7° K A W A N

44 16 14
                                    

   Mungkin semalam, hari yang buruk baginya.

   Mungkin semalam, dia jatuh.

   Mungkin semalam dia dibayangi kegelapan.

    Namun bukan hari ini.

   Kerana, dia adalah Nisa yang terbaik buat hari ini. Dan dia sendirilah yang bakal menentukannya.

   Nisa berjalan penuh yakin ke kelasnya yang agak jauh dari lobi utama sekolah. Dalam perjalanannya itu, dia terserempak dengan ramai guru dan para pelajar. Dia memberi salam, dan menghadiahkan senyuman kepada mereka.

   Mulakan hari anda dengan senyuman!

    Nisa menghidu aroma vanilla ditubuhnya. Wangi dan sungguh menenangkan, namun tidaklah terlalu kuat sehingga mampu dinikmati oleh para ajnabi. Itulah yang dipesan Najmi kepadanya.

   Tiba dihadapan pintu kelas, Nisa mengetuk pintu dan terus berjalan ke arah tempat duduknya.

   Dilihatnya Masyi dan Qistina sedang berbual rancak tanpa menyedari kehadirannya.

It's okay, lepas ni aku sapa diorang,' kata menyedapkan hatinya.

Ding...ding...ding...ding

   "Perhatian kepada semua warga SMK Cahaya Ilmu, anda diminta untuk bersiap sedia dengan senaskhah alquran dan duduk di meja masing-masing. PPP akan meronda untuk memerhatikan para pelajar,” umum Hasif melalui telekom sekolah.

   ‘Ehh, aku tak tahu pun' monolog Nisa. Mungkin kerana semalam dia hadir agak lewat ke sekolah, dia tidak tahu rutin pagi yang dilakukan para pelajar.

   " Masyi, Qis, macam mana ni, saya takde bawa alquran,” bisik Nisa kepada mereka berdua dihadapannya.

   " Owh takpe-takpe... Awak boleh pinjam quran saya. Nanti saya share dengan Masyi,” kata Qis lalu menghulurkan tafsir Quran yang berwarna biru kepada Nisa.

  "Thanks,” ucap Nisa lalu menyambut huluran tersebut.

   "Sila buka muka surat 534, Surah Al Waqiah. Auzubillahi minasy syaitaanir rajim, bismillaahirrahmaanirrahim...” sambung Hasif lagi sehingga selesai.

   "Sadaqallahul azim...”

   Nisa menyerahkan kembali tafsir quran yang dipinjamnya tadi lalu mengeluarkan keperluan persekolahan. Tiba-tiba seorang pengawas perempuan memasuki kelas mereka dalam keadaan tergesa-gesa lalu meletakkan begnya di meja kosong sebelah Nisa.

   ‘Subhanallah..Cantiknya...' kagum Nisa.

   "Hai.. awak Mardhiah kan?” tanya Nisa yang sebenarnya berasa agak teruja.

   "Eh, macam mana awak tahu? Ya, nama saya Noor Mardhiah Mawaddah, tapi kawan-kawan panggil Dhia je sebab, well panjang sangat... Awak pelajar baru kan?” tanya Dhia kepada Nisa.

  " Ya, saya Khairunnisa Ain, panggil Nisa,” jawabnya lalu menghulurkan tangannya dahulu sebagai tanda kemesraan. Dhia menyambut tangan tersebut dan tersenyum mesra.

   "Eh, Dhia! Tak perasan pun bila awak sampai,” kata Qis yang baru menyedari kehadiran Dhia.

   "Awak apa khabar? Dah sihat ke?” tanya Masyi pula.

   "Alhamdulillah, demam dah kebah sejak malam semalam lagi. Itulah korang berdua, kalau dah rancak berbual memang tak ingat dunia. Kesian Nisa duduk sorang-sorang,” jawab Dhia sebelum mengeluarkan nota dan sebatang pen.

   "Eh, awak nak pergi mana? Tak lama lagi Mr Irfan nak ambil kehadiran,” kata Qis yang hairan melihat Dhia hendak beredar.

   "Semalam kan aku tak hadir, mesti banyak benda aku tertinggal masa mesyuarat agung semalam,” jelas Dhia.

KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now