4

41 2 0
                                    

Seokmin memandang kawannya yang tampak mengelamun sambil memegang pen. Dia mengerutkan keningnya bingung, Jun sakit ke apa? Sekejap-sekejap tersenyum lepas itu tersengih macam baru dapat anugerah orang paling kacak di dunia.

"Weh! Jun!"Lelaki berhidung mancung itu mencuit lengan Jun yang masih tersenyum seorang diri. Nasib baik kacak kalau tak sudah lama Seokmin lari keluar bilik. Seram weh senyum sorang-sorang!

"Yah! Kau ni kena sampuk apa senyum-senyum dari tadi?" Ujar Seokmin lagi sambil kali ini mencubit lengan kawannya itu. Tetapi kali ini dia berjaya membuatkan Jun keluar dari lamunannya.

"Huh? Apa?"Tanya Jun, bingung. Dia memandang Seokmin yang mengkerutkan dahi sambil memandang dirinya.

"Kau termenung apa sampai tersenyum sorang-sorang?Seram aku tengok, ingatkan kena sampuk dengan hantu air ke apa tadi." Omel Seokmin sebelum kembali menulis dan menampal nota kecil diatas buku yang dia baca dari tadi untuk projek berkumpulannya bersama Jun.

"Eh mulut kau...Haru betul. Tak ada apa-apalah, saja senyum time hati tengah bahagia sekarang ni." Jun ketawa kecil sambil mengjungkitkan bahunya selamba.

Seokmin memandang kawannya itu dengan riak geli. "Ni siapa yang buat kau galau macam ni? Ni mesti kau teringat kat someone kan?"Tanyanya bertubi-tubi.

"Kalau aku cakap abang kau yang buat aku macam ni, apa yang kau akan lakukan?"Tanya Jun balik sambil tersenyum lembut manakala Seokmin sudah memandangnya dengan riak wajah terkejut.

"Abang aku? Wait....Yang mana satu?Minki hyung?Hannie hyung?"Seokmin tampak berfikir sejenak sebelum dia menggidik ngeri."Tak mungkin Minki hyung, dia sudah ada Jonghyun hyung! Kau mahu cari mati namanya kalau nak usik Minki hyung. So....Hannie hyung?"

Jun senyum. Siapa lagi yang boleh buat dia senyum sepanjang hari kalau bukan Jeonghan.

Seokmin melototkan kedua matanya. "Kau suka Hannie hyung?! WHAT? NO!"

Jun melemparkan pen yang dipegang ke arah Seokmin. Geram.

"Perlahankan suara kau! Ish!Boleh buat aku malu kalau yang lain dengar." Jun mendengus, sudahlah bilik Jeonghan berselang satu bilik sahaja dari bilik Seokmin. Ada kemungkinan lelaki cantik itu dan kawan-kawannya akan terdengar suara Seokmin yang kuatnya kalah speaker masjid.

"Opps....Hehehe...."Seokmin tersengih."Tapi seriously, sejak bila?"

Jun mengjungkitkan bahunya lagi." Aku tak tahu. Mungkin time kau pertama kali kenalkan dia dekat aku?" Dia juga tidak tahu sejak bila dia suka Jeonghan. Yang dia tahu, tiba-tiba selepas bertemu Jeonghan buat kali kedua di universiti membuatkan dirinya terasa melayang di udara. Tiba-tiba rasa beribu kupu-kupu berterbangan dalam perut selepas Jeonghan tersenyum ke arahnya.

"Wah....Tapi bab Hannie hyung...Aku tak boleh biarkan kau lakukan sesuka hati. Dia permata hati family aku, orang yang paling kami lindungi. Kalau kau serious, tolong lakukannya dengan betul. Jangan sampai Hannie hyung terluka. Aku tak akan segan-segan menumbuk muka kau sampai bengkak berbulan-bulan." Jun tertegun sebentar dengan ucapan serius Seokmin. Tidak pernah-pernah kawannya itu setegas ini, asyik main-main sahaja. Betullah, Jeonghan amat penting untuk kedua saudara Yoon.

"Jangan risau. Buat masa ni, aku nak tetapkan hati aku dulu, betul ke tak aku suka hyung kau. Aku tak nak tiba-tiba berubah hati nanti. Selepas itu, baru akan mencuba mendapatkan hati Jeonghan. Aku minta izin, Seokmin." Jun senyum. Kali ini Seokmin yang tertegun, dia nampak keikhlasan dari mata Jun dan akhirnya dia mengangguk lambat-lambat.

"Baiklah. Aku pegang kata kau."

꧁꧂

"Eh...Mingyu sudah datang. Baru pulang dari practice ya?" Tanya lelaki separuh baya yang masih kelihatan tegap. Dia berjalan memasuki dapur kafe miliknya, disana ada Mingyu yang sedang mengadun tepung untuk membuat roti.

Lelaki muda dan tinggi itu mengangkat wajahnya dari adunan didepannya. Dia tersenyum. "Uncle Siwon....Maaf, datang sini tidak bagitahu dulu."

Uncle Siwon tersenyum lembut. Kafe in juga milik Mingyu, kenapa anak saudaranya itu bersikap seperti kafe ini bukan miliknya? "Ini kafe kamu, Mingyu-ah. Kamu boleh datang bila-bila masa."

"Sekarang kan Uncle yang urus, sudah semestinya Mingyu kena minta izin dulu."Mingyu tersengih.

Uncle Siwon menggelengkan kepalanya. "Ada saja alasan kamu. Kamu buat adunan roti apa?"Dia memandang gerak tangan lincah Mingyu. Tiada siapa yang tahu, sebenarnya kebanyakan roti-roti dikedainya semua dibuat oleh Mingyu. Anak saudaranya itu akan datang setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk membuat adunan roti dan membakarnya sendiri.

Hari yang lain, ada pastri chef mereka yang membuat jenis roti yang berbeza tetapi akan tetap ada roti dari Mingyu yang sudah siap adunannya. Pastri chef mereka hanya perlu membakar adunan roti tersebut pada hari lain selain tiga hari yang disebut.Hari ini, hari Selasa tapi stok roti Mingyu sudah habis, jadi lelaki tinggi itu datang untuk membuat adunan yang baru.

"Roti melon, Uncle." Mingyu tersenyum. Roti melon. Salah satu roti kesukaannya.

"Roti melon? Ah! Ini membuatkan Uncle teringat dengan budak lelaki yang selalu datang setiap hari untuk membelikan roti melon. Katanya untuk seseorang." Ujar Uncle Siwon sambil ketawa kecil. Setiap kali budak lelaki itu datang, mesti dia kan terus tersenyum dengan sendirinya.

"Oh ya?" Tanya Mingyu. Tidak tahu kenapa, fikirannya terus teringat kepada Jeonghan yang selalu memberinya roti melon walaupun tidak pernah dia terima. Ish...Tidak mungkin dia....Kafe ini kecil, tak ramai yang tahu.

Uncle Siwon mengangguk. "Budak lelaki tu manis betul dipandang. Cantik, sopan pula. Mesti beruntung orang yang dia bagi roti tu, mana tidaknya dapat roti dari orang secantik dan setampan itu."

Mingyu ketawa. "Mungkin orang yang dapat roti tu bahagia. Dapat makanan free setiap hari."

"Ish kamu. Apa salahnya terima dengan senang hati tanpa terfikir yang makanan itu percuma. Apa yang si pemberi akan rasa nanti kalau tahu yang kita terima hanya kerana percuma." Kata Uncle Siwon dan membuatkan Mingyu diam sejenak. Tidak tahu kenapa kata-kata bapa saudaranya menusuk kedalam hatinya.

'Kau tak payah nak rasa bersalah.....Terima pun tak roti dari budak tu. Mesti dia tak rasa apa-apa.' Fikir Mingyu sebelum menggelengkan kepalanya untuk menghilangkan perasaan tidak enak yang tiba-tiba muncul.

Bodoh.

Bahkan menerima pemberian orang atas alasan percuma, sudah cukup membuat si pemberi bahagia walaupun tidak tahu yang si penerima ikhlas atau tidak. Tidak terima pemberian ikhlas orang dan menolaknya terang-terangan bahkan yang membuat si penerima terluka dalam diam walaupun ada senyum dibibir.

Apa salahnya menerima dan membuatkan orang lain bahagia? Padahal, orang itu tidak meminta balasan apa pun. Lainlah, kalau si pemberi meminta balasan. Itu lain ceritanya.

Yang pasti, ada sedikit kebodohan dalam cara berfikir seorang Kim Mingyu....


ENCANTAR Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang