Bab 4

387 16 0
                                    

Puan Tijah terkejut! Sebuah kereta menyusuri pelahan ke halaman rumah menarik perhatian Puan Tijah. 'Apa pula mimpi orang tua ini ke mari?' Dicubit dirinya sendiri. Mungkin dia sedang bermimpi. Aduh! Terasa sakit pula bahagian kulit yang dicubit. Digosok – gosok Puan Tijah kulit mata, masih juga melihat pandangan yang sama. Sah! Ini adalah realiti. Perlahan - lahan kereta Perdua berwarna putih itu masuk ke dalam halaman rumah. Hati tuanya terasa tidak tenang. Bagaikan dapat merasai sesuatu perkara buruk bakal terjadi terhadap dia dan anak - anaknya. Entah kenapa dia rasa begitu. Kalau perempuan lain pun akan merasai perasaan yang serupa. Mana mungkin bekas suami sudah sekian lama tidak bertandang ke rumah, nak jeguk anak pun susah. Ini mesti ada 'sesuatu'. Encik Salleh membuka pintu keretanya perlahan. Terasa berat kakinya berkg, kg. Dalam hati Encik Salleh memang terasa malas dan tak reda hendak datang semula ke rumah yang telah ditinggalkan olehnya dulu. Pak Salleh memandang – mandang ke halaman rumah. Dari halaman rumah, pandangan Pak Salleh pula beralih ke pintu utama rumah papan Puan Tijah dan anak – anaknya itu. nampak sangat usang. Wajah Encik Salleh tiba - tiba saja berubah apabila terlihat akan wajah Puan Tijah di pintu utama. Kalau bukan kerana di paksa oleh Lenny dan mak mertuanya siang tadi, jangan harap dia hendak datang ke situ. Dia datang pun bersebab. Dia bersetuju dan nekad akan melakukan 'perkara' yang disuruh oleh isteri dan mentua kesayangan Encik Salleh. Encik Salleh melabuhkan punggungnya di kaki tangga.

"Apahal awak datang lagi ke rumah saya ini? Berani awak datang ke sini ya?" Puan Tijah hanya menegur dengan kasar dari pintu utama. Malas dia nak beramah mesra dengan bekas suaminya itu. Tidak berani dia melangkah dan menghampiri Encik Salleh. Sejak mereka berpisah tiga tahun yang lalu, Encik Salleh langsung tidak pernah datang untuk menjenguk anak - anaknya. Beri duit belanja pun tidak kepada anak – anak. Terpaksa Puan Tijah mengerah tulang empat keratnya untuk menyara keluarga. Malas dia nak melaporkan Pak Salleh tidak menjalankan tanggungjawabnya setelah bercerai. Puan Tijah sebenarnya tidak mahu berjumpa lagi dengan Pak Salleh. Memandang wajah orang tua tu pun dia tak sudi. Kini sudah hampir keempat mereka bercerai, barulah Encik Salleh datang ke rumah. Mana tidak menjadi persoalan dalam benak fikirannya.

"Aku datang bukan nak melawat engkaulah perempuan tua. Aku datang nak jumpa anak - anak aku. Salah ke?" Encik Salleh menjawab dengan keras namun nadanya masih perlahan. Puan Tijah membesarkan mata. 'Aikk ... Dia yang datang ke rumah orang, dia pula angin satu badan.' Puan Tijah menggelengkan kepalanya.

"Linaaa ... Larry .... ayah datang ini!!!!" Terpekik - pekik Encik Salleh di kaki tangga.

"Yang awak terpekik terlolong ini kenape? Dah tak ingat anak sendiri ke? Hari ini hari apa awak nak jumpa mereka? Eh bukan selama ini awak memang tidak kisah ke dengan mereka? Nampak Lina je awak pukul. Nampak Larry je awak terajang. Takkan sekarang awak tak bahgia kot dengan bini baru awak tu? Dah tiga tahun lebih awak tak jenguk mereka. Bagi duit? Pui! Itu jauh sekali. Jangan – jangan isteri kesayangan awak tu suruh awak datang sini dan awak hanya jadi pak turut. Kesian!" Hati Puan Tijah terasa tiba - tiba sakit apabila ditengking oleh Encik Salleh tadi. Datang tak diundang, tak pandai malu betul. Ingatkan pandai malu, rupanya ... sama macam pokok kayu kat halaman rumah nie. Si kayu juga menjadi mangsa.

"Hoi orang tua! Kau jangan nak buat aku naik marah. Sekali aku lempang boleh mati engkau tu. Hoi orang tua! Kau ingat aku bodoh ke? Semua harta dalam rumah ini aku yang punya tau! Aku yang beli! Kau tu apa yang kau ada? Hah? Dahlah tak ada kerja, mengharapkan aku semua yang tanggung. Entah - entah mati nanti pun masih nak menyusahkan aku juga." Puan Tijah cuba menyabarkan hatinya. Diurutnya perlahan - lahan dadanya. Bersabar itu besar pahalanya.

"Jangan - jangan awak tu yang menyusahkan saya dan anak - anak nanti. Iyelah, isteri awak tak nak awak tu kosong aje kan? Sebab tu dia suruh awak datang ke mari. Entah – entah awak nak hantar benda yang tak baik. Sudahlah Salleh, cukup – cukuplah awak buat kami menderita. Awak dah bebas sekarang. Jadi jangan ganggu kami lagi. Saya merayu pada awak, Salleh." Seperti terkena renjatan elektrik Encik Salleh. Matanya terkebil - kebil mendengar kata - kata sindir Puan Tijah. Kata - kata Puan Tijah adalah benar - benar belaka. Memang tepat kena batang hidung Encik Salleh.

"Buang masa saja aku datang ke sini! Pui!" Encik Salleh yang terasa malu dan tersindir dengan kata Puan Tijah tadi terus berjalan menuju ke arah kereta.

"Kau jangan ingat kau senang dan tenang, Tijah. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal suatu hari nanti, Tijah! Kau tengoklah nanti apa yang aku buat pada engkau orang beranak! Jangan kau hairan!" Sambil Perdua Viva milik Encik Salleh bergerak laju. Hampir saja salah seorang penduduk kampung yang berjalan berdekatan dengan halaman rumah Puan Tijah terkena batu jalan yang terpelanting akibat kenderaan yang di pandu laju oleh Encik Salleh.

Rumah Perumahan Kidurong, Bintulu, Sarawak. Encik Salleh keluar dari perut keretanya. Lenny dan Puan Bungsi, ibunya terus berebut - rebut ke pintu utama. Sampai berlangar – langgar mereka berdua berebut - rebut untuk menemui Encik Salleh. Encik Salleh hanya memandang sambil mengeleng - gelengkan kepalanya melihat sikap kebudak - budakan isteri dan ibu mertuanya itu.

"Hah Salleh. Macam mana tadi? Kau dah letak ke tak seperti yang mak suruh?" Dua pasang mata memandang tepat ke arah wajah Encik Salleh. Encik Salleh seperti keberatan untuk membuka mulut.

"Dah mak. Saya letak minyak yang mak bagi saya tadi di bawah gigi tangga Tijah tadi." Encik Salleh berjalan menuju kerusi rotan di ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya.

"Hah! Bagus Salleh! Kau memang boleh diharap! Kau letak dibahagian mana tadi?" Bibir Puan Bungsi bagaikan mengukir senyuman puas.

"Saya sapu minyak itu kat bahagian tengah tangga seperti mana yang mak pesan." Senyuman Puan Bungsi bertukar menjadi ketawa kecil.

"Eh kejap, kejap, kejap ..." Lenny melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi rotan berhampiran dengan Encik Salleh. Puan Bungsi memandang hairan. Puan Bungsi melabuhkan punggung di sebelah anaknya. Encik Salleh bagai dapat meneka butir bicara Lenny yang seterusnya.

"Apa yang Len dan mak suruh abang curi tadi sudah tak?" Perkataan 'curi' itu membuatkan Encik Salleh tak senang duduk.

"Eh ya la. Lupa pula mak pasal tu. Macam mana Salleh? Kau dah ambik ke tadi?" Giliran Puan Bungsi pula yang menjadi penyoal.

"Errr ...yang tu saya belum laksanakan mak sebabnya si Tijah terus muncul di pintu jadi saya tidak ada kesempatan untuk ke belakang rumah." Encik Salleh hanya memandang hujung kakinya sendiri.

"Laaaaa kan Len ....." Belum sempat Lenny menghabiskan ayatnya, Puan Bungsi dah memintas.

"Tak mengapalah. Esok kamu boleh lakukan. Esok kamu intai - intai saja si Tijah tu. Bila dia tiada di rumah cepat - cepat kamu pergi ke ampaian." Puan Bungsi cuba mengawal amarahnya. Encik Salleh hanya mengaggukkan kepala tanda faham.

"Siaplah kau malam ini Tijah, Tijah ... hahahahaha" Encik Salleh hanya memandang kosong ke arah ibu mertuanya. Lenny pula tersenyum puas. Lambat laun pasti semua harta milik Tijah itu akan menjadi miliknya jua.

][


Kerana SihirWhere stories live. Discover now