Bab 8 Kekal

36 4 4
                                    

POV Zizan

"Tengoklah tu. Bangun pun si Harith kejutkan. Hehehe"kataku kepada Alimi.

"Mana2? Nak tengok?" Alimi menjengah dan melihat gelagat Hairi dan Harith. Hairi masih lagi belum bangun. Nampaknya mereka seperti berbual dan mengatakan perkara penting. Hairi yang masih lagi terbaring dan Harith, duduk di tepi Hairi, sambil menggoyangkan badan untuk bangun. 

"HALAHH HALAHH NAK SWEET2 KE NI?" Tegur Alimi.

Harith terkejut dengan Alimi. Aku menepuk dahi dan terus tegur Alimi, "Woi ko ni, janganlah ganggu orang sedang bermesra tu! Sibuk betul!"

"Eh diorang yang bermesra, kau yang terasa kenapa mat? Jeles ke?" perli Alimi.

Hairi bangun dari katilnya sela berkata," Halah korang ni. Ko tengok Harith ada kata apa-apa tak? Kau pun ni Rith, asal senyap je?"

Muka Harith merah, "Lah takda apa kan. Aku kejutkan kau astu kau yang tak bangun-bangun. Dahlah bangun sendiri. Malas aku. Pergi kelas sendiri ya. Taknak layan kau dah"

Harith bangun lalu menyiapkan diri dan terus keluar dari rumah. 

"Hmm dia tunggu kan kat luar?" tanya Hairi kat aku.

Aku menjenguk luar tingkap dan ternyata Harith memang ada di tangga dengan Hazim dan Asyraf. 

"Kejap aku gi mandi dan siap" kata Hairi lalu ambil tualanya.

"Ri, kau dengan Harith--" belum sempat aku tanya tentang mereka berdua, Hairi sudah jawab.

"Ya, suka? Dah takyah citer lebih. Aku nak mandi" 

"Lah aku tak cakap apa-apa lagi, hmm congrats bro. U deserve him" balasku.

Hairi melihat aku dan senyum. Ya, Hairi. Harith lama dah tunggu jawapan kau tapi kau sendiri yang buta. Biarlah rahsia hubungan korang berdua hanya budak rumah sahaja yang tahu. Moga korang berdua stay together. Harith, aku jeles tapi aku bangga kat kau. Hehe tahniah bro.

POV Harith

Sedang aku fokus memahamkan pembentangan untuk eksperimen extraction caffeine, aku melihat Hazim yang sedang beri isyarat kat aku. Aku pusing belakang dan rupanya, Hairi di belakang aku. Aku terkejut sebab tadi dia duduk dengan Izwan dan Ashraf di belakang.

"Kau kenapa ni tiba-tiba duduk belakang aku?" kataku.

"Aku tak dengarlah. Kenapa? Tak boleh? Bukan aku nak main pon ngan kau kat sini. Balik nanti lah" balas Hairi.

"Otak lu. Kau ni..." Aku tumbuk lengan Hairi. Dah kenapa mamat ni. Aku terus pusing ke depan dan fokus mendengar pembentangan.

Beberapa soalan diajukan daripada budak kelas aku. Aku tidak sangka yang extraction ini mengambil masa yang agak lama tetapi menarik untuk buat kajian di minuman yang mengandungi kafein yang tinggi seperti kopi, nescafe, teh dan lain-lain. Aku sendiri terkejut kerana menurut Dr, teh mempunyai kafein lagi tinggi daripada kopi. Mungkin aku patut kurangkan minum teh.

Cakap pasal teh, Hairi pun suka juga minum air teh. Aku tak tahu sejak bila dia minat minum air teh tapi agak terkejut lah. Mungkin sebab aku belum rapat dan mendalami perangai dia. Walaupun dah declare boyfriend pun, aku masih lagi seperti berada di atas awangan. Rasa terkejut, teruja dan mahu nangis. Usaha yang aku lakukan kali ini berbaloi. Aku rasa macam tak layak untuk semua ini tapi aku tahu ini yang aku mahukan dan aku dah capai.

"You kenapa ni nangis?" Tanpa aku sedar, Hairi di sebelahku, linangan air mataku tak berhenti. 

"Eh? Entah, tak tahu kenapa tiba-tiba nangis. Masuk habuk kut" balasku.

Harith: Merenung JauhWhere stories live. Discover now