2° M E M O R I

41 19 6
                                    

Memandangkan bab ni pendek sikit, sy akan update 2 bab terus. Enjoy reading❤️✨

______________________

Nisa mengutip gambar yang dikatakan Najmi tadi.

'Eh, ni gambar tahun lepas!'

Gambar tersebut memaparkan gambar Nisa dengan Ina di hadapan pintu sekolah. Terdapat caption 'happy 15th Nisa' pada gambar tersebut. Mereka berdua masing-masing menggayakan aksi yang kelakar.

"Nisa, jomlah...bukan selalu pun kita ambil gambar sama-sama macam ni.." pujuk Arina atau lebih mesra dipanggil Ina.

"Hmmm..tak nak lah, malu.."

"Ala..tahun depan kau dah nak pindah..tinggalkan aku..."nada suaranya mulai mengendur lalu membelakangi Nisa.

"Erm..janganlah sedih-sedih...okay, okay, jomlah," kata Nisa. Tak pasal-pasal pula Ina dah merajuk.

"Hmphh!"

"Okay, jom buat aksi yang gila-gila nak? Macam ni.."

Nisa meniru gaya model sambil mengerlipkan matanya. Rasa malu dilepaskannya sekejap. Sekejap je lah.

Ina menjeling ke arah Nisa.

"Ingat lawak ke?" protes Ina.

"Tapi...memang lawak pun! HAHAHAHAHA...pemandangan baru untuk mata aku ni..Okay..jom wefie!" kata Ina sambil ketawa.

1,2,3, SNAP!

"Jap, aku nak edit sikit..pastu...nah, siap!" kata Ina.

"Happy birthday sweetheart..aku harap yang persahabatan kita ni, kekal sampai bila-bila," ucap Ina lalu memeluk Nisa.

aku harap yang persahabatan kita ni, kekal sampai bila-bila," ucap Ina lalu memeluk Nisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"And aku just nak katalah kan..dari tadi diorang tengok kita," kata Ina lagi.

"Mana? Ya Allah..malunya aku..Ina, jom lari," kata Nisa cemas sambil melilau-lilau keadaan sekeliling.

"Adoi kau ni..aku gurau jelah..mana ada orang lain, semua dah balik. Janganlah gelabah sangat. Hahahahaha.."

"Hmph, nanti aku bagitau mak kau yang kau bawa handphone ke sekolah," ugut Nisa.

"Bagitaulah..aku tak kisah. Pengetua yang izinkan aku bawa untuk siapkan video pertandingan," jawab Ina lalu menjelirkan lidah.

"Kau ni kan.."Nisa hampir mencubit Ina-

" Ha! Tu pun ayah kau sampai..jom balik! Hahahahaha" kata Ina lalu berlari memasuki kereta.

"Tunggu kau!" laung Nisa sambil mengejar Ina.

Nisa menyeka air matanya yang mengalir lalu menyimpan gambar tersebut ke dalam sebuah album.

Nampaknya, kenangan manis membawa lebih banyak kepahitan bagi Nisa di kala ini.

"Ina..sepatutnya aku yang tinggalkan kau, tapi kau pula yang ucap selamat tinggal dulu.."

"Takpe Nisa, let bygone be bygone..aku akan sentiasa doakan kesejahteraan Ina kat sana,"sambungnya lagi.

Selepas mengambil wudhu', Nisa pun mengemudi bahteranya melayari lautan mimpi.

_______________________

Tuk tuk tuk tuk tuk

Bunyi jari jemari Nisa mengetuk permukaan meja. Dirinya yang telah siap bertudung sedang duduk di meja makan.

' Selalunya time-time macam ni mesti ada upload terbaru..dia busy kot?' fikir Nisa.

"Adik, dah masukkan semua barang dalam lori ke belum?" tanya Puan Farhah kepada Nisa.

Dari tadi dilihat anak daranya itu duduk termenung.

"Dah..barang abang je yang belum diangkat," jawab Nisa.

"Excuse me? Semua barang abang dah bawa okay.." sampuk Khairul yang baru turun dari tingkat atas sambil mengangkat dua buah kotak.

"Kalau macam tu, tolong mama masukkan peralatan dapur dalam kotak ni. Mama nak bersiap dulu. And..adik, meh sini jap," panggil Puan Farhah.

"Mama tau yang adik tengah sedih sebenarnya kan? But trust me, Allah memberikan apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu," pujuk Puan Farhah sambil menepuk bahu Nisa.

"Adik tahu..and adik cuba,"balas Nisa sambil tersenyum.

"Good girl," kata Puan Farhah sambil mencuit pipi Nisa lalu menaiki tangga ke tingkat atas.

_______________________

"Najmi, Nisa, masuk kereta..kita dah nak gerak ni!" laung Encik Aziz dari luar rumah.

Tidak lama selepas itu, kesemua mereka pun memasuki perut kereta. Lori barang pula sudah lama berangkat.

"Haa Najmi, lead bacaan doa," arah Encik Aziz.

"Ehem..Bismillahirrahmanirrahim..." Khairul pun membaca doa perjalanan dengan Khusyuk sekali.

"Aamin.."

"Perjalanan ni ambik masa dalam 4 jam macam tu so kalau ada yang ngantuk tu boleh lah tidur...kan,adik?" kata Encik Aziz.

"Eh, kenapa adik pulak?" tanya Nisa.

"Adik tu kalau masuk kereta je mesti nak tidur. Nanti orang panggil panda baru tahu..Hahahahahaha,"sambungnya lagi lalu ketawa.

"Panda? Hahahahahaha" sambung Najmi pula.

"Ish, mana ada.." tegah Nisa.

Selepas itu, Encik Aziz pun memulakan pemanduan.

"Bye-bye rumah..lepas ni, rumah lain pula yang akan jadi rumahku syurgaku,"kata Nisa di dalam hati sebelum melepaskan pandangan terakhir dari rumahnya.

5 minit kemudian, Nisa pun terlelap.

Dalam keadaan separa tidur, dia memdengar seseorang ketawa yang diselangi dengan bunyi 'klik'.

"Panda..." suara itu berbunyi lagi.

_______________________

Author's note:

Thanks for reading!!!😍
Sila2kan untuk vote & comment..


KASIH SUTERAWhere stories live. Discover now