DH 1

1.3K 64 0
                                    

Surat khabar dekat tangan dihempas ke meja. Kuat. Ikutkan hati, mmg melayanglah juga. Cuma akal dia masih ada. Takkanlah setiausaha dia yang tak bersalah itu pula hendak jdi mangsa?

Khadija terkulat-kulat memerhatikan tingkah laku majikannya. Bukan tak biasa tengok Mikael mengamuk, cuma kali ini amukan Mikael agak luar biasa.

"I nak you panggilkan Rafael masuk bilik I." Arah Mikael kepada setiausahanya dgn tanpa senyuman.

"Tapi, Rafeal..."

"Now, Khadija. Now!!" Jerkah Mikael tidak tertahan lagi. Terangkat bahu wanita itu sebelum dia keluar dari pejabat Mikael.

"Raf!" Jerit Khadija kuat sebaik saja ternampak Rafael masih belum beredar dari bangunan gah TA Holdings itu

"Kenapa, Khadija?" Soal Rafael terpinga-pinga.

"Bos panggil."

"Eh?"

"Just go, Raf. Dia mengamuk." Khadija nampak cemas sambil meramas tgn sendiri.

Sempat Rafael mencicip air seteguk sebelum dia sendiri menapak laju dengan debar yang menggila. Dia ada buat salah ke?

Sebaik saja pintu pejabat dikuak, melayang surat khabar tepat di kaki mingyu. Rafael bongkokkan tubuhnya sebelum tangan mengutip kembali surat khabar.

"Macam mana kau buat kerja, Raf?" Sergah Mikael. Pandangannya serius.

"Sa...sa.."

"Aku dah suruh kau perhatikan gerak-geri dia kan?"

"Memang saya dh buat. Sebelum puan..."

"Correction, Raf. Dia bukan isteri aku lagi." Nampaknya Mikael sangat tak suka dengan gelaran Rafael pada Aira, bekas isterinya semenjak mereka sah bercerai tiga bulan yg lalu.

"Maaf bos." Wajah Rafael tertunduk ke bawah.

"Aku tak nak jawab apa ii panggilan daripada pihak media. Tolong sediakan dua orang pengawal peribadi utk aku sbb aku yakin semua wartawan sekarang akan buru aku utk sahkan berita tu. I'm not ready for any press conference." Panjang lebar arahan Mikael.

Rafael jatuhkan kepala dia sekali tanda dia mengerti.
"Ada apa lgi, bos?"

"Bawa Aira jumpa aku malam ni. Apa sekalipun cara kau, aku nk kau heret dia sampai dapat." Mikael geram memikirkan fitnah yang Aira sebarkan untuknya.

'Ahli Perniagaan Tengku Rayyan Mikael Disahkan Mandul'

What were you thinking, Aira? Desis hati Mikael jengkel sebelum mata dia teralih pada bunyi bising di luar.

Yang jelas hanya bunyi seakan orang sedang bertengkar dan yang pasti suara itu semestinya milik staf wanita di TA holdings.

"Apa hal tu?" Soal Mikael kepada Rafael Rafael.

"Saya pergi tanya Khadija."

"Nope... no need, Raf. Kau uruskan kerja kau. Biar aku pergi tengok. Apa diorang ingat syarikat aku ni gelanggang gusti ke?!" Ujar Mikael seraya bangkit dari kerusi.

"What's going on be..." belum sempat ayat noktahkan, elok sebuah fail mendarat tepat ke mukanya

"Hah!!" Laura pekup mulut.

Nak terus minta maaf, bibir dia lumpuh bila pandangan menyinga Mikael hinggap pada matanya. Jujur, dia mmg sgt gerun!

"Laura!" Jerit Khadija pucat lesi. Tumpang cuak utk Laura Nayla.

"Sa...saya minta maaf, tuan saya tak sengaja." Bergetar suara Laura meminta maaf.

"Who is she??" Mikael soal Khadija disebelah.

"Staf baru." Tergagap-gagap suara irene.

"What are you doing here?!" Mata Mikael beralih pada wajah takut ii depan mata.

"Datang hantar fail..."

"I'm not talking with you, Khadija."

Terus wajah Laura yg menekur ke lantai lurus memandang Mikael

"Saya minta maaf. Saya datang nk hantar fail je."

"Kau hantar fail atau kau hempuk fail ke muka aku?" Sindir Mikael pedas.

Mikael memandang sekeliling, semua staf sedang memerhati dia.

"Pergi buat kerja you sekarang!" Bentak Mikael.

Laura tunduk kutip fail sblm tubuh dia sendiri dipaling utk melangkah. Belum pun sampai dua langkah, terasa lengannya dicengkam kasar oleh seseorang.

Oh, tolong jgn katakan yg tuan besar TA Holdings sedang halang laluan dia sekarang ini. No!

"Tu..tuan buat apa ni?" Tersekat-sekat ayat cuba diatur kemas.

"Ada aku suruh kau jalan?"

"Mulai hari ni kau bukan staf TA Holdings lagi," bisik Mikael penuh nada jengkel sblm tangan Laura di lepas kasar.

Nyaris tubuh Laura hendak melorot jatuh. Sebegitu terukkah salah dia pada mata lelaki itu?

Dia .... dipecat? OMG!

Chapter 1 done 👌
Maaf pendek sbb kurang idea

Duda HotWhere stories live. Discover now