1° P E R U B A H A N

75 19 9
                                    

3 tahun dahulu..

Dear Lembaran,

Hati beta sungguh sedih di kala ini kerana beta sekeluarga akan berpindah ke 'istana' yang baharu..beta amat risau memikirkan nasib beta di sekolah baru kelak. Sedangkan, di sekolah, Ina seorang sahaja sahabat baik beta. Bagaimana pula di tempat baru? Pasti beta sukar mendapat teman baru..

Tetapi, beta juga turut gembira memandangkan perniagaan perabot ayahanda semakin maju.

Sebenarnya, sudah lama ayahanda dan bonda berhasrat untuk menetap di perumahan baru itu namun terpaksa ditangguhkan kerana perniagaan ayahanda yang kurang stabil.

Beta sendiri tidak faham mengapa perumahan ini sangat istimewa, memandangkan beta tidak pernah berkunjung ke sana ..namun apa yang pasti, hasrat mereka akan tertunai dalam masa kurang 24 jam lagi.

Bonda memberitahu bahawa perumahan tersebut terletak agak jauh berbanding kawasan kediaman kami yang sekarang..sekolah beta tidak menyediakan kemudahan asrama buat pelajar, oleh itu beta perlu berpindah ke sekolah yang lain.

Kakanda Najmi pula sudah menamatkan zaman persekolahnnya tahun lepas dan sedang bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM nya.

Bonda yang sebelumnya suri rumah sepenuh masa mula membantu ayahanda dalam perniagaan perabotnya semenjak perniagaannya maju.

Beta memang gembira dan amat mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah kepada beta..namun beta tidak dapat menyembunyikan kesedihan yang mengganggu pemikiran beta ketika ini. Tempat baru, persekitaran baru, orang baru..

Love, Nisa

_______________________

Nisa menutup buku diari dan menyimpannya ke dalam beg sandang.

Berseorangan di dalam bilik, Nisa membuka aplikasi Instagram di dalam handphone miliknya lalu menaip nama 'BudakMotivator' di ruangan carian. Matanya ligat mencari sesuatu dan terus menekan post yang dijumpai.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat semua..video kali ini saya akan bercakap mengenai Perubahan. Changes," terdengar suara seorang lelaki. Manakala video latarnya dihiasi gambar-gambar bayi dan kanak-kanak.

 Manakala video latarnya dihiasi gambar-gambar bayi dan kanak-kanak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apabila disebut perubahan, mesti ramai yang berfikir panjang. Memang ramai yang tidak menggemari perubahan. Antara sebabnya ialah kita sudah selesa dengan keadaan yang sedia kala. Tidak berani untuk melangkah keluar dari zon selesa," sambungnya lagi.

"Tapikan, kita memang dah lalui bermacam-macam perubahan sejak kecil lagi. Tak percaya? Tengoklah gambar kita sewaktu kecil. Selain perubahan fizikal, apa lagi yang berubah? Yes... fikir-fikirkanlah sendiri. Yang pasti, tanpa perubahan kita tidak akan sampai ke mana-mana. By changing nothing, nothing changes. Macam main stealth game..kalau tak keluar dari hiding memang selamat.. tapi bila nak menang? Hahahaha..kalau tak tahu boleh search ek"

"Sahabat, Allah dah aturkan yang terbaik bagi kita. Kadang-kadang kita tak nampak tapi Allah Maha Mengetahui..Goodbye and be brave to change!"

Video berdurasi 3 minit itu pun tamat.

Nisa pun menguntumkan senyuman. Kesedihannya berkurang selepas mendengar kata-kata motivasi tersebut. Inilah rutin Khairunnisa Ain setiap malam sebelum tidur.

Dia akan meluahkan kata hatinya di dalam diari ataupun digelar Lembaran. Nisa pula menganggap dirinya sebagai seorang puteri dan menulis menggunakan bahasa istana. Itulah Nisa, tidak dapat dipisahkan dengan imaginasinya..sisinya yang hanya diketahui oleh keluarga dan Ina.

Kemudian, dia akan menonton sebuah video daripada akaun kegemarannya, BudakMotivator. Kadang-kadang, dia memainkan video yang sama berulang kali kerana dia berasa bersemangat dan pada masa yang sama berasa tenang dengan mendengar kata-kata motivasi tersebut. Sampai sekarang dia tidak mengetahui rupa sebenar gerangan pemilik suara.

'Tok tok tok'

'Eh, siapa pulak ketuk pintu bilik aku malam-malam ni. Jam dah pukul 1 pagi kot?' hairan Nisa.

Sejurus Nisa membuka pintu biliknya, abangnya Khairul Najmi terus bertanya dengan muka yang berpeluh.

'Uish, berpeluh betul dia ni..berlari maraton ke pagi-pagi ni''monolog Nisa.

" Adik! Dengar tak abang tanya ni?" tanya Najmi lagi.

"Huh? Apa tadi?"

" Abang tanya..dah siap kemas barang ke belum? Barang untuk bawa pindah..Jangan lupa asingkan sekali barang yang adik nak buang. And yang paling penting- "

"Jangan lupa asingkan bahan recycle ikut kategori. Ye ye..adik tahu..." sambung Nisa.

'Dah start dah dengan kempen recycle dia ni...aku syak dia berpeluh-peluh tu sebab sibuk asingkan barang-barang dia tu,'omel Nisa di dalam hati.

"Abang baru start kemas barang kan?" tanya Nisa kepada Najmi.

"Iyelah.."

'Kan betul..dah agak' monolog Nisa lagi.

"Itulah..siapa suruh main game tak ingat dunia. Adik dah kemas barang dah pun. Barang recycle pun adik dah asingkan. Tu..." kata Nisa sambil menunjuk ke arah timbunan kotak-kotak yang telah siap dilabel.

"Hmm..bagus-bagus. Habis, gambar tu tak nak bawa sekali ke?" tanya Najmi sambil memandang sekeping gambar yang terselit di bawah almari buku yang telah kosong.

"Eh, tak perasanlah tadi..."

"Oklah, abang nak sambung asingkan barang recycle. Jangan tidur lewat sangat tau. Good night,"ucap Najmi meninggalkan bilik Nisa.

"Dah memang lewat pun!" laung Nisa lalu menutup pintu.

Nisa mengutip gambar yang dikatakan Najmi tadi.

'Eh, ni gambar tahun lepas!'

_______________________

Author's note❤️

Thank you siapa yang baca bab ni.😘Kalau suka, jangan lupa vote & komen.👌Stay tune!😉

KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now