Hidup & Kopi

20 4 1
                                    

hidup aku terasa mati
tapi udara hanyirnya
masih aku hirup.
hidup tak sama macam tayangan mimpi
bukan arena penghasut beraksi.
ya, hidup itu ibarat roda
tapi roda aku mula haus
tiada lagi bunga.
kerana bunga itu sudah lama layu
barangkali kerana tiada lagi
yang mahu berdialog dengannya.

kenangan pahit dan kopi pekat.
kau tahu sifat apa yang dikongsi?
pahit saat kau mula merasa
ia bertukar jadi nikmat
saat kau mula menerima.
pasti kau sentiasa membawa secawan
kerana ia bukan definisi hidup
jika tak merasa pahitnya kenangan.

Kertas Sebagai TemanWhere stories live. Discover now