ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Fazrin tak jadi melangkah keluar. Dia kembali duduk di katil Imanul.
Adiknya itu menanti dengan rasa tak sabar.
"Senja tadi, lepas kau naik ke dorm ngan Hezri. Balik je dari hantar atuk kau ke surau, aku nampak Rifaie masuk ke bilik warden. Aku pun skodeng arr nak tau ape plak rancangan dia orang berdua tu.
"Aku dengar, Cikgu Baser suruh budak setan tu buat satu mini orientasi khas untuk kau je sebab kau masuk lewat, kan? Dia nak semua bebudak junior rasai pengalaman kena orientasi. Kau tak terkecuali."
Mendengar itu, Imanul kecut perut dan cemas.
"Adoi la, saya ingat masuk lewat ni terlepas arr dari kena orientasi tu. Mula saya rasa cam nak terkencing je ni," keluhnya sambil membuat muka sayu.
"Don't worry, dik. Kau bernasib baik sebab aku skodeng dia orang tepat pada masanya. So, aku nak bagi tips kat kau cam mana nak hadapi bebudak setan tu."
"Tips? Ape maksud abang?"
"Ala, benda-benda yang dia orang nak kau buat kat atas pentas di dewan makan tu nanti le."
Dewan makan asrama terletak di tingkat bawah bangunan utama iaitu di sayap* utara. Boleh menempatkan sehingga seratus tiga puluh penghuni pada satu-satu masa. Terdapat sebuah pentas setinggi dua kaki di hadapan pintu masuk.
Selalunya ia menjadi tempat diletakkan meja makan buat orang kenamaan andai sesuatu majlis diadakan di asrama. Ia juga boleh dijadikan dewan serba guna jika kerusi dan meja dialihkan.
Dilengkapi dengan sistem pembesar suara terkini serta amplifier berkualiti tinggi. Juga terdapat aircond dan kipas siling yang boleh menyamankan segenap ruang.
Semua kemudahan tersebut adalah hasil sumbangan Kerajaan Britain, juga ihsan daripada Datuk Jabbar, bapa Rifaie.
Sebab itulah anaknya jadi besar kepala* dan menganggap yang dia boleh melakukan sesuka hati di asrama tersebut. Sungguh kurang ajarnya dia.
Sebuah bilik yang menempatkan dapur atau tempat memasak dengan empat pekerja terletak di sebelah dewan tersebut. Dua buah kuarters kecil yang boleh menempatkan sehingga enam orang penghuni pada satu-satu masa juga terdapat di situ.
YOU ARE READING
• iman𝓊l •
Paranormal• Kisah seorang budak kampung 'naif' yang mendapat peluang belajar di sekolah berprestij di bandar. Tinggal di asrama bukanlah semudah & seindah yang disangkakannya. Pelbagai ragam & kerenah kekawan serta abang-abang senior yang memualkan lagi menye...