Chapter 1♥

226 3 0
                                    

Seorang gadis berjalan dengan lenggang lenggoknya sehingga ada sesetengah pelajar lelaki terpukau dengan bentuk tubuhnya yang jelas kelihatan.

"Kau ingat buntut kau cantik sangat ke nak jalan macam tu?"terjah seorang gadis yang dikenali sebagai kawan baiknya.

"Sebab cantik la kena tunjuk"ujar gadis itu dengan penuh menggoda.

"Kau ingat aku lelaki ke kau nak buat suara macam tu?aku sumbat jugak dengan batang penyapu ni kan?"ujur si gadis kecil molek itu namun sifatnya yang kasar membuatkan aura keberanian jelas terpancar.

"Relax la iman.aku saja je nak test mana tahu kau cair"gadis yang bernama iman menjeling kawannya dengan tajam.

"Jom la,kalau cikgu marah nanti aku cakap kau yang salah"

"Kenapa aku?"ujarnya.

"Shahnia,bukan ke kau buat fesyen show yang tak berbayar ke tadi?"Shahnia hanya tersenyum simpul apabila Iman memerli dirinya.

"Perli aku la tu"Shahnia terus berjalan melepasi Iman dengan muka yang ketat.

Iman mengeleng kepalanya tatkala Shahnia merempuh tiang kelas yang terpacak dekat pintu kelas.ketawa yang ingin terburai di simpan di dalam hati.Shania memandang ke arah dengan mata yang tajam namun pandangan Shahnia langsung tidak menggetarkan hatinya.

Kelas diteruskan seperti biasa dengan gelak tawa pelajar lain yang agak membisingkan.namun di suatu sudut hati Iman resah apabila tidak dapat berjumpa dengan Encik Osman iaitu ayahnya sendiri.selalunya Encik Osman akan menunggunya sehingga masuk ke sekolah namun semenjak 2 menjak ini perangai Encik Osman turut berubah.kalau dahulu dia akan bermanja dengan Encik Osman dan Encik Osman akan menuruti segala keinginannya.

"Baiklah semua.pembelajaran hari ini sampai disini sahaja"ucap guru bahasa Inggeris itu dengan soapan.

"Bangun!"laung Iman selaku ketua kelas di kelas 1 Dedikasi.

"Terima kasih cikgu"ucap Iman dengan suara yang lantang.

"Sama-sama"guru itu terus berlalu pergi diikuti oleh pelajar yang lain.

"Iman aku nak cakap sesuatu dengan kau ni"Shahnia memandang kiri dan kanan lorong itu supaya tiada siapa yang mendengarkan apa yang ingin disampaikan olehnya.

"Kau nak cakap apa sampai macam ni sekali"Iman mengendong begnya dibelakang dan berjalan menuruni anak tangga dengan kasar.

"Aku tak tahu la betul atau tidak cerita pasal Ayah kau ni"Iman tetap meneruskan langkahnya kerana tahu akan cerita yang ingin disampaikan oleh temannya itu.

"Apa yang mereka cakap pasal ayah aku?"tanya iman sejurus selepas menuruni tangga ke tingkat bawah.

"Mereka cakap yang ayah kau berhutang dengan Mafia semata-mata untuk menampung pembelajaran kau"ayat di belakang Shahnia memperlahan kerana takut Iman menenkingnya kembali.

"Untuk pengetahuan kau,ayah aku tu bukan pinjam duit dengan Mafia tapi itu gaji dia sendiri tau"bentak Iman lalu duduk di pondok yang berdekatan.

"Aku tahu tapi cerita ini ibu aku yang cakap"Iman hanya mendengus halus.

"Aku faham semua orang kampung benci dengan ayah aku sebab ayah aku bekas banduan"Ujar Iman dengan hati yang luluh.

"Tapi aku tak anggap kau macam tu"ucap Shahnia dengan satu senyuman.Iman hanya tersenyum kelat.



Encik Osman memberhentikan motosikal buruknya di sebelah rumah yang agak usang.Encik Osman mengangkat Iman dengan berjaga-jaga agar Iman tidak terjaga dari tidurnya.Encik Osman membaringkan Iman di atas tilam yang nipis.

"Maafkan ayah,Iman"ucap Encik Osman sambil membelai rambut Iman dengan rasa bersalah.

"Ayah tak nak terpisah dengan kamu tapi ayah terpaksa buat semua ini atas kebahagian kamu sayang"pipi Iman dicium dengan penuh kasih sayang.

"Ayah kenapa nangis?Iman tak suka tengok ayah nangis"ucap Iman yang masih dalam keadaan separuh sedar.

"Ayah tak menangislah"Encik Osman mula menyapu air matanya yang semakin deras ingin mengalir.

"Ayah,iman nak peluk ayah"badan Iman diarapatkan dengan Encik Osman dan Iman terus memeluk Encik Osman dengan erat.

"Nanti Iman besar,Iman akan langsaikan semua hutang ayah dengan Mafia tu"sekali lagi Encik Osman menangis di bahu Iman akibat kata-kata Iman yang menyentuh hatinya.

"Iman taknak ayah dipandang serong oleh orang kampung lagi"Iman mula membelai rambut hitam ayahnya dengan perlahan-lahan.

"Ayah,semua orang tak faham apa yang ayah tanggung tapi Iman faham walaupun Iman masih mentah lagi"satu senyuman diberikan pada Encik Osman sehingga menempakkan gigi putih miliknya.

"Anak ayah memang bijak tapi ingat jangan sesekali melakukan perkara yang dilarang disisi agama ye sayang"satu ciuman hinggap di dahi Iman.

"Iman janji dengan ayah,iman akan selalu ingat nasihat ayah"mata grey milik Iman mula bertentang mata dengan mata hitam milik Encik Osman.

"Iman pergi mandi lepastu kita pergi makan dekat luar ye"Iman terus meloncat gembira apabila Encik Osman mempelawa dirinya.

"Iman sayang ayah"satu ciuman hinggap di pipi Encik Osman.Terburai ketawa Encik Osman yang disimpan sedari tadi.

"Aku nak kau perhatikan dia"arah seorang lelaki yang masih mengasah katana miliknya yang diukir cantik berbentuk lambang harimau dan sebiji mahkota.

"Baik Ray,kau nak aku perhatikan dari jauh atau menyamar sebagai orang terdekat"

"Pehatikan dari jauh,aku taknak dia tahu kau perhatikan dia"lelaki itu mengangguk dan terus berlalu pergi tanpa berpaling.

"Macam ni la manusia,dah pandai pinjam tapi tak pandai nak bayar balik"lelaki yang bernama Ray mengelengkan kepalanya.

"Ray aku dapat maklumat yang dia ada seorang anak perempuan"ujar pembantu Ray.

"Ada aku kisah ke?habis kenapa kalau dia ada anak perempuan sekali pun"ucap Ray dengan selamba membuatkan pembantunya pening kepala.

"Kau boleh ambil anak dia sebagai galang gantinya,itupun nak kena ajar ke?"

"Kau ingat aku ni jahat sangat ke Syam?"Ray bangun mendekati alamari untuk menyimpan katana miliknya.

"Dah kalau tak jahat tak ada pulak orang yang kau bunuh"Syam mengambil tempat di sebelah Ray yang masih kebuntuan itu.

"Kau nak cakap apa sebenarnya?"tanya Ray yang semakin pening dengan ayat Syam.

"Mungkin kau boleh jadikan perempuan tu sebagai perempuan simpanan kau?"Syam mengangkat keningnya sebelah.untuk memberitahu bahawa ideanya boleh dibawa bincang.

"Kau nak aku ambil perempuan tu sebagai pemuas nafsu aku?"Syam mengangguk laju.akhirnya Ray dapat menangkap maksud sebenarnya.

"Exaclly"Syam menepuk tangannya.

"Tapi berdosa la pulak kalau main pengang je,aku kena halalkan dulu la kan?"Syam menepuk dahinya dengan buku yang ada di tangannya.

"Sejak bila kau tahu tentang hukum hakam ni"Ray tersenyum kelat.

"Habis kau pernah nampak aku bawa masuk perempuan ke dalam rumah ni?takkan"ada betulnya juga cakap Ray.sudah 10 bertahun dia bekerja bersama Ray namun 1 bayang wanita pun tidak ada.

"Aku rasa rancangan kau untuk khawin dengan perempuan tu kau kena fikir masak-masak"Ray menjeling ke arah Syam dengan tajam.

"Semua perempuan sama,gilakan duit"Ray mula membuka langkah untuk meninggalkan bilik itu bersama Syam

"Tak heranlah kalau perempuan beratur nak kan kau"gelak Syam dengan baki yang masih tersisa.

Pit pon pit pon

Vote/commen

Dipersilakan

A Loveless HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang