Rasa

13 3 0
                                    

aku tulis ini untuk aku
yang selalu keliru dalam soal rasa.
ini ialah baris-baris cebisan kisah hidupku

manusia itu lahir kerana suatu rasa
hidupnya juga kerana suatu rasa
dan matinya diratapi kerana suatu rasa.

tepi tingkap ditemani Che' Qamar
akad antara aku, pena dan kertas,
sempurna diijab kabul
bersaksikan Tuhan dan meja putih.

ruang sempit ini sering menjadi arena tempur
antara aku dan emosi.
sepak terajang itu membuatkan aku lemah
dan lupa cara sebenar untuk berdiri.

visi yang kian samar
adalah kesan dari melankoli yang mencemar.
seperti ombak di tengah tasik,
rasa ini tidak perlu wujud.

kini aku perlukan gulungan kodak baru
kerana aku sudah penat
mainkan memori lama-lama.
juga galeri baru.
ya, galeri yang baru
untuk gantikan yang lama
kerana yang lama sudah usang
walau isinya penuh tidak berganti.

Kertas Sebagai TemanWhere stories live. Discover now