Pergh.. lamanya aku tak update & jenguk Wattpad ni, ekk? Hampir tujuh bulan aku menyepi membawa diri mencari ilham & idea. Cuma sesekali je aku bukak untuk tengok situasi semasa. Ade ke yang masih rindu kat aku ni? Hee.
Hmm, beberapa hari lepas, entah cam mana, tergerak plak hati ini untuk mula mengarang citer baru. Tapi, aku tak nak buat panjang-panjang sangat, ala-ala novelet (novel pendek) je. Setiap chapter, aku pastikan pendek-pendek & tak akan membuatkan para readers kebosanan atau lenguh mata time membace nanti. Masih ade ke lagi reader yang nak bace karya merapu aku ni? 😭
Karya terbaru ini, aku namakan 'Imanul'. Ape ke benda alah Imanul tu? Nak tau, cer korang scroll kat bawah & bace je sneak peek tu. Akan terdedah & terbongkar akan maksud tajuk citer ni.
Memula tu, citer ni aku nak masukkan dalam 'Tadpole' sebagai cerpen je. Tapi, aku nampak yang 'Imanul' berpotensi untuk aku jadikan sebuah novel. Sebenarnya, 'Imanul' ni ialah prekuel kepada novel terdahulu. Nak tau prekuel citer ape? Sabar je menunggu & menanti bila aku publish chapter pertama yang kini sedang giat aku usahakan hingga terlupa makan & mandi.. hee 😁
Harap para reader akan terhibur & terima novelet aku ni seadanya. Komen & vote korang amat aku alu-alukan & hargai, kerana ia sebagai pemberi semangat buat kami para author untuk terus mengarang memerah idea.
Cam biasa, citer aku akan ade babak terlampau & dialog yang agak vulgar gitu. So, kepada readers yang baru nak kenal style novel aku, harap jangan lontarkan komen yang mengecam plak, ekk? Tak suka, pegi je bace komik 'Doraemon' atau layan kartun kat Astro tu.. hee.
Eh, makin panjang plak aku dok membebel melalut. Ape kata korang layan je dua sneak peek 'Imanul' kat bawah ni?
Thanks!
•••♦◄♥►♦•••
Sneak Peek 1 (Kencing Kot Tingkap)
YOU ARE READING
• iman𝓊l •
Paranormal• Kisah seorang budak kampung 'naif' yang mendapat peluang belajar di sekolah berprestij di bandar. Tinggal di asrama bukanlah semudah & seindah yang disangkakannya. Pelbagai ragam & kerenah kekawan serta abang-abang senior yang memualkan lagi menye...