Bab 10

166 7 0
                                    

Bulan Mac sudah tiba ke penghujung. Tepat pada hari ini, keputusan SPM akan diumumkan. Lina awal – awal lagi sudah keluar dari rumah untuk ke sekolah. Terlampau teruja katanya. Dari kejauhan Lina tersenyum girang. Masuk saja ke rumah, dia terus memeluk Puan Tijah dan Puan Mit. Larry yang sedang membuat kerja sekolah hanya memandang sekilas sebelum dia menundukan wajahnya semula.

"Nek, mak ... Ini keputusan SPM Lina." Dengan senyuman tidak lengkang dari bibir. Lina terus menyuakan sehelai kertas kepada Puan Mit dan Puan Tijah. Puan Mit mengambil saja kertas slip keputusan SPM Lina tanpa mengenali huruf – huruf yang ada pada dada kertas. Dibelek – beliknya dan akhirnya disuanya pada Puan Tijah. Lina sudah ketawa melihat reaksi neneknya itu. Lucu.

"Ish mak nie. Macam dalam cerita P. Ramlee pula. Hahahaha.." Puan Tijah meneliti setiap gred markah yang ada di situ.

"Wah! Tahniah Delina! Mak bangga dengan kejayaan kamu ini. 7A, 2B la mak ... " Larry yang mendengar suara Puan Tijah terus meluru ke arah emaknya.

"Wahh ... pandainya kakak!" Itu saja yang mampu terluah dari mulut si Larry.

"Terima kasih, adikku sayang. Kamu pun kena belajar rajin – rajin tau. Supaya dapat semua A dalam ujian nanti. Jangan macam kakak yang ada B tu, okay?" Larry hanya senyum dan menganggukkan kepala.

"Nek juga mengucapkan tahniah kepada kamu." Puan Mit memeluk cucunya itu.

"Lina sambung belajar kat mana nanti?" Puan Tijah mula bernada keberatan. Tidak mahu berjauhan dengan si anak. Satu – satunya anak perempuan yang dia ada. Dan Larry juga satu – satunya anak lelakinya.

"Entahlah mak. Lina belum terfikir lagi. tengoklah surat tawaran nanti macam mana." Puan Mit memandang wajah anaknya. Memahami isi hati si anak.

+++++

Pada malam itu, setelah selesai makan malam. Semua orang mengikut haluan masing – masing. Lina dan Larry masih di dapur. Basuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Puan Mit dan anaknya, Puan Tijah duduk diberanda rumah.

"Kau kenapa Tijah? Dari tadi ibu tengok kamu gelisah semacam. Ibu nak makan tadi pun susah hati melihat kamu." Puan Tijah terkejut. Kuat betul naluri ibunya.

"Saya teringatkan Lina tu, ibu" Puan Tijah mengeluh.

"Kenapa?" Puan Tijah mengeluh lagi.

"Kalau Lina sambung belajar jauh – jauh nanti. Siapa nak tengok – tengokkan Larry tu? Larry tu bukan besar sangat. Belum pandai berdikari lagi. Saya ini pula perlu keluar untuk mencari rezeki. Kalau tidak, mana ada tempat kami bertiga menumpang rezeki. Ibu pula akan pulang ke kampung tak lama lagi. mmm." Puan Mit memegang tangan anaknya. Cuba menyaurkan semangat.

"Kamu jangan risau. Ibukan ada. Ibu tak akan balik kalau macam tu. Ibu akan jaga Larry. Kamu jangan risaulah." Wajah Puan Tijah sedikit ceria.

"Habis macam mana dengan ayam – ayam dan dusun ibu di sana? Ala ... jangan risaulah. Ayam – ayam tu nanti, ibu suruh saja si Aldrin tolong jualkan dan sebahagiannya sedekahkan saja ke rumah sekolah di sana. Dusun tu biar Aldrin yang jaga. Baik budak tu, kamu jangan risaulah. Ibukan ada terima e-kasih setiap bulan. Dapat juga ibu tolong kamu nanti." Kedua – dua beranak itu berbalas senyuman.

"Terima kasih ibu." Puan Tijah senyum manis. Baru berasa lega hatinya.

+++++

Malam keesokkan harinya ...

Malam itu mereka sekeluarga makan malam bersama – sama. Larry sudah lama meninggalkan meja makan. Lina mengemas meja makan di bantu oleh Puan Tijah. Tiba – tiba Puan Mit berlari ke singki lalu muntah. Lina ke singki sambil mengurut – ngurut belakang neneknya.

"Nenek kenapa nie?" Lina bertanya dalam nada kerisauan.

"Ibu, tak berapa sihat ke?" Puan Tijah cepat – cepat menuang air suam ke dalam gelas lalu disua ke ibunya.

"Ibu baik saja. Entah mengapa tetiba ibu rasa hendak muntah." Puan Mit bersuara dalam nada yang lemah.

"Entah – entah kari ayam yang Lina masak tadi terlalu berlemak kot. Kau bubuh banyak santan tak dalam lauk kari tadi, Lina?" Lina hanya mengelengkan kepala.'Ada ke patut?' Berkecil hati pula Lina tetapi dipendamkan saja.

"Eh! Kamu ini Tijah. Bukan pasal makanan. Makanan hari ini sedap sangat, Lina. terima kasih ya, cu." Puan Mit tersenyum manis. Lina hanya membalas sebaik mungkin.

"Habis tu?" Puan Tijah masih tidak berpuas hati.

"Entahlah, Tijah. Tetiba bahagian bawah leher ibu ini sakit sehinggakan tekak ibu tidak mahu menerima makanan." Puan Mit meneguk air suam sehingga habis.

"Tak mengapalah nek. Jom Lina bawa nenek berehat di atas. Jom nek." Lina memegang tangan neneknya. Mengajak ke bilik kamar.

"Hah. Elok juga tu Lina. Bawa nenek kamu ke bilik. Biar mak yang kemaskan dapur nanti. Pergi bawa nenek kamu tu." Arahan Puan Tijah harus dipenuhi. Lina mengangguk lemah.

Kerana SihirWhere stories live. Discover now