Did something happened?

201 11 0
                                    


"Hang ni, nak kerja ke tak nak! Yang hang pi jeruih ayaq kat customer tu pasaipa?!" Tengking bos Lee di belakang cafe.

"Saya nampak dia pegang-pegang Effa, saya jeruih la ayaq tu" terang Ean membela dirinya.

"Hang ingat dengan mata hang tu boleh jadi bukti ke? Sekali lagi hang buat perangai aku pecat hang. Kalau tak disebabkan arwah mak bapak hang, dah lama aku cari pekerja lain" encik Lee terus masuk ke dalam cafe meninggalkan Ean sorang-sorang pada malam itu.

"Buat benda betul pon kena marah ke.. Ingat aku nak sangat kerja dengan hang? Tengok lah bila aku dapat kerja lain nanti" bebel Ean. Sebelum masuk ke dalam cafe, Ean menendang plastik sampah di tepi melepaskan marahnya.

"Grrrrr"

Langkah Ean terhenti apabila dia terdengar bunyi sesuatu. Dia melihat sekeliling. Tiada apa yang mencurigakan.

(Angin meniup)

"Nak hujan lagi ke harini?" Ean melihat awan yang kelihatan mahu hujan itu.

"Ean! Buat kerja. Hang tercegat apa kat situ?!" Jerit encik Lee.

Ean terus masuk ke dalam dengan keluhan yang panjang. Dia mengambil kain lap dan spray untuk mengelap meja-meja yang kotor. Effa datang kepada Ean dan memberikannya air minuman soda.

"Terima kasih pasal tadi" ucap Effa dengan senyum manisnya.

"Tak ade ape lah. Kau pon satu, jangan la biar je orang tu pegang-pegang. Berani sikit" Ean menerima air soda itu.

"Hehe hang tau tau je la aku ni.. Lagi pon kalau aku yang marah confirm kena pecat. Hang tak pelah anak sedara encik Lee" Effa keluh panjang.

"Ye lah ye lah.. Dah cepat kemas, dah nak closing ni" arah Ean. Effa hanya menurut.

Sedang dia mengelap meja. Ean termenung, teringat akan seseorang apabila sampai di meja belakang sekali. Meja yang sering lelaki aneh duduk atau Ean menggelarnya Mystery Guy. Lelaki ini tidak pernah bercakap. Dia akan datang ke cafe setiap hujung minggu dan order minuman dengan menunjuk ke menu yang tertera di atas kaunter. Duit yang diberinya sentiasa 50 ringgit walaupun bukan hari gaji. Lihat pada pakaiannya... Sentiasa sama. T-shirt dan seluar jeans hitam, kasut Martin Boots hitam yang tapaknya agak tebal. Bentuk badan dia yang sangat elok, rambut blonde panjang paras leher, dan rupanya yang amat tampan walaupun dia selalu menunduk. Kira-kira sudah 3 bulan dia datang ke cafe.

Ean tersedar dari lamungannya dan meneruskan kerjanya. Jam menunjukkan jam 10 malam. Selesai mengemas dan mengunci kafe, masing-masing pulang ke rumah. Malam itu hujan lagi. Bukan raintown lah kalau tak selalu hujan ni. Ean mengeluh sambil menadah tangan merasakan titisan air hujan.

"Haa, rain always the best weather" katanya seorang.

"Ean, awak tak bawak payung ke?" Tegur Effa.

"Tak. Bangun lambat pagi tadi, tak sempat ambil"

"Habistu macam mana?"

"Tak pa.. Rumah saya tak jauh pun. Don't  worry.. Saya suka hujan. Bukan lebat mana pun"

"Betul ni?"

Ean mengangguk dan memberitahu Effa jangan risaukannya. Effa mengeluh, dia tahu Ean seorang yang berpendirian tetap jadi dia meminta diri dulu untuk pulang.

"Beberapa blok je. Kena hujan sikit.. Macam tak biasa pulak" Ean memberi semangat pada dirinya dan mula berjalan pulang.

Baru separuh Ean berjalan dia terasa seseorang mengekorinya. Ean cuba menghiraukannya dan mula berjalan dengan laju. Namun gerakkan orang yang mengekorinya semakin dekat. Tiba-tiba bahunya dipegang. Ean terus menoleh kebelakang sambil menyembur perfumenya pada orang itu.

Mystery Of Raintown [SKZ-HyunLix & LinoIn]Where stories live. Discover now