5° P E R T A M A

55 17 7
                                    

Boom Boom Boom Boom Boomerang~

Alarm lagu Boomerang yang dinyanyikan kumpulan Wannaone memenuhi suasana bilik putih itu.

Nisa yang masih nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi lagu yang nyaring dan rancak tersebut lalu duduk dan mengambil handphonenya di tepi katil.

"Huh! Dah pukul 6:26!" jeritnya dengan mata yang terbeliak.

Nisa terus menyambar kain tualanya lalu berlari ke arah tandas. Malangnya, pintu tersebut berkunci.

Tok tok tok

"Abang ke tu? Boleh tak cepat sikit, adik dah lambat ni!" laung Nisa dari luar sambil mengetuk pintu.

"Abang tengah mandi ni! Adik mandilah kat tandas bawah!" laung Najmi sambil menggosok rambutnya dengan syampu.

Tiada pilihan lain, Nisa pun berlari ke tandas bawah.

30 minit kemudian

"Adik! Cepat sikit turun, papa kena hantar adik pukul 7:15 ni!" laung Encik Aziz dari tingkat bawah.

Fuh, kelam kabut betul suasana pagi ni. Ini kerana hari ini merupakan hari pertama Nisa bersekolah di sekolah baru.

"Sekejap!" laung Nisa yang sedang menyarungkan tudung sekolahnya.

'Hari pertama sekolah mana boleh selekeh' monolog Nisa sambil membetulkan awning tudungnya. Ketika dia mengambil nametag magnetnya dari laci meja, dia baru perasan terdapat sekeping kertas sticky note di atas meja.

'Sejak bila ada ni? Tak perasan pun...'

Di atas kertas tersebut terdapat sebuah link youtube.

'From Abang'

"Ish, abang ni. Sempat lagi tulis link bagai. Mana sempat nak buka ni... Lepas sekolah nanti je lah" kata Nisa lalu menyandang beg sekolahnya.

_______________________

Kereta Honda HRV silver milik Encik Aziz memasuki perkarangan SMKA Cahaya Ilmu. Kelihatan ramai pelajar yang berjalan kaki dari hadapan pintu pagar ke dalam sekolah memandangkan barisan kereta agak panjang.

" Papa turunkan adik kat sini je, balik nanti abang yang ambil adik sebelum dia pergi kerja tau. Belajar rajin-rajin.. Remember, study hard, do good and..?"

"Good life will follow," sambung Nisa.

"Good girl... Take care. Bye, assalamualaikum..." Encik Aziz menghulurkan tangannya untuk disalami Nisa.

"Waalaikumussalam, bye!" kata Nisa sebelum menutup pintu kereta.

Nisa melambai kereta Encik Aziz yang semakin hilang dari pandangan.

'Okay, Nisa...kau bukan budak darjah satu. Sekarang kau dah besar, upperform lagi tu. Jom cari bilik guru' Nisa cuba meyakinkan dirinya sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan coklat cair yang megah itu.

_______________________

" Assalamulaikum semua. Hari ni kita ada seorang kawan yang baru berpindah ke sekolah ni. Kamu, sila perkenalkan diri," kata Mr Irfan selaku guru kelas dan guru matapelajaran Bahasa Inggeris 4 Amanah. Orangnya masih di awal 30-an dan segak berpakaian kemeja.

Nisa yang masih menyandang beg sekolahnya melihat kesemua pelajar di dalam kelas tersebut memandangnya.

Nervous.

" Assalamualaikum semua...nama saya Khairunnisa Ain Binti Aziz.. Boleh panggil saya, Nisa," kata Nisa sambil tersenyum nipis.

"Ada lagi? Kalau kawan-kawan nak bertanya pun dipersilakan. Kita masih ada beberapa minit lagi sebelum kelas bermula," tanya Mr Irfan sambil memandang seluruh kelas.

KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now