1

58 4 2
                                    


"Adik sayang. Bangun! Nanti terlambat pergi kelas!" Seorang lelaki yang berambut hitam mengetuk pintu bilik berwarna coklat dihadapannya dengan sedikit kuat. Dia mengetuk sekali lagi sambil memanggil nama adik lelaki kesayangannya.

Dia tersenyum bila terdengar suara menyahut dari dalam bilik sebelum pintu bilik terbuka dan menampilkan adik lelakinya yang masih tampak mengantuk. Mata masih terkatup sebelah, manakala sebelah lagi digosok-gosok dengan gempalan tangannya.

"Morning adik Hannie." Dia mengusap lembut rambut berwarna coklat muda punya adiknya dan selepas itu mencubit perlahan pipi mulus orang didepannya. Sudah terbiasa setiap pagi dia melakukan itu kepada adik-adiknya. Terutamanya kepada adik lelakinya yang paling comel dan manja ini.

"Pagi Minki hyung. Hehe." Sempat pula dia tersengih kepada Minki. Nasib baik Minki sayang.

"Pergi mandi sana. Hyung tunggu dibawah dengan Seokmin. Jangan lama-lama bersiapnya." Omel Minki dan Jeonghan hanya mengangguk-angguk faham. Masih mengantuk sebenarnya.

"Okey! Hyung dengan Seokmin makanlah dulu. Nanti Hannie turun lepas siap." Jeonghan memberikan abang sulungnya senyum lebar. Dia ketawa kecil bila Minki memberikannya tatapan tajam supaya tidak melengahkan masa.

"Okey Yoon Jeonghan! Ayuh bersiap biar handsome. Mana tahu buah hati kau jatuh cinta kat kau hari ni." Dia tergelak dengan ucapan dirinya sendiri sebelum mengambil tuala yang tersidai disebelah pintu dan menghilang disebalik pintu bilik air.

꧁꧂

"Hannie hyung~ Morning!" Seokmin bangun dan memeluk erat Jeonghan sebelum mencium lembut kedua-dua pipi putih mulus abang keduanya.

"Morning too, Seokminnie." Jeonghan mengusap rambut hitam Seokmin dengan sedikit berjinjit kerana Seokmin lagi tinggi darinya.

"Makan dulu hyung."Pelawa Seokmin sambil berjalan ke arah peti ais untuk mengambil susu strawberi yang menjadi kegemaran Jeonghan setiap hari.

"Hari ni Seokmin drive atau hyung ?"Tanya Jeonghan lagi sambil menyuap scrambled eggs ke dalam mulutnya sehingga pipinya mengembung lucu.

"Biar Seokmin saja yang drive hyung. Hyung boleh duduk cantik disebelah nanti."Ujar Seokmin sambil ketawa kecil apabila melihat Jeonghan memuncungkan bibirnya kesal. Abang keduanya sangat comel dan sedikit kekanakan sampai kadang-kadang orang salah anggap yang Jeonghan itu anak bungsu bukan Seokmin. Sebab itu juga, Minki dan Seokmin sedikit posesif kalau melibatkan Jeonghan. Bukan.....Bukan sedikit tapi mereka memang sangat posesif.

"Nanti kita berhenti dekat kedai roti Uncle John macam biasa ye." Pinta Jeonghan. Dia wajib akan membeli roti melon di kedai roti Uncle John setiap pagi sebelum ke kelas. Katanya roti melon itu untuk buah hati dia. Salah satu cara dia untuk mengambil hati si buah hati walaupun masih tidak nampak hasil. Opps...

"Okay...Apa saja untuk hyung."

꧁꧂

Jeonghan celingak-celinguk dihadapan pintu masuk bilik kuliah di fakulti Engineering, sama sekali tidak menghiraukan pandangan bingung pelajar-pelajar Engineering. Mana tidak bingung, Jeonghan memakai baju khas pelajar sains. Mestilah mereka bingung, apa yang pelajar sains lakukan difakulti Engineering sedangkan fakulti Sains jauh dari fakulti mereka.

"Han... Sudahlah, kita akan terlambat. Jom pergi ke kelas kita sebelum Prof.Kim masuk." Lelaki berambut hitam yang tinggi sedikit dari Jeonghan menarik perlahan lengan kurusnya. Cuba menariknya pergi dari sana sebelum mereka betul-betul akan terlambat.

ENCANTAR Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang