chapter 4♥

92 0 0
                                        

Syifa melangkah masuk ke dalam rumah usang dengan penuh rasa berdebar apabila melihat.sejak semalam lagi hatinya tidak tenang apabila memikirkan perbuatan Encik Osman yang sanggup berhutang semata-mata untuk membahagia mereka adik beradik.

"Ayah!Syifa dah balik"

"Iman!kakak dah balik"panggil Syifa dengan suara yang agak lantang.namun tiada satu pun diantara mereka menyahut panggilan itu.

"Syifa dah balik?"tanya Encik Osman yang baru sahaja masuk ke dalam rumah dengan baju yang lusuh.

"Ayah!"Syifa terus memeluk Encik Osman dengan erat sehingga Encik Osman mengeluh sesak nafas.

"Syifa ayah nak minta maaf"

"Ayah Syifa faham,ayah buat semua ini bukan untuk kepentingan ayah tapi untuk kepentingan kami kan?"Encik Osman mengangkat wajahnya.malu untuk bertentang mata dengan Syifa yang memahaminya.

"Syifa jangan keluar dari rumah ini sehingga ayah benarkan,ayah takut mereka datang bila mengetahui kamu disini"Syifa mengangguk laju.takut kebarangkalian Encik Osman itu betul.

"Ayah nak pergi mana?"Syifa memegang tangan Encik Osman apabila melihat Encik Osman ingin melangkah keluar.

"Ayah nak pergi kebun Tok Penghulu katanya nak ditebas lalang yang dah panjang"Syifa melepaskan tangan Encik Osman yang dipengannya tadi.

"Jaga-jaga tau ayah.Syifa nak minta izin untuk jemput Iman balik sekolah boleh?"Encik Osman seperti ragu-ragu untuk membenarkan Syifa pergi kerana ada sahaja mata yang akan memerhati.

"Kalau tak boleh,tak apa Syifa faham"rasa bersalah pula apabila mendengar ayat Syifa yang seperti ingin sahaja menjemput Iman pulang.

"Ayah izinkan tapi jaga-jaga"Syifa menepuk-nepuk tangannya ibarat anak kecil yang mendapat gula-gula.

"Terima kasih ayah"

Loceng berbunyi menandakan waktu sekolah telah pun tamat.Dengan ucapan terima kasih maka berakhirlah kelas yang diduduki oleh Iman dan Shahnia itu.

"Lawanya kakak tu,cuba kau tengok Iman"jari Shahnia ditujukan pada seseorang wanita yang sedang bersandar pada kereta Myvi putih itu.

"Lawa kejadahnya aku lagi cantik rasanya"Iman tidak terima kakaknya dipuji seperti itu.

"Ceh berlagak nampak"Shahnia bergegas meninggalkan Iman sesudah sampai di hadapan Syifa iaitu kakaknya.

"Makin lawa adik aku sekarang"Syifa tersenyum herot memandang Iman atas bawah.

"Banyak cakap ah kau"Iman membuang tudungnya selepas memasuki kereta.





Baru sahaja kereta Myvi milik Syifa terparking beberapa buah kereta hitam turut sampai.Akhir sekali sebuah kereta BMW bewarna merah berhenti betul betul di hadapan tangga rumah.Syifa tidak berani keluar dari kereta kerana dia tidak tahu siapakah gerangan orang ramai di luar sana.

"Iman jangan keluar,tunggu dekat sini"Syifa mencium ubun-ubun kepala milik Iman
.

Syifa memberanikan diri untuk keluar walaupun dirinya agak teragak agak.Baru sahaja Shahnia melangkah beberapa tapak sekumpulan lelaki berkot hitam mengepung dirinya.

"Maaf bertanya tapi kenapa ye ramai-ramai kesini?"Syifa cuba bertanya walhal dia tahu sebab kedatangan lelaki tersebut ke rumah mereka.

Lelaki berkot putih keluar dari kereta mewah itu dengan membetulkan kotnya yang sedikit senget.Dia memandang Shahnia dari atas hingga ke bawah dengan pandangan yang senget.Cermin hitam yang dipakai dibetulkan sambil mendekati Syifa.

"Aku percaya yang kau tahu kedatangan aku ke sini betul?"seluruh badan Syifa mula menggeletar kerana sangkaannya dapat larikan diri meleset sebegitu .

Melihat ketakutan yang jelas terpancar pada riak wajahnya kakaknya Iman membuatkan keputusan untuk turun.Baru sahaja kakinya ingin menjejak tanah bunyi teriakan Syifa menusuk ke jantungnya.

"Ye saya tahu tapi tolong jangan apa apakan ayah dan adik saya"rayu Syifa apabila lelaki tersebut menarik rambutnya lalu mengatakan sesuatu.

"Takkan ni yang ayah maksudkan dengan mafia"sekali lagi Iman bertindak mengikut emosi tapi isyarat yang diberikan oleh Syifa memberhentikan langkahnya.

"Saya ikut awak"lelaki itu tersenyum menang.Sempat dia menjeling ke dalam kereta myvi milik Syifa dimana Iman berada.

Iman terpaku melihat jelingan lelaki tersebut entah kepada timbul dendam yang kuat dalam dirinya terhadap lelaki itu.

Akhirnya Syifa dibawa pergi oleh lelaki itu.Mutiara jernih milik Iman tidak dapat ditahan setelah sekian lama melihat kakaknya ditahan didepan matanya.Kepulangan Encik Osman dengan wajah sunggul menaikkan amarah Iman.

"Ayah!"pantas Iman berteriak.

"Ayah suruh Syifa balik semata mata untuk langsaikan hutang ayah kan?Bapak jenis apa kau ni?!"lantang Iman bersuara.Terkejut Encik Osman dengan teriakan Iman.

"Ayah minta maaf Iman,Ayah tak ada pilihan lain selain melibatkan kakak kamu"kaki Iman dipeluk erat memohon kemaafan atas kesilapannya.

"Iman kecewa dengan ayah,Iman dengan kakak sanjung ayah sebab ayah darah daging kami tapi Ayah sanggup gunakan darah daging sendiri untuk langsaikan hutang"nada Iman mula tersekat sekat.

"Binatang pun sayang anak lah!"Iman pergi meninggalkan Encik Osman yang terduduk di depan rumah.

Iman melabuhkan punggung di atas katil rusuh yang tinggal ingin roboh sahaja.Entah mengapa dia merasakan tindakan yang dilakukan oleh Encik Osman itu keterlaluan sehinggakan dia berani  meninggikan suara terhadap ayahnya sendiri.




Kereta BMW dan beberapa buah Hilux memasuki perkarangan rumah mewah itu.Sesampai sahaja mereka di tempat parking lelaki tersebut memberikan perintah yang harus Syifa patuhi.

"Aku kutip kau sebab hutang,kau jangan nak mengharapkan layanan super queen dekat sini"pipi Syifa dicengkam kuat.

"Fa.ham"Syifa memegang tangan lelaki tersebut berniat untuk melepaskan cengkaman tersebut.

"Langsai hutang, aku kasi balik dekat bapak kau yang tak guna tu"rambut Syifa diurai satu persatu.

"Fa.ham"hampir sahaja air matanya ingin mengalir .

"Kau jangan nak tunjuk kasihan dekat sini,aku suruh kau ikut FAHAM!"kali ini Syifa tersentak dengan tengkingan kuat lelaki itu.

"Jangan tengking-tengking lah!"Syifa menengking kembali.kening lelaki itu terangkat sambil tersenyum.

Syifa yang tahu akan keterlanjurannya itu terus ingin bangun sambil tersenyum kekwat ke arah lelaki tersebut.

"Tadi awak cakap ada kerja yang saya kena buat kan?apa kata kita pergi sekarang"cadang Syifa untuk mengelakkan dirinya diberikan tindakan.

"Kau tengking aku?"soal lelaki tersebut.

"Eih mana ada,awak kan handsome,kaya pulak tu takkan saya nak tengking lelaki macho macam awak"sengihan diberikan kepada lelaki tersebut.

"Kau tahu apa kerja kau?"Syifa mengeleng laju.

"Layan aku"dua perkataan satu maksud membuatkan Syifa terkaku.

"Ouh macam PA la kan?"ujar Syifa ingin berdalih.

"Kerja kau patuh arahan aku"lelaki tersebut pergi tanpa berpaling meninggalkan Syifa yang terkebil-kebil sendiri.

"Ya allah kau bantulah hamba-Mu ini dari sebarang kecelakaan ya allah"rintih Syifa dalam kepekatan malam.










A Loveless HusbandCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang