Mia berbaring-baring di atas katilnya. Dia bernyanyi-nyanyi kecil mengikut irama lagu yang keluar daripada handphonenya. Kadang kala, kakinya turut bergoyang-goyang mengikut irama. Handphonenya berbunyi menandakan ada message yang masuk.
Qistina: Hye Mia! Dah bangun ke belum?
Mia hanya membacanya acuh tak acuh. Dia pun tak tahu kenapa dia malas untuk melayan Qistina. Apa yang dimarahkan pun tak tahu.
Mia bangun daripada katil malas-malas. Dia mengambil tuala dan masuk ke dalam tandas.
Qistina menunggu balasan daripada sahabatnya dengan sabar. 1 minit, 2 minit, 3 minit.
Tak ada balasan.
Qistina melemparkan handphonenya ke atas bantal. Dia merengus perlahan. Dia mula turun daripada katil dan mula bersiap-siap untuk ke sekolah.
6:50 pagi~~
Jelas kelihatan fagura Mia yang sedang berjalan menuju ke blok form 5. Qistina berlari anak mendapatkan Mia yang hanya menanyangkan muka toyanya. Dia memandang Qistina nak tak nak sahaja.
"Mia! Kenapa kau tak balas message aku?" tanya Qistina. Muka dimaniskan.
"Aku tak buka handphone." bohong Mia selamba.
"Ooo.. Macam mana class baru? Happy? Best?" soal Qistina bertalu-talu.
"Best sebab ada Eiyla." serta merta muka Qistina berubah.
"Tahun lepas best tak?" tanyanya lagi.
"Bolehlah. Tapi.. Tahun ni best lagi kot, sebab ada Eiyla." Mia langsung tidak memandang wajah Qistina.
Qistina hanya diam. Sebak. Dia menangis di dalam hati. Dia malas mahu marah atau merajuk. Dia tidak mahu persahabatan mereka hancur kerana perkara yang remeh. Dia tidak mahu menimbulkan isu.
"lna! Tu Eiyla. Aku pergi dululah." ucapnya memecahkan kesunyian.
"Kau dah nak pergi ke?" dia nenjeling Mia sekilas.
"Hmm.."
" Jomlah kita duduk duduk dulu dekat pondok tu." ajak Qistina ceria.
" Kau duduk je lah. Aku ada something nak bincang dengan Eiyla ni." dia terus mendapatkan Eiyla yang berada di tepi tangga.
Qistina hanya memerhatikan mereka berdua. Dia mengeluh perlahan. Tahun ni sahaja dah banyak kali dia mengeluh. Pada hari kedua persekolahan ini sahaja dia dah diperlakukan seperti orang yang tidak berperasaan.
"Qistina Qaisara?" tegur satu suara garau.
"Ye." jawab Qistina. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya. Dia tergamam. Aryan Amar?! OMG!!
"Qistina Qaisara kan?" tanyanya sekali lagi.
Qistina tersedar. "A'ah. Ada apa ye?" soal Qistina.
"Nah ni buku awak. Awak kan yang terjatuh hari tu. Buku ni saya jumpa." dia menghulurkan buku di tangannya.
"Te..terima kasih." Qistina mengundur setapak ke belakang.
"Tak payahlah formal sangat. Buat macam biasa je. Macam awak tak biasa dengan saya." katanya.
"Macam biasa?" tanya Qistina kebingungan.
Qistina menundukkan wajahnya apabila mata biru Aryan menikam wajahnya. Darah merah menyerbu ke mukanya.
"Saya pergi dulu lah." katanya tanpa menjawab pertayaan Qistina. Dia terus berlalu meninggalkan Qistina sendirian.
Qistina tersenyum kecil. Dia membelek-belek buku itu. Dia terus berlalu pergi menuju ke kelasnya.
Qistina meletakkan beg sekelohnya di atas kerusi. Dia memerhatikan kelasnya. 'Cantik!' jerit hatinya.
"Awal kau datang." sapa Shasha daripada belakang.
"Hmmm..."
"Kau ada masalah ke?" Shasha mengambil tempat di sebelah Qistina. Dia meletakkan begnya dan memberi sepenuh perhatian kepada rakannya.
"Tak ada lah." nafi Qistina. Shasha dikerling sekilas.
"Kalau kau ada masalah. Kau share je lah dengan aku. Aku dengar." tawar Shasha.
"Betul takde apa-apa." bohongnya lagi.
"Hmm.. Ni, kenapa kau tak lepak dengan Mia dekat pondok tu. Eiyla dengan lra pun ada."soal Shasha.
Qistina tersentak. "Aku ada hal sikit tadi." jawabnya selamba.
"Ooo... Hmmm.. Jomlah kita pergi dekat diorang. Mesti diorang tengah tunggu kita." ajak Shasha.
Qistina hanya akur. Dia berjalan beriringan bersama Shasha. Dari jauh, jelas fagura Eiyla, lra dan Mia yang asyik bergelak ketawa.
"Hye Shasha!" sapa mereka bertiga serentak.
"Hye." jawab Shasha sepatah.
"Kau bincang pasal apa ni?" soal Qistina.
"Nothing." jawab Mia. Dia langsung tidak memandang wajah Qistina.
"Shasha. Marilah duduk tepi aku." pelawa Mia.
"Tak apalah. Aku duduk tepi Ina." tolak Shasha lembut. Dia menjeling Qistina sekilas.
Mia menjeling tajam Qistina. Qistina yang tidak menyedari jelingan itu hanya membuang pandang ke arah padang sekolah. Ira hanya menggelengkan kepalanya melihat jelingan maut daripada Mia. 'Kenapa dengan diorang ni?' fikir Ira.
Mereka rancak berbual. Berkongsi-kongsi kisah. Qistina hanya bercakap apa yang perlu sahaja. Tetapi, majoritinya dia hanya membisukan diri.
"Hmm.. Korang. Jomlah kita pergi ke dataran." ajak Qistina perlahan.
"Alahh.. Janganlah jadi.....
Bersambung~~~
![](https://img.wattpad.com/cover/32316077-288-k358049.jpg)
YOU ARE READING
Friendship & Love
RomansaQistina Qaisara, gadis yang gila-gila dan periang. Mempunyai seorang sahabat yang semakin lama semakin melupakan dirinya. Hidupnya mula kosong. Qistina mempunyai seorang rakan lelaki yang digelar Mr. X di laman sosial. Mr.X seakan-akan mengetahui se...