Jeonghan berlari sambil menarik tangan Seungkwan dan Soonyoung yang termengah-mengah mengikut gerak kakinya. Manakala Joshua dan Jihoon menggelengkan kepala melihat ketiga rakan mereka yang seperti kanak-kanak riang baru dapat aiskrim. Atau lebih tepatnya hanya Jeonghan yang kanak-kanak riang, lagi dua orang terpaksa riang.
"Cepat Seungkwan, Soonyoung !Practice basketball dah nak start!" Ujar Jeonghan semangat sambil terus berlari kecil.
Seungkwan dan Soonyoung sudah menarik nafas dalam. Cuba untuk meneutralkan rentak jantung mereka yang berpacu tinggi kerana mengikuti langkah laju Jeonghan. Ini kalau Jeonghan masuk pertandingan maraton, sudah semestinya akan menjadi salah satu pemenang. Suka sangat berlari. Jangan lari dari masalah sudah!
"Han! Penat woii!" Jerit Seungkwan termengah. Keringat kecil sudah turun menyelusuri dahinya.
"Han...Mingyu kau tak akan lari punyalah. Penatlah woi berlari macam ni." Omel Soonyoung pula. Mukanya yang putih bersih sudah bertukar kemerahan.
Jeonghan ketawa. Dia masih tampak biasa walaupun sudah berlari dari fakulti mereka sehingga sampai stadium tertutup, tempat dimana pasukan bola keranjang universiti mereka selalu berlatih. Takut kalau tak lari, Mingyu si buah hatinya akan lesap. Katanya!
"Alah...Mana boleh aku lambat pergi latihan dia. Itu membazir masa namanya, setiap saat bersama Mingyu sunbae itu berharga tau." Ujar Jeonghan sambil tersengih.
"Gila." Seungkwan menjulingkan matanya kesal. Apa yang Mingyu sudah buat sampai Jeonghan tergila-gilakan dia lebih dari kawan baiknya itu menggilakan susu strawberi?
"Dah sampai. Hehe." Jeonghan melepaskan kedua tangan rakannya dan menepuk tangan gembira. Matanya sudah melilau ke arah gelanggang bola keranjang mencari sosok tinggi lelaki yang menjadi pujaannya semenjak semester lepas.
"Tu haa buah hati kau kat sana." Tunjuk Soonyoung ke arah hujung gelanggang dimana 4 orang pelajar lelaki duduk sambil berbual. Langsung tidak menghiraukan orang-orang disekeliling.
"Kenapa dia handsome sangat? Bila dia nak jadi buah hati aku yang betul-betul punya?" Ujar Jeonghan sambil memandang Mingyu dengan matanya sudah dipenuhi bentuk hati yang menonjol keluar. Matanya tidak lepas dari sosok tinggi Mingyu walaupun sedang ditarik oleh Seungkwan untuk duduk di kerusi penonton.
"Dalam mimpi Han." Balas Seungkwan selamba dan betul perkiraannya, Jeonghan sudah menjeling tajam ke arahnya manakala Soonyoung sudah ketawa terbahak-bahak. Suka sekali mengusik Jeonghan.
"Ish! Tak sokong kawan betullah kau ni, Kwan." Jeonghan memuncungkan bibirnya. Nasib baik comel, kalau tak dah lama Seungkwan tarik-tarik muncung tu.
"Bukan tak sokong Han sayang oii. Tapi kau tak penat ke kejar orang yang langsung tak pandang pun kau? Kau tu bukannya tak ada orang nak tapi sengaja buat-buat buta." Mulalah Seungkwan nak membebel dan Soonyoung disebelahnya sudah terangguk-angguk setuju dengan pernyataan lelaki yang punya pipi gebu itu.
Jeonghan membuat muka sedih. Lagi-lagi memuncungkan bibirnya tanda tidak suka dengan apa yang dikatakan Seungkwan sebentar tadi. Betul, apa yang Seungkwan kata itu semua betul tapi selagi dia boleh berusaha untuk mendapatkan hati Mingyu selagi itu dia akan berusaha. Sudah sampai masanya dia penat, lelah nanti, dia akan berhenti serta merta.
"Apa korang buat kat Han? Kenapa dia sedih? Dah macam tengok snowball tengah menangis." Ucap Jihoon yang baru tiba dengan Joshua. Kedua-duanya sudah mengangkat kening, bingung. Sampai-sampai saja, Jeonghan sudah macam anak kucing kena tinggal tepi jalan.
"Shuaaaa.... Kwan jahat!" Jeonghan memeluk pinggang Joshua dan menyembunyikan wajahnya diperut berkotak lelaki itu.
"Aw! Aww! Apa main cubit-cubit ni!" Seungkwan mengaduh kecil apabila dia mendapat cubitan dari Jihoon dan juga Joshua yang memandangnya tajam.

KAMU SEDANG MEMBACA
ENCANTAR
Fanfiction"Mingyu hyung ih! Bila hyung nak suka Hannie balik ? Penat tahu kejar cinta hyung (っ˘̩╭╮˘̩)っ" -Yoon Jeonghan "Aku tak akan pernah suka dan jatuh cinta kat kau. Cermin diri kau dulu."- Kim Mingyu "Sekali saja Han... Sekali je saya minta awak pandang...