BAB 1

108 1 0
                                    

Qistina membetul-betulkan tudung labuh yang dipakainya di depan cermin. Dia mengambil beg galasnya yang berlambang Eiffel Tower dan terus turun ke tingkat bawah. Dia melabuhkan punggung di atas sofa sambil memakai stokinnya.

"Ina! Cepat. Kalau lambat, mama tinggal..." ugut Puan Mira di muka pintu.

"Kejap ma. Nak siap dah ni. Mama masuklah dulu dalam kereta. Nanti, lna pergi." katanya tanpa memandang wajah tegang ibunya.

Qistina mengambil kasut sekolahnya di atas rak. Dia berlari anak ke kereta ibunya. Sambil kereta bergerak, dia memakai kasut.

"Hari ni, daftar je kan. Kamu balik pukul berapa?" soal Puan Mira.

"A'ah. Daftar je... Hmmm.. Ina balik pukul 12:30 kot. Tengoklah macam mana. Kalau balik lewat, lna call lah mama." ucap Qistina riang.

Rasa teruja tidak dapat dibendung lagi. Dia teruja untuk berjumpa rakan-rakannya. Teruja untuk berjumpa dengan sahabatnya, Mia. Dah 5 tahun umur persahabatan mereka. Pelbagai musibah yang ditimpa mereka berdua tetapi... Musibah itulah yang menguatkan tali persahabatan mereka.

"Dah sampai." tutur Puan Mira sambil menghulurkan tangannya kepada lna.

Ina bersalam dengan ibunya dan terus turun daripada kereta selepas berpamitan. Dia mengorak langkah menuju ke dewan sekolahnya. Dia mencari namanya di kelas tingkatan 5.

"5 Muslim... Shasha..." sebutnya. Dia mengeluh perlahan.

"Awal kau datang.." sapa Mia.

"Hmmm..."

"Kenapa dengan kau ni?" tanya Mia prihatin.

"Kita tak sekelas. Masa kita dah form 5 ni lah, diorang nak buat streaming class.." keluh Qistina geram.

Mia membulatkan mata. Lekas-lelas dia mencari namanya pada papan peryataan.

"Alahhhh... Aku kelas 5 Tarmizi." dengus Mia.

"Dengan siapa?" soal Qistina ingin tahu.

"Dengan Eiyla."

"At least, ada kawan kan." pujuk Qistina lembut.

"Hmmm.."

"Jomlah kita tunggu yang lain dekat pondok tu." ajak Qistina.

Mia hanya akur mengikut langkah Qistina yang jauh maju ke depan. Mia memandang ke hadapan apabila dia terlanggar belakang Qistina.

"Kenapa kau berhenti?" soal Mia hairan.

"Ada budak lelaki lah dekat pondok tu."

"Ish.. Diorang ni kan! Tu kan pondok perempuan. Diorang ingat ni sekolah biasa ke? Ni sekolah agama lah! Jagalah tingkah laku tu!" bebel Mia panjang lebar.

"Kau marah diorang lah! Jangan marah aku!" bentak Qistina geram.

"Sorry.."

"Dah dah. Jomlah masuk dewan..Dah ramai yang masuk tu." ajak Qistina.

"Wehhh...Aryan lah!!!" bisik Mia keriangan.

Qistina memandang ke arah yang ditunjukkan Mia. Lelaki yang diminatinya dari dulu lagi.

"Amboiiii.. Tengok anak teruna orang macam nak telan erk.." usik Mia.

"Diorang kat sana lah! Jom pergi dekat diorang." ajak Qistina cuba mengubah topik perbualan.

Qistina meninggalkan Mia yang terpinga-pinga. Dia berjalan laju ke arah rakan-rakannya yang lain.

"Hai lna! Lama tak jumpa kau! Lawa dah kau sekarang ni erk." tegur Shasha.

"Hai.." jawab Qistina ringkas.

"Moody je. Kenapa?" soal Eiyla hairan.

"Nothing. Cuma... Kita tak sekelas. Tak best." keluh Qistina.

"Tapi, still ada kawan kan." pujuk Ira.

"Dah dah. Tak nak sedih sedih. Jom kita masuk dewan." tutur Shasha dan terus masuk ke dewan.

Mereka semua mula mengorak langkah masuk ke dalam dewan. Qistina terpandang ke arah fagura Aryan yang berada di atas pentas. Qistina memerhatikan Aryan yang asyik membaiki mikrofon di atas pentas.

'Handsomenya kau!'bisik hatinya.

"Kenapa dengan kau ni?" soal Shasha.

"Takde apa-apalah. Hmmm... Jomlah pergi dekat diorang." ajak Qistina kalut.

"Jomlah."

Mereka berdua terus berjalan menghampiri yang lain. Qistina masih lagi memerhatikan Aryan yang sedang bercakap dengan seorang pelajar perempuan.

Rasa cemburu mula menular ke dalam dirinya. Sakit mata dia melihat adegan pelajar perempuan itu. 'Tak padan dengan junior.' bentak hatinya sebal.

_________________________________________

Sorry sebab cerita ni pendek. Btw, hope korang enjoy cerita ni! >.< Apa-apa pun, please vote cerita ni.

Friendship & LoveWhere stories live. Discover now