BAB 3

46 1 0
                                    

Qistina bangun terlebih awal hari ini. Dia mandi dan solat subuh terlebih dahulu. Dia bersiap-siap untuk ke sekolah.

Beg yang berada di tepi katil digalas. Dia menuruni tangga dengan hati yang riang.

"Amboiiii ... Happy nampak..." kata Puan Mira.

"Happylah ma!!! Sebab, boleh jumpa kawan-kawan!" ucapnya sambil memeluk lengan Puan Mira.

"Dah pergi sana.. Mama nak masak ni." halau Puan Mira.

"Nak manja-manja pun tak boleh!" gumam Qistina. Muncung ditarik panjang.

"Tarik lagi muncung tu. Biar sama panjang dengan mulut buaya!" marah Puan Mira. Bukan marah betul-betul pun. Marah manja-manja. Boleh ke? Lantaklahhh...

"Ok ok. Ina tak buat dah." Qistina mengerdipkan matanya berkali-kali. Nak buat muka comel sebernanya. Tapi.... Faham-faham je lah.

Puan Mira menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berlalu pergi. Pening dengan sikap anak daranya itu. Kejap-kejap macam ni. Kejap-kejap macam tu. Pening!

Qistina melabuhkan punggung di atas sofa sambil menekan-nekan punat remote TV. Dia menutup semula televisyen berskrin leper itu. Almaklumlah, masih awal. Pasti tiada rancangan yang best! Remote diletakkan semula di atas sofa. Dia mendengus perlahan.

Perlahan-lahan dia bangun dan menghampiri ibunya yang sibuk mengacau tepung. Dia hanya memerhati. Malas mahu menolong.

"Duduk jauh sikit. Nanti kotor baju tu." tegah Puan Mira.

"Tau. Ina pun malas nak tolong." ucap Qistina selamba badak.

Puan Mira menjeling tajam anaknya. Qistina membuat muka toya. Dia hanya melihat ibunya melakukan kerja. Dari satu ke satu. Sehinggalah semuanya siap dihidang di atas meja yang beralaskan kain berenda.

"Pergi panggil adik kamu." Qistina hanya menurut. Mulutnya terkunci. Tiada satu patah perkataan pun yang sesuai.

Satu satu tangga yang dipijak Qistina. Dia menumpukan sepenuh perhatian kepada tangga. Hanya tangga! Tangga dan tangga! Sebab.... Takut jatuh! Hilang ayu nanti.

Tok...tok...tok

Dia mengetuk pintu biliknya menggunakan kuku. Terdengar sahutan dari dalam. Pintu terbuka. Terjengul keluar tubuh adiknya yang lengkap berpakaian.

"Jomlah turun. Mama dah panggil tu." ajak Qistina lembut.

"Jomlah."

Mereka berdua berjalan beriringan untuk ke dapur. Qistina berasa hairan kerana adiknya itu tidak banyak berceloteh seperti hari-hari yang lain.

"Menungkan apa lagi tu lna! Mari makan." ajak Puan Mira.

Qistina mengangguk akur. Dia mengambil roti dan makan. Dia hanya memasang telinga mendengar perbualan papa dan mamanya.

"Dah siap ke belum? Mama nak hantar dah ni."

"Dah!" jawab Qistina dan Ila serentak.

Qistina dan Ila menyalam tangan papanya sebelum masuk ke kereta. Jam dikerling sekilas. 6:45 pagi. Masih awal. Rumahnya ke sekolah hanya mengambil masa beberapa minit. Dia mengeluarkan beberapa buah buku daripada beg untuk dipegang. Takut koyak beg nanti. Dah lah banyak buku yang kena bawa.

"Ila balik pukul berapa?" soal Puan Mira.

"Pukul 3:00." jawab Ila sepatah.

"Pukul 3:00? Bukan ke form 1 dengan form 2 je pukul 3?" soal Qistina hairan.

"Lupalah yang aku ni dah form 3." Ila tersengih.

"Balik pukul berapa?" soal Puan Mira sekali lagi.

"Pukul 3:30 rasanya." jawab Qistina ragu-ragu.

Qistina dan Ila bersalam dengan ibunya apabila kereta diberhentikan. Dia berjalan keseorangan. Adiknya telah lesap sedari turun daripada kereta.

Bam~~~~

Bukunya terpelanting. Qistina menggosok-gosok lengannya yang sakit akibat dilanggar. Dia pusing ke belakang. Jelas di pandangan terdapat seekor 'gorila' betina melarikan diri. Berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan kepada 'gorila' itu. Dia duduk mencangkung dan mengutip bukunya satu persatu.

Matanya tertacap kepada sepasang tangan yang mengutip buku notanya. Dia mengangkat wajahnya perlahan-lahan. Matanya membuntang. Mulutnya terlopong. Aryan Amar!!!

"Nah buku awak. Lain kali hati-hati erk." ucapnya sebelum berlalu pergi meninggalkan Qistina yang terpinga-pinga.

Qistina tersenyum hingga ke telinga. Hatinya berdebar-debar. Perlahan-lahan dia berjalan untuk masuk ke kelasnya.

"Ina! Awal kau datang." sergah Mia daripada belakang.

Qistina tersentak. "Biasalah!" jawabnya berpura-pura angkuh.

"Weh! Aku masuk kelas dulu lah.

Eiyla dah sampai tu."

"Temanlah aku kejap. Shasha tak sampai lagi." pujuk Qistina.

"Kau duduk je lah dalam kelas kau. Bukannya ada apa-apa pun. Lagipun, kesian dekat Eiyla." kata Mia selamba.

"Ok. Bye.." tutur Qistina perlahan. Dia hanya memerhatikan belakang Mia sehingga bayangan itu hilang daripada pandangan.

Hatinya terguris. Mia lebih mementingkan Eiyla daripada sahabatnya. Bukannya dia ingin cemburu buta tapi... entahlah!

Dia masuk ke kelasnya dan duduk ditempat yang telah ditanda. Dia melayan perasaannya. Jelas kedengaran hilai tawa Mia dan Eiyla daripada tingkat bawah.

"Nak turun ke tak? Hmmm... Malaslah!" gumamnya perlahan.

Lama-kelamaan, makin ramai pelajar-pelajar yang masuk ke dalam kelasnya. Dia menunggu sehingga Shasha tiba. Dia berjalan keluar ke koridor mendapatkan Shasha yang sedang berkepit dengan Mia. Mia langsung tidak menghiraukan dirinya dan lebih menumpukan perhatiannya kepada Shasha.

Shasha, Mia, Eiyla dan Qistina turun ke dewan. Mereka mencari-cari kerusi yang masih kosong. Mereka duduk di barisan kedua belakang. Itupun kerana jasa baik lra yang telah menanda kerusi untuk mereka awal-awal lagi.

'Argh! The worst day ever will began!' jerit hati Qistina sebal.

Friendship & LoveWhere stories live. Discover now