"Apa tu?" Tanya Joshua bingung setelah dia mendengar jeritan datang dari arah kamar Seokmin. Jeonghan dan tiga yang lain turut terdiam.
"Itu suara Seokmin...Mungkin mereka lagi bergurau?" Ujar Jeonghan dengan muka polosnya. Dia kembali menyenderkan kepalanya di lengan Jihoon dan sambung menonton drama dari komputer riba dihadapannya.
"Yelah kut...." Balas yang lain lagi sebelum mereka kembali ke aktiviti masing-masing. Joshua dengan membuat gelang manik kesukaannya, Jihoon tidur disebelah Jeonghan dengan lengannya dijadikan batal oleh Jeonghan. Seungkwan dan Soonyoung masing-masing membaca novel dan memainkan game online.
"Esok nak bagi roti melon lagi ke untuk Mingyu sunbae?" Tanya Jeonghan perlahan. Seolah-olah bertanya kepada diri sendiri. Tapi yang lain turut mendengar, bahkan Jihoon membuka sebelah matanya setelah terdengar Jeonghan menyebut nama Mingyu.
Joshua melihat ke arah Jeonghan yang tampak berfikir. Dia menghelakan nafas. Bila Mingyu nak balas perasaan sahabatnya itu? Ada kemungkinan ke Mingyu akan suka Jeonghan balik? Mingyu tampak tidak suka dengan kehadiran Jeonghan sekarang ini. Apa kurangnya Jeonghan? Sahabatnya itu sangat manis, cantik dan kacak. 3 in 1 pakej lengkap!
"Apa tidak penat hari-hari bagi roti melon pada Mingyu? "Celetuk Jihoon sambil menutup matanya kembali. Sungguh, dia tidak suka dengan Mingyu. Baginya, lelaki tinggi itu sangat sombong dan tidak berperasaan. Jauh berbeza dengan Jeonghan mereka yang manis, polos dan baik hati.
Jeonghan menggeleng sambil berpusing untuk memeluk Jihoon dari samping. "Kalau untuk Mingyu sunbae, tak akan pernah ada rasa penat. Hehe.'' Dia ketawa kecil dan berbeza dengan rakan-rakannya yang mendengus tidak suka.
"Whipped. Urgh." Seungkwan dan Soonyoung serentak mendengus. Jelas sekali tidak suka ketika Jeonghan membahas tentang Mingyu.
"Daripada sembang pasal si tiang elektrik, lebih baik kita cari idea untuk program Angel's Haven nanti." Ujar Joshua cuba untuk mengalihkan topik pembicaraan mereka. Jujur, dia juga sama dengan tiga rakannya yang lain, tidak suka membicarakan Mingyu!
"Eh... Lupa pasal program ini. Hehe." Ujar Jeonghan sambil melepaskan pelukannya dari perut Jihoon. Dia duduk disebelah Jihoon yang masih berbaring.
"Ish! Dalam kepala kau Mingyu je. Mana nak ingat benda lain." Ujar Seungkwan sambil menjulingkan matanya kesal.
Jeonghan ketawa kecil. "Hehe. Aku tak lupa sepenuhnya lah pasal program ni."
"Baguslah kalau macam tu. So, how your attempts to get a donation from our university?"Ujar Jihoon. Dia
beringsut perlahan mendekati Jeonghan dan memeluk pinggang ramping sahabatnya itu."Instead of donations, they give us an idea to make others students join the program too."
"Huh? Maksudnya ?"Ujar Soonyoung setelah seminit dia berdiam diri.
"They want asked to do collaboration with others clubs too. Its kinda nice right? Sekurang-kurangnya Angel's Haven orphanage akan dapat perhatian lebih selepas ini." Jeonghan tersenyum. Dia sudah mengira, lebih ramai yang terlibat dengan program ini, mungkin mereka akan mendapat banyak dana lebih dari apa yang kelab mereka rancangkan sebelum ini. Lagipula, setiap kelab yang terlibat akan mendapat merit dari universiti mereka juga kerana program ini termasuk dalam anjuran pihak universiti. Win-win situations.
Joshua dan Seungkwan bersorak kecil. " Betul juga! Sekurang-kurangnya, ramai akan tahu tentang Rumah Sinar Kasih nanti."
"Betul tu. Kita juga akan senang dapatkan dana dan sponsor nanti." Sokong Joshua.
"Tapi.... Macam mana nak pujuk kelab lain untuk turut serta? Tak ada kelab lain join, sama saja dengan kita tak dapat apa-apa donations." Ulahan Soonyoung berjaya membuat yang lain terdiam. Ini yang mereka tak fikirkan sebentar tadi.
KAMU SEDANG MEMBACA
ENCANTAR
Fanfiction"Mingyu hyung ih! Bila hyung nak suka Hannie balik ? Penat tahu kejar cinta hyung (っ˘̩╭╮˘̩)っ" -Yoon Jeonghan "Aku tak akan pernah suka dan jatuh cinta kat kau. Cermin diri kau dulu."- Kim Mingyu "Sekali saja Han... Sekali je saya minta awak pandang...