Goon menceritakan bahawa Elix sebenarnya mempunyai seorang abang yang juga animal spiritnya seeokor serigala putih. Mendengarkan apa yang dikatakan oleh Goon, Elix terkejut. Patutlah dia sahaja yang boleh dengar lolongan serigala lain. Elix menanyakan kepada Goon, dimanakah abangnya itu dan mengapa mereka terpisah?"Seperti Yu, abang kamu memberikan kamu ketika kamu masih lagi seorang kanak-kanak untuk melindungi kamu dari Hawgle. Keadaan pada masa itu sangat merbahaya. Memori kamu dipadam kerana itu sangat normal jika warriors meminta aku untuk melindungi keluarga mereka"
Goon sambung lagi..
"Disebabkan Hawgle telah tiada, barulah saya boleh berterus terang dengan kamu dan warrior-warrior lain yang sama nasib. Abang kamu kini berada di sebuah tempat bersalji di kutub utara sana. Han dan Alin tahu cara untuk telepath kesana dengan mudah"
Mereka semua memandang Han dan Alin hairan bagaimanakah dia tahu cara untuk telepath.
"Mestilah aku tahu sebab Hawgle. Petang ni kita pergi ke sana" jawab Han dan memberikan senyuman kepada Elix.
"Terima kasih" ucap Elix.
Mereka semua kembali ke dunia manusia dan berjumpa dengan encik Lee. Seperti biasa, mereka kembali seperti baru semalaman mereka menghilang. Sebaik sahaja Encik Lee membuka matanya dari tidur lenanya, dia melihat Ean dan Effa di sampingnya dan terdapat 5 orang jejaka. Encik Lee terus bangun mengejut dan bertanya kepada Ean..
"Ean, kamu tak apa-apa ? Cedera tak?"
Ean tersenyum dan terus mengubah dirinya kepada yang terbaru. Encik Lee terkejut dengan perubahan Ean.
"Kamu.. wajah kamu.." Encik Lee cuba untuk menyentuh muka Ean yang ada saluran elektrik berwarna biru neon itu tetapi dihalang oleh Ean.
"Pakcik tak nak kan pengsan kena elektrik" awas Ean.
"Ouh.. okay.. kamu semua.. menang? Yang bunuh mak ayah kamu dah mati?"
Ean mengangguk. Encik Lee terus memeluk Ean tanda gembira. Ean membalas pelukan pakciknya ditenangkan juga oleh Effa.
"Pakcik Lee, saya pun dah jadi warrior macam depa ni jugak.. tapi saya tak tahu lagi kuasa saya apa" jelas Jun menunjukkan rantainya kepada Encik Lee.
"Kenapa?"
"Umm, kinda part time? Haha saya dari dulu nak jadi warrior hehe"
"Yelah, tengok-tengokkan Ean ni untuk pakcik"
Mendengar kata-kata Encik Lee itu membuatkan Yu ketawa kecil sambil berkata perlahan..
"Heh, entah-entah Ean yang jaga dia"
Jun berpaling kearah Yu kerana terdengarnya. Yu berpura-pura melihat ke tempat lain. Jun menjeling.
"Okay lah pakcik, kami ada benda nak kena buat ni. Ada masa kami akan datang kesini lagi" kata Han sambil memberi isyarat kepada Ean bahawa mereka harus bergerak.
Mereka semua keluar dari Ean. Han hanya meneruskan perjalanannya kesesuatu tempat. Mereka semua agak hairan Han hanya berjalan bukan kembali ke dunia lain.
"Han, kita nak kemana?" tanya Effa
"ke tempat abangnya Elix lah" balas Han dan membelok masuk ke dalam bangunan jam lama Taiping dan mula hilang.
Mereka semua terkejut dan sorang demi seorang mengikut dengan penuh tanda tanya. Merekaa masuk kedalam dan mendapati mereka disebuah tempat yang berbeza. Mereka berada disebuah ruang kosong yang hanya mempunyai satu telaga besar di tengahnya.
"okay kita dah sampai di salah satu checkpoint untuk telepath ke tempat lain yang mempunyai warrior. Kamu semua kena pegang saya dan Alin. Kita akan lompat kedalam telaga ini bersama" jelas Han.
YOU ARE READING
Mystery Of Raintown [SKZ-HyunLix & LinoIn]
FanfictionTaiping also known as Rain Town. There is a secret in it. This fiction story about a plain girl called Ean that brave, independent and sometimes she can be a psycho. She then met a weird guy when she hiking at Bukit Larut. A guy that different. An...