3

41 4 0
                                    

Jeonghan memainkan tangannya sambil menunduk. Sesekali dia menghembuskan nafas kecil seolah-olah ada beban berat yang menindih dirinya sekarang.

"Shua, Jihoonie....Aku hodoh ya ?"

Joshua yang memandu dan Jihoon yang memainkan telefon bimbit ditempat duduk belakang serentak memandang Jeonghan, nasib baik Joshua tidak menekan brek mendadak.

"Siapa yang bodoh dan buta sangat sampai kata kau hodoh ni?" Tanya Joshua tidak puas hati. Kalau nak di ikutkan Jeonghan adalah lelaki yang tercantik dan kacak yang pernah dia jumpa selama dia hidup dimuka bumi ini. Hiperbola memang.

"Betul tu. Kalau kau hodoh, aku dan Joshua apa? Batu tepi jalan?" Ujar Jihoon turut tidak puas hati. Dia tahu mengapa Jeonghan bertanya seperti ini. Tidak lain tidak bukan kerana si tiang elektrik a.k.a Kim Mingyu itulah.

"Ihhhh apa pulak korang jadi batu tepi jalan. Mestilah manusia sama macam aku juga!" Ujar Jeonghan sambil mengerucutkan bibirnya kesal.

"Perumpaan saja Han oii. Jangan pernah mempersoalkan kau punya visual. Bagi kami kau paling cantik, paling manis, paling kacak. Hmm...Kalau bab kacak tu sama level je dengan kitorang." Joshua membalas sambil turut menyelitkan sedikit gurauan.

"Kalau betul apa yang korang cakap, kenapa Mingyu sunbae tak pernah pandang aku?"

Jihoon menghembuskan nafas kasar. Kan betul apa yang difikirkannya tadi. Mesti sebab si tiang elektrik itu. Huh! "Mamat tu buta memang tak nampak yang indah bak berlian depan mata." Celetuk Jihoon membuatkan Joshua ketawa kecil dan Jeonghan yang mengerucutkan bibirnya lagi tanda tidak suka dia mengata Mingyu, si pujaan hatinya.

"Betul kata Jihoon tu, Han. Tak apa, teruskan usaha kau memikat hati dia. Mana tahu nanti dia dah tak buta." Ujar Joshua lagi sambil tersengih mengusik walaupun jauh didalam lubuk hati dia mahu Jeonghan berhenti mengejar Mingyu. Sudah berbulan-bulan Jeonghan mengejar tanpa mendapat balik balasan perasaannya.

"Ishh...Dia tak buta tahu!"

"Itu perumpamaan Jeonghan!" Ujar Jihoon dan Joshua serentak.

꧁꧂

Jeonghan berjalan ke dalam rumahnya diikuti dengan Joshua dan Jihoon dibelakangnya. Mereka berdua mahu bermalam dirumah Jeonghan hari ini, Seungkwan dan Soonyoung juga akan menyusul nanti selepas selesai dengan urusan mereka.

"Ada tetamu ye Han dirumah ?"Tanya Jihoon apabila melihat sebuah kereta Hyundai's Genesis berwarna hitam berkilau diparkir elok dihadapan pagar rumah Jeonghan.

"Eung ?Tidak tahu juga." Ujar Jeonghan sambil melihat kereta itu dengan pandangan bingung. "Mungkin kawan Minki hyung datang atau mungkin juga kawan Seokmin."

Joshua dan Jihoon mengangguk. Boleh jadi kawan adik-beradik Jeonghan datang mengunjung. Mereka baru sahaja melepaskan kasut masing-masing dan meletakkan dirak  kasut ketika pintu rumah Jeonghan dibuka dari dalam dan disambut dengan senyuman lebar Seokmin.

"Hannie hyung!" Seokmin memeluk abang keduanya erat seolah-olah sudah tidak bertemu selama bertahun-tahun. Padahal mereka tinggal serumah dan bertemu setiap hari.

"Urghh... Seokminnie!Lepas~."Rengek Jeonghan setelah merasa sedikit sesak dengan pelukan erat Seokmin.

"Tak mau. Hyung pulang lambat dari biasa. Seokmin ingat terjadi apa-apa dengan hyung." Seokmin memandang abangnya dengan pandangan memelas sambil mengeratkan pelukannya.

"Ihhh lepas~." Jeonghan memberontak dalam pelukan adiknya.

"Haih! Lepaskan Jeonghan, Seokmin." Ujar Jihoon setelah diam memerhati dari tadi dan menampar lengan Seokmin yang makin mengeratkan pelukannya sambil tersenyum lebar.

"Tak mau~ Hannie hyung is so squishy!" Ujar Seokmin ceria manakala Jeonghan sudah mencebikkan bibir bawahnya meminta tolong dari kedua-dua kawan baiknya yang tersengih memandang tanpa mahu membantunya.

"Korang buat drama genre apa ni kat depan pintu rumah hah?!" Sergahan Minki membuatkan Seokmin melepaskan pelukannya manakala Jeonghan berlari memeluk abang sulungnya sambil mengadu yang Seokmin mengusiknya lagi. Jihoon dan Joshua menyapa Minki dengan senyuman yang mana dibalas oleh lelaki itu dengan senyuman juga.

"Seokmin....Sudah berapa kali hyung bagitau jangan usik Hannie hyung kamu." Minki memulas telinga Seokmin membuatkan lelaki berhidung mancung bak pinocchio itu mengaduh. Jeonghan ketawa kecil melihat adiknya meringis sakit. Padan muka! Suruh siapa suka memeluknya erat-erat!

"Mianhae hyung... Seokmin tak boleh tahan dari mengusik Hannie hyung. Dia terlalu comel. Hehehe." Ujar Seokmin sambil tersengih tak bersalah selepas Minki melepaskan telinganya.

Minki menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja ulah adiknya yang seorang ini. " Sudah. Mari masuk...Tu kawan Seokmin seorang diri kat dalam." Ujar Minki sambil menarik Jeonghan masuk bersamanya manakala tiga lelaki yang lain menyusul dibelakangnya.

"Kawan Seokmin ?Siapa ?Jun hyung ?"Tanya Jeonghan bertubi-tubi setelah mendengar yang kawan Seokmin datang mengunjungi rumah mereka hari ini.

Seokmin mengangguk. "Ha'ah hyung. Jun akan menginap disini. Kami kena selesaikan assignment berkumpulan kami."

"Wah! Minki hyung mohon bersabar. Nampak gaya rumah hyung akan penuh malam ini." Ujar Joshua sambil ketawa kecil.

"Tunggu....Jangan kata yang Seungkwan dan Soonyoung pun akan menginap juga?" Tanya Minki dengan matanya membulat. Harinya tak akan tenang kalau Seungkwan dan Soonyoung datang. Mereka berdua suka menganggunya!

"Sad but true...Mereka akan datang nanti." Balas Jihoon sambil ketawa kecil. Tahu yang Minki akan pening kepala dengan tingkah hyper Seungkwan dan Soonyoung nanti.

"Oh my....Hari tenangku tidak akan tenang lagi..Ah! Tolong."Kata Minki sedikit dramatik.

Jeonghan dan yang lain ketawa melihat Minki yang sudah nampak hilang separuh dari jiwanya. Hyperbola memang!

"Eh? Jun hyung!" Seru Jeonghan apabila melihat Jun duduk disatu sofa diruang tamu rumahnya.

Jun yang sedang duduk sambil menyisip jus mangga berpaling sebelum senyumannya merekah dibibir tipisnya. Dia bangun berdiri dan menyambut Jeonghan yang berlari ke arahnya ke dalam pelukan hangatnya. "Hi Jeonghan-ah."

"Hi hyung. Sudah lama tidak jumpa." Kata Jeonghan selepas melepaskan pelukannya. Dia tersenyum lebar. Jun adalah salah satu kawan Seokmin yang rapat dengannya. Kenapa dia panggil Jun, hyung ?Ya...Jun memang kawan Seokmin, satu fakulti dengan adiknya itu tetapi umur Jun lebih tua setahun dari Jeonghan.

"Ekhem! Kami disini jangan buat-buat tak nampak pula." Ujar Jihoon selepas melihat Jun dan Jeonghan sibuk bersembang tanpa menghiraukan mereka berempat yang memerhati dari tadi.

"Eh...Haha. Hi Joshua, Hi Jihoon." Sapa Jun dengan senyuman tak bersalah.

"Korang ni. Sapa menyapa pula. Sudah-sudah...Ni mereka sudah datang, jom makan."

"Makanan. Akhirnya!" Ujar Jihoon sambil berjalan mengikuti Minki kearah ruang makan.

"Yeay! Minki hyung masak!"Kali ini Joshua pula yang berujar ceria. Suka sekali dengan masakan Minki.

"Pandai Hannie hyung pilih kawan, semua suka makan macam hyung." Titah Seokmin sambil ketawa dan mendapatkan cubitan dilengannya dari Jeonghan yang mengerucutkan bibirnya.

"Ish! Suka mengata hyung. Sudahlah, jom Jun hyung makan. Jangan hiraukan Seokmin." Jeonghan menarik tangan Jun yang ketawa melihat tingkah dua beradik dihadapannya itu.

"Hei! Jangan tinggal aku!"






















💛

A/n : Yeayyy! Finally Jeonghan jumpa Jun 😍

ENCANTAR Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang