Bab 3~ Hala Tuju

31 1 0
                                    

~flashback bermula~

Pada hari Sabtu pagi, aku dikejutkan oleh Hairi. Aku lihat jam lalu lihat muka dia. Badannya sudah diperagakan dengan baju untuk pergi berjalan.

"Harith, aku nak gi Melaka ni. Ada member aku ajak gi makan-makan kat rumah dia. Kau kena ikut ya. Jangan banyak dalih," Hairi memaksa aku. Aku yang baru saja bangun, dipaksa untuk bersiap-siap dalam masa 30 minit untuk ikut dia dan beberapa budak rumah lain untuk ke Melaka. Aku pun siap-siap mandi, sambil fikiranku tidak tentu hala.

"Hmm agaknya apa yang berlaku semalam, harap-harap dia lupa lah." Kata aku dalam hati. Memori aku masih lagi ingat apa yang berlaku semalam. Mungkin susah nak dilupakan dan aku rasa bersalah. Tapi, aku juga rasa seperti puas. Aku masih keliru dengan perasaanku.

Usai sahaja mandi dan memakai baju aku yang sudah digosok, aku memakai baju T-shirt berkolar berwarna biru cair dan seluar slack berwarna hitam. Aku memakai minyak wangi dan menyikat rambutku sambil melihat cermin di almari. 

"Untungkan kalau aku handsome macam budak lain, ramai peminat," kata aku dalam hati. 

"Ris, aku gerak kat kereta dulu. Nanti apa-apa kau turun. Jangan kau tak nak pergi. Siap kau," tegur Hairi. Hairi terus ke pintu rumah dan memakai kasut. 

"Weyh Hairi tunggu kejap woi! Kau ni laju sangat!" tegur Hakim. Hakim terkejar-kejar Hairi sambil memakai kasutnya. "Weyh Hairi!!" panggil Hakim.

Aku senyum sahaja. Aku masih terfikir tentang memori yang berlaku. Adakah aku masih layak berkawan dengan mereka atau aku perlu senyap sahaja. Malam semalam di warung mamak pun aku banyak berdiam. 

"Aku ni ok ke tak? Asal aku macam tak berani nak bersemuka dengan diorang? Padahal diorang banyak tolong aku," kata aku dalam hati. 

Aku turun ke bawah dan masih rasa bersalah dengan apa yang aku buat dekat mereka. Hairi memandang aku dari dalam kereta sambil memanggil aku menggunakan tangan menandakan suruh masuk cepat.

POV Hairi

"Hairi, aku ada kenduri makan-makan ni. Ko ajaklah member-member kau kat rumah tu. Sebab banyak sangat makanan ni. Aku tak tahu nak ajak sapa lagi," kata Aina kepada Hairi. Aku terjaga dari tidur selepas dapat panggilan dari Aina. 

Aina merupakan kawan baik aku sejak dari sekolah menengah. Dia tahu tentang hubungan lama aku dan apa yang terjadi. Aku single dah lama, sejak form 3. Tapi, sejak masuk universiti, aku ada crush dekat seorang perempuan ni. Aku terserempak dia sejak minggu haluan siswa. Aku nak Harith kenalkan aku dekat dia. Tapi, aku takut yang Harith ada perasaan kepada dia. Apa yang aku cuma tahu nama dia Wani. Selebihnya, aku cuba stalk dia di Instagram.

"Hah yelah. Kau ni bagitahu aku masa yang agak mengejutkan. Nasib hari ni hari minggu. Nanti aku ajak member budak rumah aku sekali," balas aku. 

"Hah, ok apa-apa roger ya. Aku send location kat whatsapp," terus Aina end call dan hantar location di whatsapp. Aku lihat mesej dan terus ajak budak rumah yang masih bangun. 

"Fiqal, teman aku jom pergi makan-makan kat rumah member aku. Aku ajak Hakim, Fateh, dengan Harith sekali," pelawa aku kepada Fiqal. Fiqal merupakan budak kos kejuruteraan elektrik. Dia mempunyai latar belakang yang agak kagum. Dia pandai, keluarganya pun orang yang kaya-raya dan aku suka kawan dengan dia sebab dia friendly. Tapi, suka sangat ganggu aku kat katil, usik-usik aku. Aku takut Harith dan budak lain fikir aku lain macam pula. Tapi sudah menjadi kebiasaan pula diorang usik mengusik.

"Huh? Ermm bolehlah, sebab aku pun takde buat apa-apa. Ko kejutkan boyfriend kau tu. Dah semalaman dia main ML tak henti-henti. Aku takut dia tak bangun je tu." balas Fiqal. 

Harith: Merenung JauhWhere stories live. Discover now