"Alahh.. Janganlah jadi nerd sangat!" sindir Mia.
"Tau! Bukan cikgu nak makan kau pun! Pengecut!" kata Eiyla sinis.
Qistina mengunci mulutnya. Shasha menggosok lembut belakang badannya. Dia tersenyum hambar ke arah Shasha.
"Hmm.. Jomlah kita gerak." ajak Shasha pula.
"Ok. Jomlah." sahut Eiyla. Mia juga mengangguk.
Mia terus merangkul lengan Shasha dan meninggalkan Qistina bersama lra. Terkedek-kedek Eiyla mengikuti Mia.
"Kenapa dengan Mia tu?" soal Ira sambil berjalan.
"Tak tahu lah." jawab Qistina tenang.
"Aku rasalah kan, mesti ada orang yang hasut Mia." teka Ira.
Qistina hanya diam membisu. Fikirannya kosong. Kata-kata Ira bagaikan angin yang menyapa dirinya.
"Tapi, semalam dia okay je dengan aku." bohong Qistina. Cuba menyorokkan keburukan sahabatnya itu.
"Ye ke? Dia siap jeling kau lagi semalam." kata Ira bersungguh-sungguh.
"Takde lah. Kau je kot salah tengok. Pasal tadi tu, mungkin dia stress."
"Apa kene mengenanya orang yang cakap 'sinis' dengan 'stress'?" bentak Ira geram.
"Abaikan je lah apa yang aku cakap." katanya senang. Dia berjalan laju meninggalkan Ira yang terpinga-pinga. Panggilan Ira daripada belakang...tidak diendahkan. Dia menyapu air mata yang jatuh. Dia melencong ke lain. Tandas! Itu sahaja yang difikirnya.
Qistina masuk ke dalam tandas dengan hati yang remuk. Kata-kata lra menerobos masuk ke dalam kotak fikirannya. Dia berdiri di depan cermin. Dia merenung lama wajahnya. Paip dibuka dan air turun dengan laju. Dia menyapu mukannya dengan air yang dingin. Segar. Itu yang dirasanya.
Terdengar suara Aryan Amar yang sedang membaca Al-Quran di dataran. Bergetar jiwanya. Dia berasa tenang. Dia keluar daripada tandas bergegas ke dataran bersama pelajar-pelajar yang lain.
"Kau pergi mana?" soal Mia sebaik sahaja selesai bacaan Al-Quran.
"Aku pergi tandas tadi." kata Qistina selamba. Dia berasa gembira seketika. Perasaan itu tiba-tiba menerobos masuk ke dalam hatinya.
Mia menganggukkan kepalanya. Dia mula bercakap kosong dengan Shasha. Qistina hanya memerhati.
"Kau menangis ke tadi?" bisik Ira.
"Takde lah!" kata Qistina. Terkejut dengan kenyataan itu.
"Bukan ehh... Hehehe.." dia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
"Memandai je!" gerutu Qistina sambil menjeling Ira.
"Jeling-jeling! Jadi juling baru tau." gertak lra.
Qistina membuat muka toyanya. Tiada reaksi. Macam patung pun ada. Dia menumpukan perhatiannya kepada guru yang sedang bercakap. Fikirannya menerawang. Hanya tinggal jasad yang bernyawa di situ.
"Ina! Jomlah masuk kelas. Ke...nak jadi tugu dekat sini?" gurau Shasha sambil menepuk perlahan bahunya.
"Haaa??" Qistina terpinga-pinga melihat ke arah rakan-rakannya yang lain.
"Argh! Masuk kelaslah." bentak Eiyla.
Qistina hanya mengekori mereka bertiga yang sedang bergelak ketawa. Ira telah masuk ke kelasnya terlebih dahulu. 'Malas mahu menyakitkan mata' kata Ira sebelum masuk ke kelas.
"Aku masuk dulu lah. Bye!" pamit Shasha dan diekori Qistina daripada belakang.
Mereka masuk ke kelas tanpa ada sebarang bunyi. Hanya nafas kedengaran. Kekok. Janggal. Tidak pernah suasana menjadi sunyi jika ada mereka. Mungkin kerana mereka berdua tidak begitu rapat.
Sedar tak sedar, mereka telah berada di dalam kelas. Belajar biologi. 'Ahhh... Bosan..'
1 jam kemudian...
"Ok class.. Kamu semua boleh keluar rehat.. And one more thing, saya nak kamu semua hantar fail PBS pada hari Khamis depan... Faham?" ucap Puan Zaleha panjang lebar.
"Alright..." sahut pelajar lelaki kuat.
Qistina dan Shasha terus turun ke tingkat bawah. Mereka menunggu Mia dan Eiyla keluar. Ira awal-awal lagi sudah berada di depan kelas Mia.
"Hi you alls." kata Mia berpura-pura gedik.
Qistina hanya memerhati. Tiada reaksi yang keluar. Shasha, Ira dan Eiyla telah gelak sakan.
'Apa yang lawak sangat?' desis hatinya.
"Jomlah turun. Beli air and then.. Lepak dekat pondok." cadang Ira. Yang lain hanya akur.
Mereka bergerak secara berbaris. Eiyla, Shasha dan Mia satu baris. Qistina dan Ira satu baris. Mia daripada tadi bergelak sakan. Tidak seperti Qistina yang hanya diam membisu.
"Sebab tu lah aku sayang Eiyla ketat-ketat..." kata Mia.
Kata-kata itu seperti halilintar yang menerobos masuk ke dalam minda Qistina. Hatinya seperti dihiris nipis-nipis. Pedih yang teramat.
"Diorang cerita pasal apa?" soal Qistina perlahan.
"Mia kata.. Eiyla beli something dekat Mia.. Sebab tu lah Mia kata yang dia sa...."
"Ooo macam tu ke.." pintas Qistina. Dia tersenyum kelat. Ira menggosok perlahan belakangnya.
"Sabar..." gumam Ira perlahan tetapi masih jelas di pendengaran Qistina.
"Dah pukul 10:30 ni. Aku masuk kelas dululah." kata Shasha.
"Ok. Aku pun dah nak masuk ni." ucap Mia.
Mereka berlima bersalam-salaman sebelum masuk ke kelas masing-masing. Qistina mengekori Shasha daripada belakang sambil membetul-betulkan jam tangannya.
'Apa masalah diorang erk? Mesti ada something wrong ni. Ahh.. Aku nak cari jugak punca Mia berubah.' tekad Shasha di dalam hati. Qistina dijeling sekilas.
Macam-macam perkara yang berada di dalam otak Qistina. Daripada satu ke satu masalah yang timbul. Dia keliru.
'Tulah, takde masalah... Kau cari. Bile dah penuh otak tu, baru nak merungut.' bidas otakya kejam.
Alahai... Kejam sangat ke cik Ina oiiii...

ANDA SEDANG MEMBACA
Friendship & Love
RomanceQistina Qaisara, gadis yang gila-gila dan periang. Mempunyai seorang sahabat yang semakin lama semakin melupakan dirinya. Hidupnya mula kosong. Qistina mempunyai seorang rakan lelaki yang digelar Mr. X di laman sosial. Mr.X seakan-akan mengetahui se...