Hari ini Aryan dan Deelaila masih cuti. Sisa cuti mereka masih berbaki 2 hari saja lagi. Deelaila ketika itu sedang membaca novel baru yang dibelinya sebelum dia berkahwin. Sejam kemudian, perutnya berkeroncong minta diisi, padahal sekejap tadi baru dia sarapan pagi. Dengan malas, Deelaila angkat kaki ke dapur. Dapur yang begitu asing padanya itu di tilik. Deelaila tepuk dahi. Dia lupa bahawa dia kini berada di rumah milik Aryan. Mereka baru berpindah ke rumah ini semalam.
Deelaila tidak pernah tahu Aryan sudah miliki rumah sendiri. Akan tetapi disebabkan mereka baru berpindah, barang-barang dapur di rumah itu masih lagi kosong. Aryan pula pagi-pagi lagi sudah menghilang. Kata nak pergi jogging tapi sampai sekarang pun masih tak nampak batang hidung lagi.
Deelaila atur langkah pula ke ruang tamu. Sebaik menjatuhkan punggung ke sofa, notifikasi Whatsapp masuk. Ada mesej daripada Aisya.
"Hey pengantin baru,"
Deelaila tidak balas mesej tersebut sebaliknya dia terus video call Aisya. Tidak sampai dua saat, wajah Aisya terpapar di skrin telefon pintarnya.
"Aww kau rindukan aku ke Dee?"
Deelaila tayang muka malas. Kalau tak perasan, bukan si Aisya la namanya."Kau takpayah nak perasan sangat. Aku video call kau ni sebab nak tanya sesuatu," tingkah Deelaila. Aisya mencebik.
"Kau nak tanya apa?"
Deelaila bercerita pada Aisya tentang perubahan Aryan setelah berkahwin. Aryan semakin jadi sweet dan straightforward.
"Kalau masa kitorang berkawan dulu, dia ada jugak usik aku tapi usik yang biasa-biasa je la," Deelaila bercerita.
Aisya buat muka gaya berfikir. Jari diletakkan di dagu.
"Sebelum tu aku nak tanya kau, bila dia usik jantung kau berdegup kencang tak?"
Deelaila teragak-agak mengangguk. Aisya pula kelihatan bangga dengan diri sendiri.
"Sah!"
"Sah apa?" soal Deelaila keliru.
"Aryan sedang berusaha nak buat kau jatuh cinta pada dia," kata Aisya yakin dengan kesimpulannya sendiri. Deelaila kerut dahi.
"Korang bukan ke nak cuba bercinta selepas kahwin. Jadi aku rasa Aryan dari awal dah mulakan misi dia untuk buat kau jatuh cinta pada dia," sambung Aisya lagi. Deelaila rasa ada logiknya kata-kata Aisya itu. Dia mula terfikirkan sesuatu. Kalau Aryan sedang berusaha untuk memikat hatinya, dia juga perlu memikat Aryan. Kalau tidak, tak pasal-pasal bila dia sudah jatuh cinta pada Aryan nanti, perasaan itu cuma bertepuk sebelah tangan.
"Cha, bagi aku idea nak pikat lelaki," Deelaila terus tanya, tidak mahu kalah dengan Aryan.
Kemudian, bermacam-macam idea Aisya cadangkan kepada Deelaila. Ada idea yang mengarut, laju dia tolak tepi. Aisya ni kadang-kadang otak lain macam sikit. Meremang bulu roma Deelaila.
Bunyi deruman enjin menarik perhatian Deelaila.
"Cha, aku letak dulu. Aryan dah balik,"
Panggilan tamat. Deelaila bangun dan menuju ke pintu. Deelaila terus membuka pintu. Melihat Deelaila di muka pintu, Aryan ukir senyum lebar.
"Wah. I'm touched. Dee tunggu abang balik ke?" Aryan bertanya dengan senyuman di bibir.
"Jangan perasaan. I tak tunggu you. You dari mana? I ingatkan you keluar jogging je tadi," soal Deelaila.
"Abang pergi barang dapur sekali tadi. Alang-alang ada mart dekat tempat abang jogging tu. Nak penuhkan peti kita yang kosong tu," Aryan buka bonet belakang kereta. Dia keluarkan beberapa plastik berisi barang dapur.
YOU ARE READING
Cinta ANTAGONIST
RomanceMuhammad Aryan Arshad & Fara Deelaila THIRD SERIES IN ARSHAD'S