Seminggu telah berlalu selepas majlis Haji Rahman diadakan dan selama itu juga Haiden langsung tidak berbicara dengannya.Iman sudah mati akal untuk membuat Haiden berbicara dengannya dan semua yang dia buat langsung tidak berjalan seakan Haiden sudah tawar hati bersamanya.
"Kau dah siap masak belum?!Datin Halimah dah lama tunggu dekat meja makan"jerkah ketua pembantu rumah yang bertugas untuk memantau setiap pekerja di bawahnya.
"Tinggal nak potong bahan untuk kuah je ni"tidak hanya bercakap tangan Iman turut bergerak memotong bahan untuk kuah ikan stim.
"Err Kak Mia tolong hulurkan Iman cili padi dalam peti.Iman lupa bawak keluar"pinta Iman dan tanpa menunggu lama Mia mengambil segumpal cili padi lalu diberikan kepada Iman.
Disaat yang sama Iman merasakan perutnya mula memulas dengan kuat.Dahinya mula dipenuhi dengan peluh.Masakan ini harus siap sebelum dirinya dihukum itu yang difikirkan Iman manakala sakit perutnya dibiarkan meragam.Seusai makanan telah siap dimasak masa untuk dihidang kepada keluarga besar itu.Jelas terpampar wajah kegembiraan di wajah Iman apabila melihat kelibat Haiden yang turut sama ada dalam jamuan makan itu.
"Jemput makan semua"ucap Iman dengan suara yang lantang serta ceria.
"Iman meh makan sekali"pelawaan Datin Halimah diterima oleh Iman lantas sebelah Haiden menjadi destinasinya.
"Assalamualaikum abang,Iman minta maaf kalau Iman ada buat salah"bisik Iman setalah menyenduk beberapa lauk ke dalam pinggan Haiden.
"Emm"Haiden langsung tidak menghiraukan Iman.Muka Iman langsung tidak dipandangnya.
"Abang,Iman rindu abang"kali ini Iman memegang wajah Haiden lalu dipalingkan ke arahnya.Wajah Haiden merona merah.
"Iman!"Haiden menekan suaranya sedikit kuat sehingga Datin Halimah dan beberapa yang lain menoleh ke arah mereka.Iman yang malu mula menurunkan tangannnya dengan perlahan.
Iman mula menekan perutnya yang sudah mula memulas.Dahinya berkerut menahan sakit namun wajahnya langsung tidak dapat disorakkan.Berkali kali dirinya memandang ke arah Haiden untuk menghilangkan rasa rindu yang sudah membuak budak.
"Kau okey ke?"tanya adik kepada Haiden iaitu Danish.Namun soalan Danish tidak didengari oleh Iman yang semestinya sedang melawan sakit perutnya itu.
"Iman"Iman tersentak lalu menoleh ke arah Haiden.Dengan muka dingin Haiden melarikan matanya ke arah Danish.
"Kau okey ke tidak?"soalan yang sama ditujukan oleh Danish.
"Ok"ucap Iman dengan suara yang tersekat namun pantas disoroknya.
"Saya minta diri dulu,ada kerja yang perlu saya bereskan"Iman berdiri lalu menolak kerusi ke belakang sambil memegang perutnya.
Setelah Iman berlalu pergi Danish melihat ke arah Haiden yang santai dengan makanannya.Amarah Danish mula membuak setelah Haiden menoleh ke arahnya dan melihat Iman dengan pandangan kosong.
"Elok kau pergi tengok bini kau,aku rasa ada benda yang dia sorok"Haiden terpaksa beralah apabila semua mata tertumpu kepadanya.
"Ok fine!"bentak Haiden.
Badan direbahkan ke atas tilam empuk dengan kuat.Iman lupa bahawa hari ini adalah tarikh datang haidnya dan sebab itulah perutnya memulas sedari tadi.Dirinya lupa untuk membeli tuala wanita dan langsung tidak mempersiapkan dirinya dengan ini.Badannya langsung tidak berdaya apabila cengkaman iblis ini menyerang.Sakitnya tiada ubat.
"Sa...ki.t"cecair jernih yang ditahan akhirnya keluar jua.Tidak dapat dirinya menahan apabila sakit ini lebih sakit daripada sebelumnya.
Iman cuba bangun untuk mencapai kain kotor yang terletak di dalam bakul namun dirinya jatuh kelantai.Iman hanya boleh memeluk rapat lututnya untuk meredakan sakit itu.Tangisannya tidak lagi dalam kebisuan malah sudah bergema di seluruh bilik itu.
Krakk
Haiden membuka pintu dan mengeluh kasar apabila melihat Iman yang sedang duduk di atas kerusi menghadap koridor dengan pemandangan hutan.Haiden memberanikan diri untuk mendekati Iman.Namun Iman melarangnya.
"Er abang tolong buatkan Iman teh tanpa gula boleh?"
"Sayang,abang mintak maaf.Bukan niat abang nak lari daripada sayang"Iman hanya mengangguk.Dirinnya yang sempat membelakangi pintu setelah Haiden masuk menahan sakit dengan memejamkan matanya.
"Abang boleh tak?"soal Iman lagi.
"Boleh sayang,tunggu abang buatkan"Iman menarik nafas lega.Bunyi pintu tertutup meyakinkan Iman bahawa Haiden sudah berlalu pergi.
Tangisannya dilepaskan kembali dengan teriakan yang kuat.Iman turun dari kerusi dan berbaring serta memeluk lututnya seperti tadi sambil menekan perutnya.
"Ya allah sayang,apa dah jadi ni?kenapa sakit tak bagitau abang"alangkah terkejutnya Iman apabila Haiden menerpa ke arahnya dengan wajah kerisauan.
"Ehem aa cak aa"Iman yang berfikir dirinya masih sempat membodohi Haiden terus memberi alasan.
"Sayang abang ni sakit rindu abang ye"Iman mula tidak keruan apabila dirinya dirangkul oleh Haiden dan dibawa ke katil.
"Abang sakit!jangan dekat katil!"teriak Iman sambil memegang perutnya.Malangnya tangan Haiden lebih laju menjatuhkan Iman ke atas katil.Jelas tompokan merah yang mula kelihatan di atas cadar yang bewarna putih itu.
"Kan Iman dah cakap!Abang!"teriak Iman dalam tangisan.Haiden ketawa geli hati melihat gelagak si isteri.
"Sayang abang ni jangan banyak gerak ye,abang tahu apa sayang rasa"baju Iman diselak ke paras dada lalu minyak angin yang sedia ada dicapai.
Mata Iman mula kuyu apabila tangan kasar milik Haiden menyentuh bahagian perutnya dengan lembut.Sesekali Haiden menyapu kasar perutnya apabila Iman hampir terlena.
"Erm abang"rintih Iman.Haiden yang tahu maknanya mula mengurut bahagian yang sepatutnya.
Melihat Iman yang telah lena membuatkan hati Haiden mulai sejuk dan terasa tidak ingin meninggalkan gadis ini lagi.Dirinya berjanji bahawa kali itu adalah kali terakhir dirinya berjauhan dengan Iman.Selama seminggu dia berjauhan dengan Iman dia merasakan terseksa dengan saka yang dilepaskan oleh Iman.Sungguh dirinya tergila-gilakan Iman walhal Iman telah sah menjadi miliknya.Namun dia tahu Danish turut menaruh harapan terhadapa isterinya itu sejak pertama kali Danish menatap Iman.
"Iman Anastasya hanya boleh dimiliki oleh Megat Haiden Hafiz " ucapnya sambil menutup baju Iman dan memberikan sebuah ciuman hangat di dahinya gadis itu.
"Zulaikha.....abang"Haiden tersenyum kelak.
"Abang takkan benarkan sayang terpengaruh dengan wajah suci Zulaikha,itu janji abang"sempat Haiden membuat pinky promise di jari kelingking Iman.
Malam yang indah hanya disinari oleh cahaya bulan memberikan sedikit cahaya kepada mukanya.Syifa menggoyangkan kakinya didalam air kolam dengan perlahan.Gadis yang bernama Maya kerap bermain di fikirannya.Rayyan telah dikhawinkan dengannya sudah hampir 2 tahun dan Rayyan juga kerap memasang muka dingin kadangkala menjadi terlalu overprotective.Jika Maya adalah tunangnya adakah dirinya akan diceraikan atau dimadukan?.Abah,Syifa tak nak dimadukan!.
"Abah,Mak,Iman"kelibat Iman mula terbayang dalam kenangannya.Mungkin adiknya kini telah tertangkap setelah ayahnya meninggal kerana tidak dapat menyelesaikan hutang.Iman menjadi cagaran seperti dirinya dahulu.
"Macam mana keadaan Iman sekarang?"soalnya kepada dirinya sendiri.
Sedar tak sedar Syifa telah mengalirkan mutiara jernih setelah sekian lama menyimpan rindu terhadap adiknya.Kini Genap 5 tahun dirinya terkurung di rumah agam ini yang terlalu membosankan bagi dirinya.Adakah Iman juga begitu?.Tiada harapan untuk kami tersenyum kerana kami hanya cagaran hutang Encik Osman.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Loveless Husband
RomanceMafia yang ditakuti oleh seluruh dunia.Penglibatannya dalam dunia mafia menjadi satu rahsia sehingga sekarang.prisip yang tiada belas kasihan dan tiada rasa gentar untuk menghadapi setiap cabaran.membunuh mangsa tanpa rasa ngerti dan berdosa itu lah...