EUPHORIA

98 6 3
                                    

Kau ingat lagi?
Bersaksikan fauna tasik ini,
Pada kau aku bisikkan,
Aku dengarkan,
Aku luahkan senafas rasa,
Rasa yang mampu wujudkan bahagia

Aku ingat lagi,
Reaksi dan reklefsi yang kau beri,
Bibir seksimu itu mengukirkan senyum
Barangkali terukir atas dasar malu
Lalu,
Awan mula berkondensasi,
Ke arah parkir aku kau berlari,
Mulalah terpercik apinya cinta

Kau ingat lagi?
Saat itu kita berdua di dalam kereta,
Sewaktu menuju destinasi yang sama,
Tangan lembut kau ku genggam erat
Erat,
Erat tak mahu ku lepas,
Sekali lagi bibirmu kuntumkan senyum,
Senyum yang bisa buat hati ini meronta

Aku ingat lagi
Setiap babak,
Setiap saat,
Setiap perkongsian kau dan aku,
Masih afiat macam semalam semua berlaku,

Kita berdua lupa,
Kau dan aku cuma manusia biasa
Takdir bukan mainan kita
Walau diukir dengan kata setia,
Kun fayakun,
Berpisah tetap ada,
Yang telah aku rasa itu hanyalah EUPHORIA sementara

Kertas Sebagai TemanWhere stories live. Discover now