Chapter 6 - Urutan Pertama Di Pertemuan Kedua

1.9K 52 44
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

Sorry, agak terlewat sikit aku publish chapter  keenam ni. Mood  dah jadi tak menentu plak. Macam-macam yang aku dok fikirkan. Para readers  pun makin kurang menampakkan sokongan untuk citer 'Imanul' ni. Itu salah satu sebab kenapa mood  mengarang aku merudum. Cuma beberapa pembace setia je yang masih meniupkan semangat aku dengan komen-komen & vote  dia orang. Hmm, harap-harap aku dapat tamatkan citer ni seperti yang aku rancangkan.. 😔😞

Disebabkan panjang sangat, aku split chapter  ni jadi dua. Chapter  berikutnya mungkin akan aku publish  esok atau lusa atau tulat atau tungging kot, kalau tak ade aral melintang. 

Ops, aku ade edit  & tambah sikit-sikit aksi serta ayat dalam chapter  ni untuk menyedapkan rasa. Selamat membace!

AMARAN : Ada dialog, ayat & babak daring  dalam chapter  kali ini, cam biasa arr, kan? Itu umpama perencah & perisa Ajinomoto  untuk menyedapkan masakan.. hee

•••♦◄♥►♦•••

Bila terasa kedua bahunya dipegang kejap oleh seseorang, dengan pantas Imanul menepis dan berpaling. Lalu dengan spontan pula beberapa tumbukan padu dilepaskan ke dagu serta perut penyerangnya. 

Dan tanpa perlu memasang kekuda* terlebih dahulu, dia terus menendang sepantas kilat pada celah kelangkang makhluk malang itu.

Swoshh.. dushyumm.. gedebuak.. gedebuk.. bram... pang... pong.

"Adoi la. Sakitnya telur aku ni. Nape kau tendang kote aku? Hu hu.. sakit tak terperi," jerit satu suara.

"Eh, Abang Fazrin? Sorry  arr, saya tak tau itu abang. Nape masuk tak ketuk pintu? Nape tak bagi salam dulu? Nape cengkam bahu saya tanpa amaran? Kan dah kena?" 

"Aku nak bagi kejutan kat kau. Mana arr aku tau kau ade karate dan silat cam tu."

Fazrin mengerutkan wajahnya menahan perit sambil tangan mencekup pada bahagian alat sulitnya.

Sudahlah sakit diterajang, dia pula jatuh di atas rak kasut besi yang dipenuhi kasut pelbagai rupa dan bau. Habis berterabur di atas lantai.

Dia mengerang-ngerang dengan nafas tercungap-cungap. Dadanya turun naik mengambil udara.

•••♦◄♥►♦•••

"Aliff, aku seriau arr nak pegi jumpak budak baru tu. Kalau Rifa tau, mampus kita. Tentu dia akan halau kita dari Dorm Westminster. Aku tak nak dok kat dorm  lain. Dan tak sanggup plak nak tengok tempat aku diambik alih oleh budak form five  yang lain," Salman bersuara tatkala mereka sedang menapak untuk ke dorm  Imanul.

Aliff berhenti dan terdiam seketika.

"Cer kau fikir. Tak berbaloi kalau Rifa tau. Kita sekarang ni dah amat beruntung dapat dok di dorm  yang serba serbi perfect  tu," tambah Salman lagi.

• iman𝓊l •Where stories live. Discover now