Bab 6

430 15 5
                                    

Puan Bungsi duduk bersila sambil mulutnya terkumit – kumit membaca bentera. Lama dia berkeadaan begitu. Entah bahasa apa yang diguna oleh Puan Bungsi pun Lenny tidak tahu. Sebuah mangkuk besar dipenuhi air kosong dan ditabur bunga – bungaan dari pelbagai jenis. Lenny hanya duduk di sebelah ibunya. Sesekali Lenny membantu ibunya untuk menambah kemenyan apabila asap kemenyan pada bekas kemenyan Puan Bungsi kurang berasap. Puan Bungsi mengambil sebotol kecil di dalamnya ada mengandungi sejenis minyak berwarna kehitaman. Bila dibuka penutup botol minyak tersebut akan mengeluarkan wangian yang sukar ditafsirkan. Puan Bungsi menuang setitik minyak di dalam botol kecil itu ke dalam air mangkuk besar di depannya. Bau wangian menyapa hidung Lenny dan memenuhi ruang bilik yang sederhana besar itu. Bilik dibawah tangga dijadikan tempat Puan Bungi dan Lenny 'bertapa'. Bulik itu sengaja dikunci 24 jam. Hanya waktu tertentu saja boleh masuk ke dalam bilik itu. Encik Salleh sendiri tidak pernah masuk ke dalam bilik itu sejak membeli dan pindah ke rumah perumahan mereka. Jika sudah Lenny melarangnya masuk, Encik Salleh tidak lagi mempersoalkan hal bilik tersebut. Baginya itu perkara remeh dan bilik itu tidak penting baginya. Biarlah ...

Lenny terkejut apabila bahunya seperti si sentuh seseorang. Ditolehnya ke belakang, tiada sesiapa. Lagi terkejut apabila Puan Bungsi merenungnya tajam.

"Jangan kau ganggu anak aku!" Lenny menoleh ke kirinya. Tiada sesiapa di situ.

"Sekarang, aku mahu kau pergi ke rumah Tijah Anak Jermai. Ikut apa yang telah aku suruh." Puan Bungsi meniup sesuatu ke dalam mangkuk besar dan mulutnya mula berkumit – kumit tanpa henti. Lenny hanya memerhatikan saja tingkah laku ibunya itu. Yang penting baginya, harta Tijah harus menjadi miliknya. Ya, HARUS!!!

30 minit berlalu ...

"Mak!!! Panas mak! Panas!!! Tolong!!!! Arrrghhh!!" Lenny terkaung – kaung sambil berlari – lari mengelilingi bilik yang sederhana besar itu. Berlari – lari, ada juga Lenny terjatuh tersungkur. Puan Bungsi yang sedang duduk bersila dihadapan sebuah mangkuk besar hanya memandang kosong. Mulut Puan Bungsi terkumit – kumit sambil matanya meliar – liar merenung tajam ke arah setiap ruangan penjuru bilik itu dan mengawasi setiap tindak tanduk Lenny. Asap kemenyan memenuhi ruang bilik. Kalau orang tak biasa dengan keadaan begitu memang terbatuk dibuat asap kemenyan. Entah – entah pengsan akibat sesak nafas.

"Sakit makkkkkk, sakitttt!!!" Lenny berteriak sehabis suara. Matanya terbeliak bagaikan hendak terkeluar dan wajahnya pucat bagaikan hidup tidak berdarah. Sungguh terseksa jasad Lenny ketika itu.

"Makkkk!!!!!" Suara Lenny berubah menjadi garau. Tiba – tiba Lenny mematikan pergerakkannya. Lenny berdiri kaku. Wajah ditundukkan. Bagai merenung hujung jari kaki sendiri. Tangan diluruskan disisi badan seperti orang kawad kaki berdiri tegak dan belakang badan di bongkokkan sedikit. Puan Bungsi tetap meneruskan membaca benteranya. Mata Puan Bungsi merenung tajam ke arah Lenny.

"Hihihiiiiii ....." Suara garau mengeluarkan ketawa sulungnya. Seolah - oleh seperti mengejek. Kepala diangkat sedikit. Perasaan Puan Bungsi menjadi gementar dan takut apabila melihat biji mata anaknya bertukar putih. Tiada lagi kanta mata hitam. Memang sah! Orang lain di dalam badan Lenny.

"Hiiiiii ahhhhhaaaaaaahahahahaaaaa" Suara si suara garau semakin galak ketawa.

"Adakah engkau masih belum mengalah wahai orang tua? Hihihiiiii ....." Soalan pertama si suara garau.

"Bukankah aku menyeru nama kau ada kegunaannya?" Puan Bungsi cuba berdolak - dalih.

"Aku dah mati tetapi kau menyeruku. Kau menyeru semua keterunan ku dan aku yang kau bangkitkan dari kubur. Dan kini, kau pergunakan aku wahai orang tua durjana." Si suara garau seolah – olah bernada kesal.

Kerana SihirWhere stories live. Discover now