6

38 3 0
                                    

Jeonghan menggigit hujung pen yang dipegangnya. Berfikir apa lagi yang perlu dilakukan untuk mendapat dana bagi program Angel's Haven Orphanage yang dipimpin oleh Kelab Sosial dan dianjurkan oleh pihak universiti sendiri. Dia mengembungkan pipinya kesal. Tadi dia sudah menanyakan beberapa kelab untuk bekerjasama, tetapi semuanya menolak walaupun sudah dijelaskan yang kelab mereka juga akan mendapat kelebihan.

"Han." Suara yang Jeonghan yakin milik kawan baiknya membuatkan dirinya berpaling dengan senyuman manis.

"Shua~."

"Kenapa ?Kau terlihat kesal sebentar tadi." Joshua melirik ke arah tompokan kertas dihadapan Jeonghan. Mahu tahu apa yang membuatkan sahabat manisnya itu kesal.

Jeonghan memuncungkan bibirnya sedih. "Tengoklah. Semua tak mahu bekerjasama dengan kelab kita." Bahunya mengendur turun, sedih yang kelabnya tak dipandang tinggi oleh kelab-kelab lain walaupun kelab mereka yang banyak menganjurkan program-program luar yang berjaya menarik perhatian orang untuk mengenali universiti mereka.

"Sudah aku agak yang mereka semua akan tolak...." Joshua menghela nafas perlahan. Dia mengusap rambut Jeonghan lembut untuk membuatkan sahabatnya itu tenang. "Eh. Sudah tanya Seokmin dan Jun hyung ?"

Jeonghan membulatkan matanya. Dia lupa! Lupa untuk bertanya pada adiknya dan juga Jun yang notabenenya merupakan ketua kelab bola sepak universiti mereka. "Lupa! Hehe. Sekejap... Nak chat Seokmin."

"Chat apa ?"

"Tanya dia kat mana je. Maybe sekarang dia tengah free, kalau ya. Kita boleh pergi tanya terus."

Joshua mengangguk. "Okay." Dia memandang sekeliling taman bunga fakulti yang menjadi tempat sahabatnya berfikir dari tadi sambil menunggu si rambut coklat selesai berbalas mesej dengan adik lelakinya.

"Shua... Seokmin menyuruhku pergi ke cafe fakulti engineering. Mahu ikut ?"Jeonghan bertanya sambil tangan mungilnya lincah mengemas kertas-kertas dihadapannya dan dimasukkan ke dalam beg sandang miliknya.

"Aku ikut jelah. Bosan kalau sorang-sorang, yang lain masih ada kerja."

"Okay.... Jom!"

꧁꧂

"Mengantuk gila aku dalam kelas tadi." Ujar Scoups sedikit tidak jelas kerana dia menguap sambil bercakap.

Hansol mencebik. "Mana tak mengantuk, orang lain tidur, kau sibuk push rank mobile legends." Kutuknya.

"Budak-budak pubg diam!"

"Kau lah diam. Noob."

"Korang boleh diam tak ?Sebelum mie kari ni hinggap kat muka kau berdua."Suara Mingyu yang tegas disertai dengan pandangan tajam lelaki tinggi itu membuatkan Hansol dan juga Scoups serta merta diam tidak berkutik. Mereka berdua cepat-cepat menarik pinggan masing-masing untuk mulai makan.

"Eh... Jap. Mana Hao ?" Tanya Scoups lagi bila menyedari yang Minghao tidak bersama mereka.

Mingyu menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. Sama juga dengan Hansol yang turut melakukan perkara sama.

"Keluar dari kelas tadi, dia terburu-buru. Maybe pergi toilet."

"Oh... Agaknya... Dah terbu---- Eh! Tu Hao!" Ujar Scoups setelah matanya dengan tidak sengaja memandang ke arah pintu masuk kafe. "Dia dengan Jeonghan?"

Hansol dan juga Mingyu mengangkat kepala dari pinggan makanan masing-masing selepas mendengar nama Jeonghan. Ekspresi muka dari Hansol dan Mingyu sangat berbeza, seorang sudah menunjukkan rasa kesalnya dan seorang lagi menyunggingkan senyum. Cuba teka siapa senyum, siapa kesal :)

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Oct 16, 2021 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

ENCANTAR Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang