Iman berjalan menuju ke motosikal buruk Encik Osman yang terletak elok di hadapan rumah usang itu.Iman mengambil begnya untuk diletakkan di dalam raga motosikal dan tanpa sengaja tangannya tersentuh sesuatu yang licin.
"Katak ke dalam raga motosikal ni,haish ada jugak kan?"Iman mula mengangkat begnya kembali.
Raga motosikal yang berlapikkan peralatan berkebun ayahnya diangkat satu persatu.Betapa terkejutnya Iman apabila mendapati ada sesuatu yang agak aneh bewarna putih yang diletakkan di dalam plastik lut sinar.
"Apa ni?"Iman yang berura-ura ingin membuka terus terbantut akibat kedatangan Encik Osman yang agak kalut
"Kamu pengang apa ni Iman?"Encik Osman yang terkejut turut menanyakan.
"Iman terjumpa dalam raga motosikal ayah"Encik Osman mula mengetap bibirnya dengan kuat.
"Ayah jangan cakap yang ayah ambil......."Air mata mula bertakung di matanya.
"Sayang,dengar cakap ayah!ayah tak ambil lagi benda kotor ni"Iman terus memeluk kedua belah kaki Encik Osman tanpa memikirkan baju sekolahnya yang akan kotor.
"Ayah,Iman harap sangat ayah berubah!Iman tak nak orang kampung hina ayah"tangis Iman di kaki Encik Osman.
Encik Osman menarik Iman untuk bangun.muka putih Iman dipandang lama.Mata coklat milik Iman bermain di matanya.Iman yang tidak pernah mendapat belaian seorang ibu dan kehilangan kasih sayang seorang ibu hanya disebabkan perbuatannya dahulu pada Syaza ibu kepada Iman.
"Kamu kena janji dengan ayah,kalau ayah suruh kamu buat benda yang tidak sepatutnya kamu kena tahu yang ayah ingin menyelamatkan kamu dan memberi yang terbaik untuk kamu"dahi Iman dicium bersama linangan air mata.
"Iman janji,Iman akan selalu dengar cakap ayah,tapi ingat ayah kena belikan Iman nasi lemak"Encik Osman menganggukkan kepalanya sebelum mengangkat Iman untuk menaiki motosikal buruknya.
"Tengok!habis kotor baju Iman"Encik Osman mengibas baju Iman menggunakan tangannya untuk menyingkirkan debu yang sudah bermaharajalela di baju Iman.
"Ayah,nanti Iman dah habis sekolah,Iman dah ada kerja Iman nak beli rumah yang cantik untuk ayah"Iman tersenyum lebar mengenangkan angan-angannya yang sudah terbayang di ingatannya.
"Belajar rajin-rajin,nanti dapat jumpa ayah"Iman menoleh ke arah Encik Osman dengan seribu kerutan di dahi.
"Kenapa ayah cakap macam tu?"lopak matanya kini mulai kabur kembali.
"Manja betul anak ayah ni,macam mana la ayah nak tinggalkan kamu nanti"
"Ayah nak tinggalkan Iman seorang diri ke?"tangisannya mula pecah.
"Tak lah sayang,ayah nak kamu hidup berdikari jadi tak selamanya kamu akan ada di sisi ayah"badan kecil Iman dipeluk erat supaya dapat meredakan tangisan si anak.
Pintu pagar sekolah hampir tertutup kerana terlewat.Iman membuka langkah besar untuk mempercepatkan langkahnya yang sememangnya kecil itu.Dengan ilmu yang diajarkan oleh Syifa iaitu kakaknya dia dapat melepasi pagar itu dengan cara yang halus.
"Awak!!datang sini!"Iman mengeluh perlahan apabila perbuatannya dapat dilihat oleh beberapa orang pengawas yang agak gedik.
"Awak tahu apa kesalahan awak?"Iman mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu.
"Adik cakap dengan jujur ye.adik tahu atau tidak kesalahan adik?"ucap seniornya yang lengkap berjilbab labuh.sangat peramah orangnya sesiapa sahaja akan terpikat dengan penampilannya yang agak bersahaja janji menutup aurat.
"Kak Zulaikha,Iman panjat pagar tadi"ujar Iman dengan nada yang lembut.Zulaikha mengelengkan kepalanya.
"Kenapa panjat pagar?"Iman mengeluh buat kali kedua.muka bersih Zulaikha dipandang malas.
"Pagar dah tutup,tapi Iman nak masuk pakcik guard tu tak bagi"rengek Iman sambil memeluk tangan kanan Zulaikha.
"Lain kali datang awal ye,hari ini saya lepaskan kamu"Iman melompat gembira sambil menghadiah jelingan sinis pada pengawas gedik itu.
"Tapi Zulaikha,kita mana boleh lepaskan Iman macam tu je!nanti kita yang kena ambil tindakan!"bentak Balqis dengan perasaan yang tidak puas hati.
"Tak apa biar saya yang tanggung semuanya.Iman kamu boleh pergi ke kelas sekarang"Iman mula bergerak meninggalkan mereka yang masih tidak puas hati dengannya kecuali Zulaikha.
"Zulaikha kenapa kau ni baik sangat dengan anak banduan tu?"Zulaikha mula mengucap di dalam hati.marah yang menggelegak di tahan sebaik mungkin.
"Balqis,walaupun Iman adalah bekas anak banduan status dirinya sama sahaja dengan kita semua.tiada istilah memperendahkan kaum sendiri dalam islam"Balqis dan Qistina mula menekup telingannya.
"Semuanya dengan ceramah agama kau tu Zulaikha,eh pergi mati la"ujar Qistina dengan menyampah.Zulaikha mengeleng kepalannya perlahan.
Shahnia dengan lenggok gediknya berjalan menyusuri koridor tanpa peneman.selalunya Iman akan menemaninya namun hari ini kelihatan Iman seperti tidak bermaya jadi mengambil keputusan untuk keluar bersendirian.
"Nak pergi mana?"ujar selalu Lelaki dengan mengejut.Shahnia langsung tidak memberhentikan langkahnya.
"Berlagak la kau"
"Macam ibu dia la.dengan baju yang sendat nak tunjuk pada siapa?"langkah Shahnia terhenti pantang betul jika nama ibunya disebut oleh mereka.
"Nama ibu aku,kau jangan nak sebut ye!"tengking Shahnia yang semakin menggelegak ibarat larva yang ingin meletus.
"Ibu kau bukannya baik sangat!perangai 2 kali 5 je dengan kau"
"Ehh Syafie kau nak apa huh?aku tak pernah pun kacau kau!"bentak Shahnia dengan kuat.
"Memang kau tak pernah kacau aku tapi kau selalu tonjolkan badan kau pada aku"Syafie mula mendekati Shahnia.
"Jangan dekat la bodoh!aku jerit nanti kan?"ugut Shahnia tetapi mengundang tawa Syafie dan kawannya.
"Jeritla takkan ada yang dengar sebab ini kawasan kami.kalau ada yang dengar pun mereka takkan berani masuk"Shahnia mengigit bibirnya untuk menahan air mata yang ingin keluar.
"Kau yang bawa malang untuk diri kau sendiri bukannya aku"ujar Syafie perlahan.Shahnia yang ingin membuka langkah dikepung oleh Kawan Syafie.
"Syafie tolong la jangan kacau aku!aku tak sukakan kau!"jerit Shahnia sehingga membuatkan langkah Syafie yang ingin mendekati Shahnia terhenti.
"Sebab kau tak terima cinta aku,aku terpaksa buat macam ni supaya kau melutut dekat aku"senyuman seram diukir oleh Syafie.
"Kau salah sebab kau tolak Syafie.dia kaya,dia ada nama dan dia ada segalanya cukup untuk menampung apa kau inginkan Shahnia"ucap arif rakan Syafie manakala Syafie hanya mengangguk.
"Aku tak perlukan semua tu!sedarlah Syafie kau tu senior aku!"
"Walaupun aku senior kau,aku pun ada hati dan perasaan untuk jatuh cinta dengan orang yang aku sayang"
"Tapi aku tak suka tengok kau jadi jahat!"tengking Shahnia lagi.
"Kau yang buat aku macam ni"Syafie mengorat langkah untuk mendekati Shania yang hanya tinggal beberapa meter sahaja.
"Aku lebih mati la daripada hidup dengan kau!"Shahnia terus menolak Syafie dan berlari dengan segala kudratnya.tiada sudah lengang lenggoknya itu.
"Kejar dia"arah Syafie yang mula berlari mengejar Shahnia.
Terbit rasa menyesal di dalam hatinya apabila terlalu mengikut hati.kini dirinya dalam kesusahan.hanya satu nama yang terlintas dalam fikirannya iaitu Iman Anastasya.Iman akan selalu mempertahankan dirinya jika dia dalam kesulitan.
"Iman tolong aku!"jerit Shahnia apabila melihat kelibat Iman melintasinya dengan laju.namun tiada kelibat iman muncul didepannya.
"Iman!"jerit Shahnia lagi.dia mula memasuki lorong yang Iman masuki tadi berharap agar Iman berada di sana.
"Kau nak pergi mana?!"laung Syafie dari belakang yang sudah hampir dengannya.
"Arghhhhhhh"
Pit pon
Vote/commen
Dipersilakan
ANDA SEDANG MEMBACA
A Loveless Husband
RomanceMafia yang ditakuti oleh seluruh dunia.Penglibatannya dalam dunia mafia menjadi satu rahsia sehingga sekarang.prisip yang tiada belas kasihan dan tiada rasa gentar untuk menghadapi setiap cabaran.membunuh mangsa tanpa rasa ngerti dan berdosa itu lah...
