Pemuda Asing

20 6 0
                                    


Ean pergi kerja macam biasa manakala Yu mengactivekan mode halimunannya dan mengekori Ean. Mereka masuk kedalam kafe bersama. Sementara Ean membuat kerjanya, Yu tunggu di meja makan yang sangat hujung, tak ramai pelanggan yang memilih duduk disitu.

Kerja Ean jadi kurang selesa kerana hanya dia yang boleh melihat Yu. Dia risau kalau-kalau Effa atau Mr. Lee mengesyaki sesuatu jika Ean tidak mengawal pandangannya. Ean terus ke dapur menyiapkan apa yang patut. Yu separa bangun dari duduknya tetapi dia tetap duduk kerana tahu Ean seperti kurang selesa.

Tak lama kemudia, Effa dan Mr. Lee datang ke kafe. Effa terus ke membantu Ean di dapur manakala Mr.Lee terhenti kerana dia merasakan sesuatu. Yu mula mengesyaki sesuatu lalu dia keluar dari kafe itu.

Ean kembali ke bahagian kaunter dan mendapati Yu tidak ada di tempatnya. Entah mengapa ketiadaan Yu membuatkan Ean sedih namun dia tetap positif. Tak lama kemudian, pelanggan mula datang. Kafe yang sangat popular di taiping itu sering didatangi pelanggan pelbagai umur. Rasa coffee special sangat enak. Tak lama kemudian, Yu datang sebagai seorang pelanggan. Ean agak terkejut dalam masa yang sama dia gembira melihat Yu.

"Saya nak coffee special satu" kata Yu

Effa yang berada di belakang Ean agak terkejut apabila mendengar Yu cakap. Setelah Yu mendapatkan coffeenya, dia duduk di tempatnya semula. Effa mendekati Ean.

"Wey, first time duh aku dengar suara dia. Aku ingat dia bisu selama ni. Eh jap bukan selalunya dia datang tiap hujung minggu ke?"

"Uhm...." Belum sempat Ean membalas, Yu sudah berada di depan kaunter. Effa agak terkejut.

"Eh awak tadi kat sana macam mana awak kat sini?" Tanya Effa dengan nada yang agak tergagap dan kehairanan.

"Hai. Saya Yu. Saya cousin jauh Ean" kata Yu. Mata Ean terbeliak terkejut.

"Cousin???!!" Suara Effa yang agak kuat membuatkan orang sekeliling memandang mereka.

"Maaf maaf" kata Effa kepada mereka yang lain dan memandang Yu dan Ean.

"Since when?" Tanya Effa sambil membuat poker face.

"Lamaa dahhhh" jawab Ean

"Tapi kenapa sebelum ni tak tegur Ean pun?  Awak order pun tunjuk tunjuk je"

"Hehe (Yu senyum sengih pada Effa sambil menggaru belakang kepalanya) saya datang dari luar negara. Saya dah lama tak jumpa Ean jadi ambil masa sikit nak cam dia and nak tegur dia"

"Okay... Disebabkan awak comel, saya maafkan. Are You Single?"

Ean terus mencubit lengan Effa namun Effa tetap menunggu jawapan dari Yu.

"Yeah..?" Jawab Yu perlahan. Sedikit menunduk namun dia sempat memandang Ean dengan mata yang mengatakan 'sorry'.

Ean memusingkan matanya dan sambung membuat kerja manakala Yu kembali duduk di tempatnya. Effa memerhati Yu berjalan ke tempatnya seperti orang dilamun cinta.

"Dah la.. Buat kerja. Yu tak lari mana pun" kata Ean.

"Eh, kenalkan lah aku dengan Yu"

"Kan dah kenal"

"Ala.. Nak lebih lagii"

"Sorry aku tak nak masuk campur" Ean menepuk bahu Effa dan pergi ke dapur untuk mengambil beberapa kek yang telah habis di depan.

Effa muncungkan mulutnya dan kembali memandang Yu jauh di sudut namun kelihatan bercahaya di mata Effa. Di dapur, Ean sempat berbual sedikit dengan Mr. Lee yang sedang membuat beberapa kek.

"Pakcik.."

"Ye"

"Pakcik tau tentang dunia lain?"

Mystery Of Raintown [SKZ-HyunLix & LinoIn]Where stories live. Discover now