Masing-masing menahan nafas sambil menunggu Aryan menyemak laporan mingguan yang disediakan. Walaupun Aryan tidak sedingin dan segarang kembarnya, Qalish ketika di pejabat, namun pekerja yang bekerja di bawah Aryan sangat kenal dengan sikap tegas Aryan dalam bekerja.
"Kenapa dekat bahagian bahan mentah masih kosong?" Aryan menyoal dengan tenang tanpa mendongak.
"Kami perlu dapatkan persetujuan daripada Encik Aryan dulu sama ada untuk teruskan pembelian dengan pembekal lama ataupun tidak. Harga bahan mentah lebih tinggi daripada bajet yang telah ditetapkan," salah seorang daripada pekerja menjawab pertanyaan Aryan. Aryan diam sejenak, berfikir.
"Ini projek utama kita kan?" soal Aryan. Pekerja itu mengangguk.
"Proceed. Hantar permohonan pada bahagian kewangan. Kualiti bahan daripada pengeluar kita yang sebelum ni terbaik, jadi saya rasa tak ada masalah untuk kita teruskan,"
kata Aryan. Para pekerjanya mengangguk faham."Bagaimana status resort di Kuala Terengganu?" soal Aryan lagi.
Kemudian, seorang demi seorang pekerja melaporkan bahagian masing-masing kepada Aryan. Aryan mendengar dengan teliti. Apa yang perlu ditegur, dia akan tegur.
Selesai sahaja mesyuarat bersama kumpulannya, Aryan kembali ke bilik pejabat. Para pekerjanya masing-masing menarik nafas lega.
"Lega. Nasib baik hari ini presentation kita semua mantap. Kalau tidak, berpeluh la kita dalam bilik mesyuarat ni," kata salah seorang pekerja, yang dikenali sebagai
Adam."Korang ni berlagak macam Encik Aryan tu boleh makan orang," tegur seorang wanita pula. Pekerja baru di situ. Baru juga dipilih sebagai salah seorang pekerja di bawah Aryan.
Empat pasang mata memandang Suraya, tuan badan yang bercakap itu dengan pandangan percaya tak percaya.
"Dia memang tak makan orang Suraya ooiii. Tapi aku nak habaq kat hang ni, Encik Aryan tu kalau dia marah, dia tak marah tengking-tengking tau. Hang nak tau dak dia marah lagumana?" jelas kedengaran loghat utara Adam.
Suraya laju angguk kepala. Pekerja yang lain mula beransur keluar dari bilik mesyuarat, tinggal Adam, Suraya dan salah seorang lagi pekerja wanita bernama Lina sahaja.
Adam membetulkan duduk, tali leher dibetulkan. Kemudian, pandangan matanya tiba-tiba bertukar serius. Tajam. Riak wajahnya juga tenang acah-acah seperti Aryan. Dia berdehem membetulkan suara.
"Bagi saya lima sebab kenapa laporan hari ni berterabur," Adam menghayati karakternya sebagai Aryan. Lina yang melihat, rasa terpegun.
"Wei.. Memang jadilah kau mimik Encik Aryan. Yang bezanya bila Encik Aryan buat macam tu dia nampak cool tapi kau tak," kata Lina ketawa berdekah. Suraya pula tayang muka keliru.
"Tapi saya tak nampak pun macam dia marah," komen Suraya. Adam garu kepala. Maklumlah, Suraya baru sebulan masuk sertai kumpulan mereka.
"Ish. Hang ni. Macam mana cara nak bagi hang nampak," Adam garu dagunya pula. Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat di tolak dari luar. Ketiga-tiga manusia itu terperanjat besar. Lina secara automatik berdiri dari tempat dia duduk. Melihat gerangan yang berada di muka pintu, menambah kecut perut mereka. Speak of the devil, he shall appear.
"Sekarang dah masuk waktu lunch ke?" Aryan menjeling jam dipergelangan tangan. Adam, Lina dan Suraya tidak berani bersuara.
"Pelik. Jam saya masih pukul 11 pagi. Awak bertiga pakai jam ikut negara mana?" soal Aryan dengan intonasi yang masih tenang. Kening kanan diangkat. Adam telan air liur.
"Kami minta maaf Encik Aryan, tadi kami sembang sekejap. Tak perasan masa berlalu," Adam memberanikan diri bersuara.
Aryan anggukan kepala beberapa kali.
"Kalau macam tu saya nak minta maaf awal-awal, risau saya tak perasan terpotong gaji awak semua," selamba Aryan berkata. Reaksinya bersahaja. Ketiga-tiga pasang mata terus membulat. Adam dan Suraya lantas bangun."Maaf Encik Aryan. Jangan potong gaji kami. Kami janji tak ulang lagi," Adam bersungguh meminta maaf. Lina dan Suraya angguk kepala menyokong.
Aryan melemparkan pandangan serius.
"Last warning," kata Aryan. Adam, Lin dan Suraya ucapkan terima kasih kepada Aryan sebelum meminta diri dan keluar daripada bilik mesyuarat. Kus semangat.
ARYAN berhenti di hadapan meja setiausahanya yang berada di hadapan bilik pejabatnya. Elina, setiausahanya itu terus berdiri menyapa dengan hormat.
"Ada apa-apa berita daripada Suria Holdings?" Aryan terus bertanya.
"Belum Encik Aryan. Setakat ni pihak Suria Holdings tak maklumkan apa-apa lagi," Elina membalas secara professional. Aryan mengerutkan dahi.
"Tak apa. Nanti saya akan hubungi pihak sana sendiri," kata Aryan sebelum melangkah ke bilik pejabatnya. Baru beberapa langkah, Elina menyerunya.
"Encik Aryan, tadi ada panggilan daripada Cik Mawar. Dia pesan pada saya supaya bagitahu Encik Aryan, dia nak jumpa Encik Aryan petang ni. Dia pesan jugak supaya Encik Aryan balas mesej dia," Elina menyampaikan pesanan kepada Aryan. Aryan hembus nafas berat. Tanpa memberikan sebarang respon, dia berlalu ke pejabatnya. Elina pula kembali sambung kerja.
Aryan mencapai telefon pintarnya dari atas meja. Mesej daripada Mawar dibuka, jari-jemari laju menaip pada skrin telefon untuk membalas mesej itu.
Sorry, I'm busy.
Ringkas Aryan menaip mesej sebagai balasan. Dia tidak mahu panjangkan perbualan mereka. Oleh sebab itu, dia balas dengan ayat yang ringkas dan muktamad. Tali leher dilonggarkan sedikit, nafas panjang ditarik dan dihembus perlahan. Badan disandarkan pada kerusi dengan selesa. Baru sahaja Aryan mengambil nafas untuk berehat sekejap, telefonnya menjerit lantang minta diangkat. Nama yang terpapar pada skrin mencetuskan keluhan di bibir Aryan.
Aryan paksa diri untuk jawab panggilan daripada Mawar."Hello, Aryan?" Mawar terus menyapa. Aryan tahan diri daripada melepaskan keluhan berat.
"Mawar, ada apa?" Aryan bertanya acuh tak acuh.
"Aryan, tak boleh ke saya nak jumpa awak sekejap?" gadis itu masih tidak putus asa. Aryan meraut kasar wajahnya.
"Mawar, saya sibuk. Tak sempat nak jumpa awak. Saya harap awak faham," balas Aryan tanpa berkias.
"Awak selalu macam tu, bila saya ajak jumpa, mesti banyak alasan. Cakap sajalah yang sebenarnya awak memang tak nak jumpa saya," bentak Mawar tiba-tiba naik angin.
"Kalau awak sibuk sekarang tak apa, saya boleh tunggu lepas awak habis kerja," Mawar mendesak lagi. Aryan memicit dahi, pening kepala.
"Tak sempat. Saya nak solat Asar," selamba Aryan berkata.
"Lepas solat?"
"Saya dah janji dengan mama saya nak temankan dia makan malam nanti jadi tak boleh juga," tolak Aryan sekali lagi memberikan alasan. Mawar mendengus marah.
"Takkan nak keluar dengan saya sekejap pun tak boleh?" Mawar mula naik angin. Riak wajah Aryan sudah mula tunjuk tanda-tanda menyampah. Susah betul bercakap dengan manusia yang tak faham bahasa Melayu ni.
"Mawar, Don't test my patience. I am not your boyfriend. So stop acting like you are my girlfriend. Awak jangan sampai rasa hormat saya pada awak hilang. I don't like people asking me what to do. You are not my mom, not my woman. So stop being so clingy,"
Keras Aryan berkata. Dengan itu dia terus menamatkan panggilan. Satu keluhan terlepas dari bibir. Bukan pertama kali, Mawar berkelakuan sedemikian rupa. Makin Aryan tolak, makin menjadi-jadi perlakuan Mawar untuk menarik perhatian Aryan.
YOU ARE READING
Cinta ANTAGONIST
RomantizmMuhammad Aryan Arshad & Fara Deelaila THIRD SERIES IN ARSHAD'S