chapter 5

86 1 0
                                        

Rumah mewah dengan penghuni yang menggerunkan itulah yang difikirkan oleh Syifa.Namun setelah melangkahkan kakinya ke dalam rumah tersebut dirinya terpengun apabila disambut oleh seluruh keluarga tersebut.Secakir senyuman harus dihiasi di bibir mungil Syifa.Senyuman tidak lekang dari keluarga tersebut.

"Cantiknya menantu mummy,pandai Rayan pilih"ucapan yang keluar dari mulut perempuan itu menyentakkan tangkal jantungnya.

"Mummy,bagi dia rehat dulu.Lepas makan malam kita bincang"jelas terpancar wajah keletihan di wajah Rayan itu.

"Berlagak macamlah kau pernah bincang apa apa dengan mummy"celah sang adik.Jelingan maut diberikan kepada Reena.

"Er maaf boleh saya minta izin untuk bersihkan diri?"Syifa mengkedipkan matanya berkali kali  membuatkan Rayan hampir ke alam sebalik mata.

"Kitorang naik atas dulu"

Tangan Syifa ditarik kuat sehingga kedengaran Syifa berdecit akibat kesakitan di bahagian pergelangannya.Rayan memberhentikan langkahnya di hadapan sebuah bilik.Syifa dan Rayan saling berpandangan.

"Ini bilik kau buat sementara"

"Saya nak tanya pasal"belum sempat menghabiskan ayat Rayan terus memotong.

"Ha esok bangun awal kita pergi pejabat agama"

"Wait,kenapa pulak"

"Kau tak nak, bapak kau KEBABOM"Syifa menggengam penumbuknya.Jantan bodoh langsung tak gentleman main ugut ugut.

"Kau sentuh bapak aku,kau tahu nasib kau"Rayan tersenyum sinis melihat sisi lain Syifa Azwar ni.membuatkan hatinya sedikit tertarik untuk mengenal gadis itu.


5 tahun kemudian

Seorang gadis termenung melihat perubahan yang berlaku pada dirinya secara drastik ini.Dirinya kini dipenuhi kotoran yang sungguh jijik dimata yang maha pencipta.Gelas kecil berisi air kencing setan diteguk berkali-kali.Lampu club mula tertumpu kepadanya.Semua mata memandang ke arahnya.

"Balik"arah seorang lelaki berbadan kekal yang sedang menuju ke arahnya.

"Aku tahu mana jalan balik!kau tak payah nak suruh aku balik!"Gadis itu mengurai rambutnya ke belakang.

"Nak tunggu jenazah kau terbaring dekat ruang tamu rumah aku baru nak balik?"gadis itu memandang dengan jelingan mabuk.

"Menyemak siot jantan ni tak boleh ke kau lepas je aku?bagi aku bebas sikit!"tersentak lelaki itu.Tidak disangka gadis tersebut terlalu lancang dalam berkata kata.

Tangan gadis itu ditarik supaya bangun namun gadis itu berdegil sehingga lelaki itu mula beran kerana perangai keanak-anakan dan suka berfoya-foya si isteri.Badan si gadis dicempung dan dibawa keluar dari club malam namun rontaan si gadis terus bertambah.

"Lepaslah!"jerit Si Gadis tepat di tepi telinga si suami.

"IMAN ANASTASYA BINTI OSMAN!"

Rontaan Iman tidak lagi dirasakan oleh si suami mungkin terkejut akan tengkingan yang didengarinya.Jelas terasa di pangkuan si suami tubuh Iman bergetar hebat.Tubuh kecil itu dipeluk erat setelah sampai di kereta.Tangisan kecil mula kedengaran.

"Kau bunuh ayah aku!pastu kau tengking aku!sampai hati"Iman membulatkan matanya untuk mengelakkan air matanya turun.

"Kau yang degil"rambut Iman diurai ke belakang supaya tidak menutupi muka gebu milik Iman.

"Kenapa kau datang tempat macam ni?"Iman seakan tersedar dimanakah dia berada sekarang.

"Haa?tempat apa?"Haiden sudah menganggap bahawa mesti Iman akan amnesia supaya rahsianya tidak bocor.

"Bukan selalu ke datang tempat camni?"Iman menggeleng laju untuk menidakkan kebenaran.

"Tadi dahaga air pastu singgah sini kejap haa macam tu"

"Lama betul singgahnya ye sampai ke pagi?"Mata hitam milik Haiden menikam anak mata Iman membuatkan Iman gelisah.

"Saya minta maaf,saya tak boleh kawal"satu ciuman hinggap di dahi Iman.

Haiden tersenyum lembut mendengar pengakuan dari si Isteri.Sejak pertama kali mereka menikah ada sahaja perangai Iman yang membuatkan dirinya tertarik.Dia tahu bahawa gadis bernama Iman tidak selembut ini bila bersamanya kecuali jika dia melakukan kesalahan.

Syifa memandang langit yang sudah bertukar kehitaman.Dia mengeluh begitu kuat sehingga memanggil seseorang.Alangkah terkejutnya Syifa apabila Rayan datang mendekatinya dengan plastik putih ditangan.

"Baring atas riba aku"Syifa tidak berani untuk melawan selepas kes dia dipukul oleh ketua pembantu rumah kerana telah mengakibatkan kecederaan pada Tengku Maya.

Baju dibuka secara perlahan dari belakang.Syifa berdecit kecil apabila baju yang ditarik terkena pada bahagian luka.Rayan agak terkejut melihat luka yang begitu besar baginya.

"Ubat?"Syifa mengangguk.Kalau tak angguk aku pulak yang disengguk nanti.

"Lain kali dengar cakap aku,jangan degil"tangannya licah menuangkan ubat pada luka Syifa.Syifa termenung teringat bagaimana luka ini hinggap di belakangnya.

Baru sahaja selesai mengemas di bahagian atas Syifa ditugaskan untuk membersihkan dapur serta ruang tamu.Tanpa menunggu lama Syifa menurut perintah,sedang asyik dia mengemop lantai kecil ruang tamu kedengaran suara nyaring diselang seli suara cempedak jatuh mengejutkan dirinya.
Pantas Syifa meninggalkan mop dan baldi berisi air sabun disitu dan bergegas ke arah seorang perempuan yang selamat mendarat di atas lantai.

"Sakit ke?"Syifa memandang sekeliling supaya tiada siapa yang melihatnya kerana dari gaya pemakaian gadis ini bukan orang biasa.

"U lain kali kalau nak buat kerja tolong letak warning boleh tak?macam mana la Bonda boleh ambik orang gaji macam ni"bebel perempuan itu.Syifa tidak hanya berdiam diri.

"Maaf bertanya Cik Puan ni ada masalah cacat penglihatan ke?"perempuan itu mengurai rambutnya ke belakang sambil bangun dan dibantu oleh Syifa sendiri.

"U nampak I ada cacat pancaindera ke?"Syifa mengangguk faham sambil mengamati fizikal perempuan itu dari bawah sampai ke atas.

"Alhamdulillah semua sempurna.Tapi untuk pengetahuan Cik Puan saya telah meletakkan papan  amaran didepan Cik Puan sahaja"perempuan itu baru perasan ada papan amaran yang bertulis 'AWAS LANTAI LICIN'.Perempuan itu menahan malu kerana terlalu melulu memarahi hadis dihadapannya itu.

"Ouh I mintak maaf,I tak nampak U letak dekat situ"

"Tidak mengapa,by the way Cik Puan cari siapa ye?boleh saya bantu?"

"Of course,I Maya tunang Rayyan.Boleh I tahu Rayyan ada dekat rumah ke?"terbungkam mata Syifa.What!.Tunang?.Habis aku bridesmaid dia ke?.Syifa wake up Rayyan dah berpunya!.

"Hello"Maya melambai tangannya ke muka Syifa apabila Syifa diam tidak berkutip matanya juga tidak berkelip membuatkan Maya risau jika Syifa diserang angin ahmar halimunan.

"Ya..ya saya, Syifa isteri Rayyan"kenyataannya begitu mengejutkan Maya.Bola mata Maya dikecilkan ke arah Syifa.Syifa lantas mengejutkan dirinya sendiri.Mampus aku!.Takkan dia nak madukan kitorang!.Oh no!.Aku tak sanggup dimadukan.

"Excuse me?who are you?"Syifa begitu menjengkelkan baginya.Rayyan mahukah dengan dia sudahla tidak setaraf.Setahunya Rayyan seorang lelaki yang mementingkan pangkat dan darjat seseorang.Tidak mungkin dia akan mengahwini seorang perempuan seperti Syifa.

"Maafkan bukan itu yang saya maksudkan"Syifa berusaha mengutip idea di atas lantai yang dipenuhi sabun itu.

"Then,what do you mean by that point?Rayyan I punya U jangan sesekali runtuhkan masjid yang kitaorang akan bina"jelas amarah terpampang di muka Maya.Syifa mula bersalah atas keceluparan mulutnya sendiri.

"U ingat apa I cakap! Perkataan takkan keluar kalau kita tak fikir"Maya menuju ke ruang atas dengan penuh amarah pada Syifa.Tidak mudah baginya membina masjid bersama Rayyan.5 tahun dia tulus mencintai lelaki itu dan dia berjaya menunggu Rayyan yang egois sehingga ke harini.

Dirinya masih tertanya tanya siapakah Maya?Madu aku ke?Takkan Rayyan nak lepaskan aku?Ya allah aku ni bini siapa sebenarnya!jerit Syifa dalam hati.

A Loveless HusbandTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang