4° K E H A D I R A N

74 18 3
                                    

     Keesokan harinya, Nisa meletakkan lebihan makanan di tepi longkang lalu memerhatinya dari jauh.

'Kucing tu ada lagi lah!'

     Kelihatan kucing kecil itu tersisih daripada sekumpulan kucing yang mengerumuni lebihan makanan tersebut. Apabila ia cuba mendekati, kucing-kucing lain yang lebih besar akan berdesis seumpama menghalaunya. Tidak berdaya, kucing kecil itu hanya mampu berundur dan mengiau lemah.

"Meow~~mmmm"

     Selepas kucing-kucing yang lain beredar pergi, barulah kucing kecil itu menghampiri dan menghabiskan sisa-sisa makanan.

' Ya Allah kesiannya kucing tu...dahlah kurus berkurap pulak tu...tapi dia kan bertuan, mesti nanti tuan dia jagakan,' Nisa berasa bersalah namun tidak ingin mengganggu haiwan peliharaan orang lain.

     Tidak lama kemudian, Nisa pun pergi ke ruang tamu untuk menonton televisyen bersama keluarganya.

_______________________

Pada malam itu, Nisa pergi ke dapur untuk menolong ibunya menyediakan makan malam.

"Mama masak apa tu?" tanya Nisa.

"Mama nak masak tom yam ni...cuba adik rasa sikit," jawab Puan Farhah lalu menyuapkan sesudu kuah tom yam kepada Nisa.

"Hmmm...sedap..! Tapi kalau tambah sikit lagi daun limau purut ni mesti lagi sedap," kata Nisa.

"Kalau macam tu, adik tolong ambilkan dua helai kat belakang tu. Papa dah tanam balik pokok limau kita dalam pasu, senanglah kalau nak masak apa-apa. Fresh from Farm lah katakan..Hahahaha..."kata Puan Farhah lagi.

"Umm..okay, Nisa pakai tudung jap."

Nisa menyarung selipar yang sudah tersedia lalu menyalakan lampu suluh.

'Ha! Tu pun limau!'

Sedang asyik Nisa memetik daun limau, tiba-tiba dia merasa seakan-akan diperhatikan sesuatu. Dia melilau sekeliling apabila melihat kucing kecil tadi sedang merenungnya dari bawah.

"Meow~"

"ARGHHHHH!!! KUCING!"
Nisa menjerit lalu berlari memasuki rumah.

"Aish! Kenapa adik jerit-jerit ni?!" tanya Puan Farhah cemas.

"Ada kucing kat luar...terkejut adik..."kata Nisa termengah-mengah.

"Owh..kucing tu lagi.."kata Puan Farhah.

"Apa maksud mama 'lagi'?" tanya Nisa kehairanan.

"Semalam pun kucing tu ada datang. Mama ada letak makanan kat luar rumah, tu pun dia masih tak nak pergi. Duduk diam je kat depan pintu tu. Mama pun tak nak kacau dia, asalkan papa tak perasan" jawab Puan Farhah sambil mengacau masakan tom yamnya.

'Duduk sini tiap malam tapi taknak makan...ke dia takut gelap? Macam aku..? Takkan tuan dia tak cari?' Nisa bermonolog di dalam hati.

"Dik! Mana daun yang mama minta tadi?" tanya Puan Farhah sambil menggelengkan kepala apabila anaknya termenung dengan dahi yang berkerut.

"Eh, lupa pulak nak bagi. Nah. Kalau mama nak minta tolong panggil je tau. Nisa nak join abang tengok maraton Runningman dulu..bye!" kata Nisa lalu berjalan menuju ruang tamu.

KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now