Iman tersenyum manis memandang si suami yang sedang membetulkan samping pada baju melayu.Tidak disangka dia terjatuh didalam cinta seorang gengster seperti Haiden.Dunia seakan hanya miliknya dirasakan tika ini.Lesung pipit yang tidak pernah pudar saat Haiden tersenyum membuatkan Iman hanyut dalam hayalannya sendiri.Haiden yang perasan akan hal itu terus mencuit hidung peset Iman.
"Abang!"hidungnya diusap lembut lalu Iman bangun dari sofa kemudian pergi ke arah meja solek untuk bersiap.Mereka dijemput oleh Keluarga Haji Rahman sempena hari kelahiran anak bongsunya iaitu Siti Fatimah yang masih memnuntut di sebuah universiti ternama.
"Sayang,tolong betulkan samping abang.Abang buat macam tak ada hasil langsung"ucap Haiden pasrah setelah hampir setengah jam dia berperang dengan sampingnya.Samping yang terlekat di pinggang Haiden dibetulkan oleh Iman.Tidak sampai 3 minit samping bercorak awan itu sudah terlekat kemas di pinggang Haiden.
"Tadi jual mah.."belum sempat Iman mengucapkan kalimat mahal mulutnya sudah disambar oleh Haiden dengan kenyitan mata yang menggoda.
"Abang,saya penat nak touch up balik lisptik ni"
"Tapi sayang suka kan abang buat macam tu?"Haiden tidak mahu kalah dengan isterinya itu.Iman memandang dengan muka yang redha.Jika itu yang dijawab oleh suaminya mahu tidak mahu dia harus diam sebelum mereka tidak jadi ke majlis kelahiran Siti Fatimah.
Haiden cuba mendekati Iman dengan senyuman nakal.Iman yang berbaju kebaya itu sungguh cantik dipandang walaupun tidak secantik perempuan lain.Iman adalah segalanya bagi Haiden kerana gadis telah banyak berkorban untuknya.Iman amat memahaminya dalam setiap situasi.
"Abang tengok apa?kita dah lambat tahu tak?"Iman menarik tangan Haiden menuju ke bawah.Disitu Haiden tidak lagi membahasakan dirinya abang kerana hubungan mereka tidak direstui oleh Ibu Haiden iaitu Datin Halimah.
Datin Halimah hanya memandang Iman dengan pandangan kosong.Manalah anak aku kutip budak macam ni.Iman mula berasa tidak selesa apabila Datin Halimah mula memandangnya atas ke bawah.Terherot mulut Datin Halimah mengutuk Iman didalam hati.Tidak pantas gadis itu dijadikan menantu didalam rumah ini sudahla tidak pandai memasak apatah lagi mengemas rumah.
"Iman nanti tolong masakkan ibu masak lemak cili api boleh ke?"saja ingin menguji setakat mana kemahiran memasak yang ada pada menantunya ini.
"Boleh ibu, nanti balik dari majlis Haji Rahman Iman masakkan"Haiden yang sedang memerhati tidak berniat untuk mencelah.Dia tidak pernah meragui isterinya walaupun memasak bukanlah keahlian Iman.
"Haiden pergi dulu ibu nanti lambat sampai lambat balik"Datin Halimah hanya mengangguk tanpa menghiraukan huluran tangan yang dihulurkan oleh Iman untuk bersalam dengannya.Sebegitu bencinya dia pada gadis yang bernama Iman Anastasya.
"Haiden kirim salam dekat Zulaikha"laung Datin Halimah dari dalam rumah.Sungguh dia berkenan dengan gadis dari keluarga yang mempunyai pengangan agama yang kuat itu.Jika dibandingkan antara Iman dengan Zulaikha memang jauh panggang dari api.Dia berhasrat untuk menjadikan Zulaikha sebagai calon menantunya jika Iman dan Haiden berpisah.Sudah pasti Haiden tidak akan melepaskan Zulaikha yang kaya dengan adab.
Halaman rumah Haji Rahman mula riuh dengan suara dari saudara mara serta kaum kerabat keluarga tersebut.Iman yang tidak terlalu mengenal ahli keluarga Haji Rahman mula mencari Haiden yang sudah hilang dalam kalangan tetamu.Tanpa sengaja Iman terlanggar seseorang.
"Ya allah,maafkan saya"tanpa menunggu lama Iman terus membantu wanita itu yang semestinya menunggu bantuan darinya.
"Zulaikha!"alangkah terkejutnya Iman apabila tuan empunya suara lantang itu adalah Haiden.
Haiden datang menuju ke arah mereka dengan muka yang menahan amarah bercampur belas kasihan.Iman tidak dapat menahan air matanya mula mendekati Haiden berniat ingin menyorok di belakang lelaki itu namun sangkaannya meleset apabila Haiden mendekati wanita yang bernama Zulaikha itu lalu badan Zulaikha dibawa ke pelukannya.
"Fatimah tolong ambilkan kot abang dengan Iman"tanpa banyak soal Iman memberikan kot Haiden kepada Fatimah walaupun dia tidak tahu tujuan Haiden memberikan kot itu kepada Zulaikha.
"Iman ikut aku sekejap"Iman yang masih dengan tangisannya hanya menurut.
Sampai sahaja di halaman belakang rumah Haji Rahman Haiden melepaskan satu butang baju kemeja nya tanda untuk melepaskan lelah yang terbeban di dadanya.Iman hanya menjadi pemerhati sedari tadi mula berfikiran tidak enak.
"Abang marah?"soal Iman.
"Ye abang marah tapi abang tak sanggup marah sayang"rintih Haiden membuatkan Iman merasa bersalah.
"Abang,Iman betul-betul minta maaf.Iman tak sengaja.Iman cari abang dekat meja vvip tadi tiba-tiba ada orang tarik tangan Iman lepastu Iman toleh Iman dah tertolak perempuan tu"jelas Iman panjang lebar sebelum ada yang nasi tambah.
"Siti Zulaikha nama dia"Iman tertunduk malu.Dirinya tidak peka walhal sudah banyak kali lelaki di hadapannya menyebut nama Zulaikah.
Tidak mahu Haiden merasa bersalah Iman terus memeluk dada bidang milik Haiden.Namun dengan cepat Iman melepaskan pelukkan selepas mengingati eksiden dimana Haiden menarik Zulaikha ke dada bidangnya Walhal mereka bukanlah mahram dan haram bersentuhan tidakkah Zulaikha tahu tentang hal ini?Namun kenapa saat Haiden menariknya ke dalam pelukan seakan Zulaikha menyukai situasi itu.
Seusai habis majlis di rumah Haji Rahman Haiden hilang tanpa memberitahu Iman kemana ia pergi.Iman yang sudah mula merasa tidak mula mendail nombor telefon Haiden berkali kali namun tidak berangkat.
"Tolong jangan dekat sini"tekaknya berasa loya seperti ada sesuatu yang menendang keluar.Iman menekan kuat pada bahagian tepi dahinya untuk mengurangkan rasa pening dan loya akibat alergik yang dialaminya.
Fatimah yang kebetulan lalu di kawasan belakang rumah ternampak Iman yang sedang meluyut jatuh ke tanah dengan tangan sebelah memegang kepala.
"Ya allah kak Iman!"Fatimah membantu Iman untuk berdiri sambil mendail nombor seseorang.
"Toilet "ucap Iman sambil mengusap lembut dadanya.
Fatimah terus membantu Iman untuk ketandas walaupun dibantah oleh Iman untuk tidak menemaninya kerana Iman berpikiran dia boleh melakukannya seorang diri.Kini perutnya telah kosong kembali setelah mengeluarkan makanan yang tidak dapat diterima oleh perutnya.Iman tersenyum dengan rasa bersalah setelah melihat Fatimah masih tetap menunggunya walupun sudah disuruh untuk tidak menunggunya.
"Macam mana?Kak Iman dah rasa ok tak?"soal fatimah dengan perasaan yang cemas.
"Dah ok sikit.Terima kasih tolong saya"Iman tidak tahu bagaimana ingin membahasakan dirinya kepada Fatimah kerana Fatimah lebih berusia darinya.
Baru sahaja beberapa langkah keluar daripada kawasan tandas Iman terdengar beberapa perbualn antara 2 orang dan pastinya adalah pasangan iaitu lelaki dan wanita.Iman memberhentikan langkahnya kerana suara itu tidak asing baginya.
"Who is she?"
"She's my wife"
"Kemungkinan kita tiada jodoh,tetapi tak salahkan kalau kita mencuba?"
"Tak mungkin Zulaikha!I tak perlukan U,I dah cukup bersyukur ada Iman and I hargai apa yang dia buat pada I"
Iman tersentak.Sah lelaki itu adalah Haiden suaminya.
"Janji tak boleh dimungkiri"
Janji?janji apa Haiden dengan Zulaikha?.
"Fatimah pergi dulu.Saya rasa nak membuang pulak"terserlah giginya yang tersusun rapi.Fatimah hanya mengangguk dan berlalu pergi kerana sudah ramai yang menantikan dirinya di ruang tamu.
" Janji I pada U dah tak ada Zulaikha.Janji I dah hancur lepas U pilih dia dan U tinggalkan I tanpa alasan yang kukuh"
Satu rahsia telah terbongkar dan pendengar mula terasa diburu.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Loveless Husband
RomanceMafia yang ditakuti oleh seluruh dunia.Penglibatannya dalam dunia mafia menjadi satu rahsia sehingga sekarang.prisip yang tiada belas kasihan dan tiada rasa gentar untuk menghadapi setiap cabaran.membunuh mangsa tanpa rasa ngerti dan berdosa itu lah...