Bab 2

568 16 11
                                    

Ring! Ring! Ring! Bunyi telefon bimbit berbunyi nyaring mencelah kesunyian menandakan belum ada seorang manusia pun yang terjaga dari tidur pada waktu itu. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan suara sumbang katak – katak dibelakang ruJah saja yang kedengaran. Ada juga bunyian ayam jantan yang mengkokok pada masa embun menitis ke daun. Encik Salleh masih dalam keadaan mamai sambil tangannya tercari - cari telefon bimbit miliknya di atas meja solek Puan Tijah. Encik Salleh melihat jam dinding yang disangkut pada pertengahan dinding bilik kamar dia dan Puan Tijah. Jam menunjukkan sudah masuk jam 2 pagi lebih. Sebalik saja butang hijau menjawab di tekan, kedengar suara lunak dan manja seorang wanita kedengaran di corong telefon bimbit miliknya.

"Kenapa darling tak balik ruJah kita? Len rindulahhh ...." Mata Encik Salleh terus terbuka luas setelah mendengar suara si empunya suara.

"Errr errr ... Sekejap lagi abang datang ok darling?" Encik Salleh pula bernada romantis dan perlahan.

"Cepat tau! Jangan lama - lama. Bye - bye, darling. Len tunggu." Talian di matikan.

Encik Salleh segera bangun dan terjun dari katil. Encik Salleh terus berjalan menuju ke arah almari pakaian. Setelah selesai menyarung pakaian ala kadar, tanpa menyikat rambut dan berlengah Encik Salleh mencapai kunci kereta Viva dan telefon bimbitnya. Perlahan - lahan Encik Salleh memulas timbul pintu dan membuka pintu bilik tidur dengan pelahan - lahan. Engsel pintu yang sudah berkarat mengeluarkan bunyi. Serta - merta mematikan langkah Encik Salleh. Mata Encik Salleh terus memandang ke arah kiri ruangan ruJah yang sederhana besar itu. Di penjuru kiri terletaknya bilik tidur Larry. Pintu bilik masih tertutup rapat. Di pandang pula di bawah ruangan pintu, masih kelihatan suram. Tiada langsung menunjukkan penghuni dalam bilik itu terjaga daripada bunyian engsel pintu itu tadi. 'Huh! Nasib baik orang tua tak guna itu tidak tersedar. Kalau tak, kecoh satu kawasan kampung ini.' Bebel Encik Salleh dalam hati.

Encik Salleh sekali lagi mencuba untuk menutup semula daun pintu bilik kamar utama itu. Sekali lagi bunyi engsel pintu yang berkarat berbunyi. Encik Salleh mengetap bibir dan memandang semula ke arah pintu bilik tidur Larry. Ini bukanlah kali pertama dia keluar seperti seorang pencuri. Malah sudah berkali - kali dia keluar dari ruJah tanpa pengetahuan Puan Tijah dan anak - anaknya. Kadang - kadang terkantoi juga dia dengan Puan Tijah dan sebab hal itu jugalah dia dan Puan Tijah selalu bertengkar sehinggakan jiran - jiran campur tangan untuk meleraikan mereka berdua. Encik Salleh seolah - oleh terleka mengenangkan kejadian demi kejadian yang dia lakukan terhadap keluarganya. Bukan niatnya Jahu menduakan Puan Tijah tetapi daya tarikan Lenny tidak dapat ditolak. Dia tetap kalah dengan wanita bernama Lenny itu. kucing mana yang lari apabila ikan di depan mata.

Tanpa diduga, telefon bimbit Encik Salleh berbunyi nyaring sekali lagi. Encik Salleh terlompat sedikit, terkejut yang teramat. Silapnya juga terlupa mematikan telefon bimbitnya ataupun meletakkan saja telefon bimbit itu dalam 'silent mode'. Dia mengutuk - gutuk dirinya. Encik Salleh terus menekan butang berwarna merah untuk mematikan telefon bimbit dan menyimpannya semula ke dalam poket seluarnya. Dada berdebar - debar bagaikan baru saja tamat menyertai acara olahraga 100 meter. Tanpa berlengah, Encik Salleh terus mengambil sepatunya di rak terletak di penjuru pintu utama. Encik Salleh dapat merasakan bahawa 'isi penghuni' ruJah sudah pun menyedari akan 'kehadirannya'. Tanpa sempat Encik Salleh memulaskan timbul pintu utama, Puan Tijah sudah menarik belakang baju Encik Salleh dengan kasar dari arah belakang.

"Nak pergi jumpa betina tidak guna tu ke?" Mata Puan Tijah memandang tepat ke arah Encik Salleh. Encik Salleh terkelu tak terkata. Kali ini dia terkantoi dengan isterinya.

"Amboi ... bukan main lagi awak ye? Sanggup berjaga tengah - tengah pagi membuta gara - gara nak jumpa sundal tu? Dah pandai tahap sanggup berkorban apa sajalah nie? Habis saya ini apa? Patung ke? Awak boleh buat sesuka hati? Bila agaknya awak nie nak berubah ya? Awak masih tak sedar ke? Kubur sudah memanggil – manggil tau. Ubahlah perangai tu." Pak Salleh tidak mengedahkan leteran Puan Tijah. Langkahnya nekad diteruskan. Fokus utama ialah Lenny.

Kerana SihirWhere stories live. Discover now