6° K H A I R U L N A J M I

84 18 12
                                    

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sahabat-sahabat semua. Nama saya A'ish Saifullah bin Tarmizi dari kelas 4 Fathanah," katanya memperkenalkan diri.

"Tahu!" jawab seisi dewan serentak kecuali pelajar tingkatan satu dan pelajar baru seperti Nisa. Mereka hanya mampu mendengar dan memerhati.

" Baik, adik A'ish. Soalan saya ialah kenapa kita perlu ada tujuan hidup? Soalan ini tiada jawapan yang salah dan betul. Hanya pendapat dari adik A'ish sendiri," kata Encik Mohd Fairuz.

"Terima kasih tuan penceramah diatas soalan yang diajukan. Bismillahirrahmaanirrahim," lafaz A'ish sebagai pembuka bicara.

" Sahabat semua, dari sudut pandangan saya yang masih kurang berpengalaman ni, hidup kita sebagai manusia ibarat memanjat sebatang pokok. Pokok yang sama tingginya namun berbeza tempoh memanjatnya bagi setiap individu," kata A'ish lalu berjalan beberapa langkah.

'Dia nak ambil job aku ke ni?' gurau Encik Fairuz di dalam hati.

" Orang yang ada tujuan hidup, iaitu ingin sampai ke puncak pokok tertinggi akan berusaha dan tidak akan teragak-agak untuk memanjat dahan demi dahan yang telah mereka yakini," sambungnya lagi.

" Manakala, bagi orang yang tiada tujuan hidup, mereka akan kekal di akar pokok atau akan mengambil masa yang lama untuk memanjat kerana masih kebingungan dalam memilih dahan yang perlu diikuti."

"Ingat, tujuan hidup bukanlah hanya sekadar impian kerjaya pada masa hadapan sebaliknya kejayaan yang paling utama iaitu menjadi diri kita yang terbaik dalam segala apa yang kita ceburi. Itu sahaja dari saya. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh," kata A'ish lalu menyerahkan mikrofon kepada Encik Fairuz semula.

"Wah, hebat betul penjelasan adik A'ish. Nanti jangan lupa tuntut hadiah daripada ajk hadiah, ok?"

_______________________

Najmi's POV

"Senangnya dalam hati~ baru first day kerja~ barista, depan rumah~ la la la la la~ o yeahh..." nyanyiku girang sambil menyapu pomade pada rambutku.

Sikat rambut, serong sikit, rapikan sini sikit... and...done!

Wah, hensemnya aku!

Hahahahaha... Kalau bukan aku, siapa lagi nak puji?

" Amboi, seronoknya Abang nak start kerja, siap nyanyi-nyanyi bagai," usik Mama di depan pintu bilikku.

"Of course lah, nak timba experience baru kan..." kataku lalu mencapai beg sandang hitamku.

" Yelah tu... Abang excited ni sebab tak sabar nak jadi barista kan? Hahahaha... Mama masih ingat waktu kecil dulu Abang beria-ria kata nak jadi barista macam dalam drama Coffee Prince tu. Haih macam-macam je abang ni," kata Mama sebelum menghampiriku.

Dia membetulkan kolarku yang sedikit senget dan ekor tali pinggangku yang sedikit terjuntai.

" Dekat tempat kerja nanti, dengar cakap bos. Berkawan dengan pekerja-pekerja yang lain.. jangan curi tulang pulak, nanti rezeki tak berkat.. Okayy... yang penting niat kerja sebagai ibadah kepada Allah," pesan Mama kepadaku.

Walaupun bunyi agak keanak-anakan, aku memeluk Mama lantas mencium dahinya.

"Abang dah besar, Mama.. kerja pun dekat kedai sini-sini je. Don't worry okay."

"Tapikan abang, Nisa bukan dah balik ke sekarang ni? And...bukan abang ke yang ambik dia???"

Oh no.

KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now