Save Yu part 1

22 3 0
                                    


"Aku tahu kau akan ikot cakap aku. Bagus" kata Han sambil mendekati Effa.

"Kau.. Kau tak kan kacau family aku kan?"

Han mengangkat dagu Effa agar mata mereka bertentangan. Kaki nya dinaikkan sebelah ke atas sofa sambil menjawab.

"Tak sayang.. Tak.. Awak dah tolong saya dapatkan dia ni. Tak kan saya nak apa-apakan awak"

Mata Effa mula berlinangan air mata kerana ketakutan. Han kembali berdiri tegak dan mengarahkan Alin untuk bersedia kembali ke dunia mereka bersama Yu. Alin terus memegang tangan Yu dan hilang ke dunia mereka. Sebelum Han ingin menghilangkan diri, Effa bersuara.

"Awak terpaksakan buat semua ni, Han?"

Han terdiam. Dia tidak memandang wajah Effa.

"Saya tahu awak terpaksa Han. Tolong la hentikan semua ni" suara Effa semakin berani.

"Kau diam. Kau tak tahu apa-apa" tengking Han.

"Aku tak tahu apa-apa. Tapi aku yakin kau bukan orang yang jahat" perlahan-lahan Effa memegang tangan Han.

"Kau diam!" Han menengkin kuat sambil menunding jari ke Effa dan badannya mengeluarkan api menyebabkan tangan Effa termelecur sedikit.

Apabila melihat tangan melecur Effa, dia merasa agak bersalah. Api Han juga semakin menghilang. Dia terus meninggalkan Effa dan kembali ke dunianya.

------------

Di tempat Han, Alin sudahpun mengikat tangan dan kaki Yu seperti 'X'. Yu masih tidak sedarkan dirinya. Apabila Han muncul, Alin menegurnya.

"Kita nak buat apa?"

"Sekarang kita dah boleh dapatkan perempuan tu. Penjaganya sudah berada di tangan kita. Tak ada apa yang boleh menghalang kita" Han terus masuk kebiliknya meninggalkan Alin.

"Uhhh... Han... " keluh Alin perlahan.

----------

*tuk tuk tuk*

Bunyi ketukan pintu yang kuat di rumah Ean. Dia terjaga dari tidurnya dan memandang Elix yang mengawasi dari tadi. Mereka pergi ke pintu utama untuk melihat siapa yang mengetuk pintu di malam hari itu. Sebaik sahaja Elix membuka pintu, Effa terus memeluk Ean sambil menangis teresak-esak.

"Effa, kenapa ni? Wey, tangan hang kenapa? Mana Yu? Wey??!!" tanya Ean khawatir.

"Han.. Han dah ambil Yu"

"Hah !! How? macam mana? Kenapa? Serious la??!!" Ean memandang Elix dengan wajah terkejut.

"Aku minta maaf, aku terpaksa. Aku takut"

"Hang masuk dulu.. " Ean mempelawa Effa masuk dan menuju ke biliknya.

Effa duduk di kerusi manakala Ean dan Elix berdiri disampingnya menenangkan Effa dahulu. Ean memberi isyarat kepada Elix untuk mengambil segelas air. Setelah Effa minum segelas air dan merasa sedikit tenang, Ean memintanya untuk menceritakan tentang apa yang berlaku sebenarnya.

(Flashback ketika Effa diculik Han)

"Kau nak apa ha dari aku?" tanya Effa ketakutan.

"Aku cuma perlukan bantuan dari hang"

"Apa?"

"You know what, orang macam kami ni tak tidur. Tapi.. Dengan cecair ni sekejap sahaja kami akan tidur selama beberapa jam. Mungkin hari. Aku nak kau letak cecair ni dalam minuman Yu" Han menyelitkan cecair itu kedalam poket seluar Effa.

"Untuk apa? Kau nak buat apa dengan Yu?"

"Dia tu penghalang aku nak dapatkan kawan kau tu ! "

"Suruh la Alin, dia kan boleh berubah rupa. Aku tak nak tolong kau"

Mystery Of Raintown [SKZ-HyunLix & LinoIn]Where stories live. Discover now