PENGENALAN
KELUARGA MIKAEL
DADDY: TENGKU AZAM (CEO TA Holdings)
MUMMY: TENGKU ALINA (pemilik butik)KELUARGA LAURA
PAPA: GHAZALI (pengetua sekolah)
MAMA: ELISA (suri rumah)Laura dah tak nak hirau apa yang akan bakal terjadi. Kalau Mikael nak kenakan dia, dia dah memang tak mampu nak lawan dah. Cuma kali ni dia memang tak dapat nak ikut apa yang Mikael mahu. Tonjolkan diri di depan media? Memang tak akan. Keluarganya sendiri pon tak tau apa-apa pasal Mikael
Sudah seminggu Laura tidak pergi kerja. Dia dah tak kisah tentang kerjanya di pejabat.
Noti yang masuk dalam telefon pon dia buat tak nampak je. Call lgi lah dia buat pekak. Dia tak nak Mikael jejak dia. Buat pening je fikir si malaun singa tu"Lamanya Laura cuti. Bos kamu tak marah ke cuti panjang-panjang ni" mama Laura risau tentang kerja anaknya
"Tak kot ma"
"Kamu ni ada je. Kalau kena pecat macam mana? Dah lah sekarang kerja susah nk dapat"
laura hanya buat-buat tak dengar
Mama Laura ketuk kepala Laura
"Ouchhh, sakit lah mama" cemberut muka Laura setelah diketuk oleh mamanya sambil tangan menggosok kepalanya
"Haa tu lah padah dia buat tak dengar mama cakap. Sama je cam papa. Kejap lagi kamu pergi pasar beli barang mama nak masak untuk makan tengah hari. Hari ni papa balik awal"
_____________________________________
Laura tengok list barang yang dikirim oleh puan Elisa. Hmmm alang-alang dah ada dekat pasar, barang mama kirim pon semua dah beli so singgah lah kejap gerai dekat depan tu.
Dengan excited Laura berjalan dia terlanggar bahu seorang perempuan.
"Eh cik maaf. Maaf. Maaf silap saya" Laura meminta maaf berkali-kali sambil membantu perempuan tersebut untuk bangun
"It's ok. Sikit je" Perempuan yang Laura langgar mengangkat muka.
"Maisarah! Lama tak jumpa. Makin cantik sekarang" memang tidak dinafikan Maisarah sekarang semakin cantik dan bergaya tidak seperti zaman sekolah dulu yang selekeh
Laura perhati penampilan Maisarah. Woww! Beg, baju dan seluar semua dari brand yang mahal
"Perli diri sendiri ke. Kau apa kurang. Kau sekarang kerja dekat mana?"
"A- akk- aku sekarang tengah cari kerja" kata Laura sedikit janggal dan menggaru kepalanya
"Kau menganggur ke sekarang" tanya Maisarah sedikit pelik
"Tak de lah. Saja nak tukar selera"
"Kau tak pe ramai lagi yang nak ambil kau kerja. Ye lah kau kan cantik dan budak bijak sape je tak nak ambik." Kata Maisarah kepada Laura yang tersengih
"Btw ni card aku. Kalau apa-apa kau contact je aku dan bawah tu num Dato Afrizal kalau kau terdesak nak kerja call je dato tu" kata Maisara sambil mengeluarkan card business
Laura ambil tanpa banyak tanya sebab nampak Maisarah macam nak cepat je pergi. Asyik tengok jam di tangan. Mungkin ada kerja kot.
Tanpa Laura perasan dia diekori oleh seseorang
__________
"Laura tolong kacau kejap sambal dalam kuali tu jap"
Tanpa banyak cakap Laura menurut perintah tanpa bunyi
"Hmmm sedap nye bau. Masak apa hari suri hati papa dengan princess papa ni. Buka je pintu terus bau menusuk ke lubang hidung ni" kedengan suara Ghazali memuji bauan masakan
Puan Elisa berjalan ke suaminya lalu salam tangan dan ambil beg kerja
"Masak makanan favourite abang dengan anak kesayangan abang lah. Ayam masak merah"
"Laura... Tak sedap ke mama masak hari ni? Kuis je nasi tu tak makan pon" dari tadi lagi Ghazali perhati Laura yang termenung
Laura hanya balas dengan sedikit senyum lalu suap nasi ke mulut
Laura pening dan penat nak cari kerja. Dalam masa seminggu dia berada disini dia ada mencari pekerjaan dan temuduga. Tapi hampeh semua dia tak diterima. Dia ragu-ragu untuk menerima pekerjaan yang Maisara cakap pagi tadi.
"Mama, papa Laura tak de selera lah hari ni. Laura naik atas dulu. Goodnight mama papa" kata Laura lalu membawa pinggan dan basuh disink dan berlalu ke biliknya di atas.
Dengan pantas Laura mencapai card yang Maisarah bagi pagi tadi.
Tanpa melengah masa dia dial number Dato Afrizal.
"Tutt....tuttt" dengan dua kali deringan panggilan dia diangkat dan disahut
"Siapa ni" kedengan seperti suara lelaki yang berusia
"Ermm ni Dato Afrizal ke? Saya Nayla"
"Nayla? Ouh yang kawan Maisarah tu ke? Yang you perlukan job tu?"
"Ah ye saya"
"Nanti i send you message" kata Dato Afrizal sebelum menamatkan panggilan
Dalam masa 3 minit Laura menerima message
Dato' Afrizal
Besok pkul 8 malam datang ke Hotel TA. Ada meeting disana dibilik V097. Pakai baju cantik-cantik😘Laura terperasan emoji 😘 di akhir ayat. Apa ni tetiba je bagi emoji ni. Eeii geli siot. Tersalah hantar emoji kut.
___________________________________
"Aikk awal betol kamu bangun hari ni Laura. Mimpi apa semalam?" Perli Puan Elisa kepada anak perempuannya sambil menuang air ke dalam cawan si suami untuk sarapan.
"Morning mama papa" sambil Laura tarik kerusi untuk sarapan
"Bangun awal dan cantik-cantik ni nak pergi mana ni?" Tanya Tuan Ghazali kepada anaknya pelik.
"Hihihi ada hal sikit dekat luar" jawab Laura sebelum sumbat nasi goreng kedalam mulutnya
___________________________
Laura menuju ke kaunter pertanya dekat lobi hotel yang dimention semalam.
"Good morning cik. Ada apa saya bleh bantu?"
"Dekat mana eh bilik V097?"
Pekerja kaunter tersebut memandang Laura pelik
"Cik nak jumpa sape eh?" Tanya pekerja itu
"Dato Afrizal. Dia suruh saya jumpa dia disana"
"Cik boleh ikut pekerja lelaki tu. Dia akan tunjuk jalan ke bilik V097" pekerja kaunter tunjuk seorang lelaki yang berjalan menuju ke mereka
Lelaki tersebut hanya memandang Laura atas bawah dan pandangannya seperti seorang yang tak ada maruah.
Pada permulaanya Laura sedikit gerun pelik kerana lelaki tersebut dan pekerja di kaunter memandang semacam. Tapi Laura hanya berfikir positif dan buat tidak tahu.
Laura dan lelaki tersebut menggunakan lift VVIP. Dalam lift tersebut hanya ada mereka sahaja. Laura berada di belakang dan pekerja lelaki tadi berada di hadapan dekat dengan butang aras lift.
"Cik dah berapa lama kenal Dato?" Tiba-tiba pekerja lelaki itu bertanya
"Hah? Hurmm tak pernah jumpa pon. Kawan yang kenalkan" sedikit janggal
Keluar sahaja daripada lift. Laura hanya berjalan sorang-sorang kerana pekerja tadi hanya hantar sampai dalam lift sahaja.
Laura berjalan melepasi satu-satu pintu sambil memerhati number di pintu.
Tiba-tiba tangan Laura di tarik ke dalam bilik....
TBC.......
ayooo apa yang terjadi pada Laura?
Cuba korang teka sape yang tarik? Nak tau jgk korang syak sapa?
YOU ARE READING
Duda Hot
FanfictionRasa berdengung kepala Tengku Rayyan Mikael. Aira Sofia mmg dah buat kerja gila. Lantas, perkahwinan kali kedua terpaksa diatur. Kali ini Tengku Rayyan Mikael perlukan sesuatu utk membersihkan namanya. "Sebab kau bolehlah, aku pilih kau". ~ Mikael ...