Bab 23

123 2 1
                                    

"Hello. Kau jadi ek pergi sini hari ini? Aku tengah free hari ini dan esok. Laki aku ada kerja luar 2 hari." Suara Linda kedengaran nyaring di dalam telefon.

"Weyy! Kau tak payahlah berteriak seakan. Aku dengarlah kalau kau cakap elok – elok. Aku belum pekak lagi." Lenny terasa hati dengan nada suara kawannya itu.

"Alaaa ... maaflah geng. Aku kat luar nie. Dalam kereta. Aku pakai angin luar saja bah." Linda merendahkan nada suaranya.

"Emmm yelah. Aku tengah dalam perjalanan dah ini. Dah ada kat Kuching pun. Tunggu bas gerak masuk sempadan je." Jawab Lenny malas, malas.

"Aik! Biar betik kau. Cepat betul kau ke sini. Kalau kau bertolak pagi tadi tak patut kau dah nak masuk sempadan masa ini." Linda bertanya hairan.

"Aku bertolak petang semalam la. Takkan aku nak bertolak pagi ini dan sampai secepat awal tengah hari pula tu. Kau ingat aku super women ke? Main terbang je?" Lenny mendegus dalam talian.

"Laaa kau apa hal sensitif sangat ini? Aku tanya jelah. Baik, baiklah. Aku tunggu kau kat pasar Nanga Badau nanti. Nanti kau telefon aku kalau kau dah sampai. Okay." Linda pula yang rasa menyampah melayan Lenny. Belum lagi berjumpa. Berbual dalam telefon saja, minah nie dah over – over, kan?

Tanpa menyaut kata – kata Linda, Lenny terus mematikan talian.

"Aik! Kurang ajar punya perempuan. Belum apa – apa lagi dah tutup talian. Ish! Benci betullah aku. Kalau ikutkan hati aku, sorrylah aku nak ikut kau." Linda merungut seorang diri.

++++++

Lenny meliarkan pandangannya disekeliling. Orang yang ditunggu belum juga muncul – muncul. Sudah setengah jam dia menunggu di situ. Jam di pergelangan tangan dilihat dengan jelingan mata yang bengis. 'Manalah pergi minah sewel ini.'

Nanga Badau terletak di Kabupaten Kapuas Hulu, Kalimatan Barat, Indonesia. Majoriti etnik Iban yang mendiami Nanga Badau. Terdapat juga etnik Melayu meskipun tidaklah sebesar bilangan etnik Iban, namun kedua – dua etnik tersebut hidup dengan aman dan damai.

Dari kejauhan sebuah kereta Kajang berhenti betul – betul dihadapan Lenny. Kalau di Malaysia kereta Kajang itu ialah kereta import jenama Innova. Kalau kat Indonesia, kereta tersebut ditukar nama kepada Kajang tetapi sama buatan daripada jenama Toyota.

"Hah! Apa tercegat lagi kat situ. Cepatlah masuk!" Linda menegur dari dalam kereta.

"La ... kau rupanya. Kalau aku tahu kau tadi, ada saja aku sembunyi kat tandas tadi." Lenny sudah membuat mulut muncung itiknya. Merajuk mengalahkan budak – budak pula.

"Kenapa pulak?" Linda buat – buat tak faham.

"Kau tahu sekarang dah pukul berapa? Aku tunggu kau dah dekat 2 jam. Kau tau?" Lenny mendekatkan wajahnya dengan Linda. Marah sangat nampaknya.

"Hahaha .... ala kawan. Janganlah marah. Jalan sesak nak mampus petang macam ini. jala pun cuma satu hala saja. Bukan macam kau kat Bintulu sana tu. Jalan 2 hala. Senang nak potong." Linda menjeling Lenny.

Mulut kata lain tapi hati Linda lain. Kalau bukan pasal duit yang dinantikan dari Lenny, sorry naik lorrylah dia nak berjumpa dengan perempuan perampas laki orang itu.

"Ok. Aku maafkan kau dengan satu syarat." Linda menjeling maut muka Lenny dari ekor matanya.

"Apa syaratnya?" Linda terus bertanya.

Kerana SihirWhere stories live. Discover now