Bab 8

225 11 0
                                    

Angin sepoi – sepoi bahasa bertiup lembut. Puan Tijah duduk di beranda rumah. Mananti kedatangan seseorang yang amat dikasihinya. Sudah sejam berlalu, namum kelibatan ibunya masih juga belum kelihatan. Nomber telefon bimbit si ibu didail sekali lagi. Entah kali ke berapa Puan Tijah telefon ke nomber yang sama. Bunyi talian disana .. Tut ... tut ... tut ... tutt ...

"Hah hello, Tijah." Cerdik juga ibunya ini meneka. Ibunya bukan ada sekolah pun. Main angkat je telefon bimbit tu tanpa mengetahui siapa si pemanggil. Tetepi kali ini tekaan ibunya tepat.

"Pandai juga ibu ya. Ingatkan ibu tak tahu saya yang telefon hihi." Gelak pula Puan Tijah di talian. Geli hati mengenagkan ibunya. Hari ini Puan Tijah mengambil cuti selama sehari kerana ibunya dari kampung telefon semalam nak lawat dan mungkin tinggal dengan mereka beranak beberapa bulan. Sungguh gembira Puan Tijah mendengar panggilan telefon ibunya pada malam itu. Sekurang – kurangnya, dia tidak rasa keseorangan lagi.

"Ibu tahulah. Dah kamu setiap saat telefon ibu. Sabarlah. Sekejap lagi ibu sampailah nie." Talian dimatikan. Lina muncul di muka pintu.

"Bila nenek sampai mak?" Lina kini bercuti dan bekerja sementara sebagai tukang cuci di sekolah rendah Larry sementara menunggu keputusan SPM yang bakal keluar pada bulan Mac tahun depan.

"Belum lagi nak. Hati – hati pergi kerja tu." Lina hanya mengangguk. Dia menerpa ke arah emaknya lalu mencium dahi emaknya.

"Larry kau jangan lupa buat latihan yang kak suruh tu, kalau kak datang nanti tidak juga siap. Kau juga yang akan siap." Lina memang tegas dalam bab – bab akedemik ini.

"Ye kak!" Saut Larry dari dalam rumah. Puan Tijah hanya mengeleng – gelengkan kepala.

"Bye mak!" Lina melambai – lambaikan tangannya. Puan Tijah hanya tersenyum manis. Puan Tijah memerhatikan langkah Lina. Kesian anak – anaknya. Kalau anak orang lain pada musim cuti begini, pasti ada yang melancong bersama keluarga dan paling tidak pun duduk rumah. Ada juga ibu bapa mengambil kesempatan ini menyuruh anak – anak mereka menghadiri kelas tuisyen komputer kat bandar. Ada juga yang mengambil lesen belajar memandu. Lina? terpaksa bekerja untuk keperluan Lina sendiri. Manalah tahu anaknya itu nanti mahu melanjutkan pelajarannya. Ada juga duit untuknya menanggung kos pelajaran. Puan Tijah memandang sayu ke halaman. Duit simpanan dia dan Encik Salleh dulu kini makin hari semakin berkurangan. Mana tidaknya. Gajinya dengan Miss kalai bukannya besar sangat. Apalah sangat kudratnya sebagai perempuan yang lemah. Tambahan pula kesihatannya kurang baik sejak akhir – akhir ini.

"Yeaaaaaaaaa!!! Nenek sampai nenek .... sampai....." Teriakkan Larry mengejutkan Puan Tijah yang tengah termenung jauh. Cepat – cepat Puan Tijah menuruni anak tangga untuk mendapatkan ibunya.

"Alala cucu nenek apa khabar?" Puan Mit baru menutup pintu kereta teksi yang dinaikinya ke rumah anaknya itu.

"Baik saja nenek." Larry cuba menarik plastik besar yang entah apa – apa di dalamnya.

"Ibu ..." Puan Tijah memeluk ibunya.

"Nek, apa dalam plastik hitam nie? Beratlah." Puan Mit dan Puan Tijah hanya tersenyum.

"Mana tidak beratnya, Larry. Buah rambutan dalam tu dan plastik besar yang satu tu buah dabai." Puan Mit cuba mengangkat beg plastik yang besar itu dibantu oleh Puan Tijah.

"Musim buah ye kat kampung sekarang ibu?" Puan Mit hanya mengangguk. Tidak dapat dijawabnya kerana dia sudah rasa tak cukup udara untuk bernafas gara – gara memikul plastik besar buah rambutan itu. Puan Tijah pula memikul platik buah dabai.

Kerana SihirWhere stories live. Discover now