Chapter 2 - Kala Senja Mereka Tiba

1.2K 48 47
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••


•••♦◄♥►♦•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•••♦◄♥►♦•••

Chapter 2  ni mengimbau kembali kenangan aku masuk sekolah asrama masa form one  dulu. Aku masuk lewat seminggu, tapi cepat je sesuaikan diri ngan bebudak lain. Then, kena buli & dijadikan adik angkat oleh budak form four. Pengalaman tu aku garapkan jadi kisah ni. Cuma tak ade hantu & kes kerasukan je. Tapi benda-benda seram tu ade arr sesekali terjadi.. hee 😁

•••♦◄♥►♦•••

"Maaf le Manul sebab kecuaian dan kelalaian atuk, kita sampai lambat ke asrama. Hari dah nak gelap pun," ucap Pak Mujib penuh takzim, mengakui akan kesilapan diri.

Selepas meninggalkan Kampung Bukit Pasak, mereka meneruskan perjalanan yang akan mengambil masa lebih kurang dua jam menyusuri jalan-jalan perkebunan dan perladangan sebelum masuk ke jalan utama ke Bandar Ipoh.

Sengaja lelaki tua itu tak mahu menggunakan lebuh raya kerana keadaan keretanya yang uzur mungkin akan mengganggu pengguna yang lain. Juga, dengan melalui jalan biasa, dia dapat menjimatkan duit kerana tak perlu membayar tol.

Di samping itu, dia sudah lama tak memandu jauh. Sesekali mendapat peluang sebegini, dapatlah dia menjamu mata dengan pemandangan kampung serta hutan di kiri kanan jalan.

Ditambah lagi dengan keadaan kesihatannya yang kurang cergas tatkala memandu. Kalau di jalan biasa, dia boleh berhenti bila-bila masa saja di pinggir jalan. Meregangkan kaki dan berehat sejenak.

Namun, malang tak berbau. Tatkala baru setengah jam memandu, tiba-tiba tayar hadapan keretanya pecah, meletup, tapi dia sempat mengawal kenderaannya itu dan berhenti di tepi jalan.

Lebih malang, tayar spare  juga pancit. Dipam angin tak masuk-masuk hingga letih mereka berdua. Hendak meminta tolong, jalan sunyi dan tiada seorang manusia pun yang lalu waktu itu.

Jam menunjukkan ke pukul empat tiga minit petang. Mereka duduk di pinggir jalan menunggu sebarang bentuk bantuan yang boleh didapati. Mungkin nasib baik, akan ada pengguna lain yang lalu. Bolehlah diminta tolong membawa tayar spare  itu ke bengkel terdekat untuk ditampung bocornya.

• iman𝓊l •Where stories live. Discover now