelaila yang sedang mengelamun itu terperanjat.  Hampir gugur jantungnya disergah oleh Dato' Fadhil merangkap bapa kandungnya. Deelaila menelan air liur. Dato' Fadhil melemparkan jelingan sebagai tanda amaran ke arah Deelaila. Deelaila terus kembali fokus pada minit mesyuarat itu.

Cinta ANTAGONISTWhere stories live. Discover now